Sunday, June 9

impian

Budak kecil akan selalu berangan mahu jadi dewasa ; atau mungkin cuba berlagak dewasa,
Orang susah akan selalu berangan nak jadi kaya ; harta berjuta untuk anak isteri tercinta,
Orang malas akan selalu mahu jadi rajin ; buat-buat paksa diri tolong orang lain,
Orang bodoh akan selalu ingin jadi cerdik ; cuba memahami agar nanti tidak diherdik,
Orang yang asyik membuang masa pasti mengharapkan gantian waktu yang lebih berkualiti,
Orang yang tak pernah bercinta pasti mahu dicinta ; sampai tahap dunia ni hanya milik mereka berdua,
Orang yang terlanjur kata pasti mengharapkan kemaafan dari empunya badan yang terasa,
Orang yang punya masa silam yang hitam pasti mengharapkan masa depan yang lebih gemilang agar diri bisa tegak berdiri di hadapan orang.

harapan hanya tinggal harapan ja Hani  :(  
[ sudah laa, pi study pi TT__TT ]

No comments:

Post a Comment