Thursday, June 20

Girls' stuff

This entry is nicely prepared for ladies. Just continue reading silently if you arent ones.

It has been a trend in Malaysia. This color-block stuff.

Sebelum aku turun rumah bawah ni (pindah rumah dalam bangunan yang sama), aku pernah serumah dengan kak Aimi dan kak Term (but no longer now. Nisa ja yang bertahan!). Dulu aku suka google cari gambar-gambar pengantin, tengok-tengok design baju dan color yang uprated. haha (macam dah habis takdak gheja la hang kann?)  *cita-cita jahiliyah aku dulu nak jadi fashion designer. haha cerita lama cerita lama

Then masa kak Aimi cakap dia nak kawen dan tengah pening nak pilih warna apa, aku pon bagi cadangan buat color kelabu campur pink, sebab masa tu aku baru lepas tengok gambar satu pasangan ni, cantiiikkk sangat bila matchingkan both color tu. Dan lepas pertimbangan kak Aimi, dia decide untuk buat tema color baby blue+baby pink. (nak perasan lah sikit, ada kontribusi di situ. kot? berlagak gilaaa! haha)

This year trend ni makin menjadi-jadi. Seriously. Sampai kadang-kadang aku rasa color yang di mix & match tu memang out habis. Ada ka hijau pakai dengan merah? Memang ANG menyala laa kak jah…haha  (dalam loghat kedah : color ANG tu maksudnya color yang terang menyala berapi, lagi lagi???)

Tapi itu lah, bila kita dok mengata-mengata kat orang ni, last last mesti nak jadi balik dekat kita. Aku pon tak tau lah celah mana tiba-tiba rasa gedik pulak nak try buat color blocking ni untuk raya tahun ni. haha. 
Habis lah mak aku, mind block nanti tengok anak-anak dara dia nak berblocking. heh! Bila aku usulkan cadangan ni pada mak aku, mak aku siap bagi green light lagi, tanpa perlu ada penerangan atau alasan.  See, easy cheesy betul mama!  like like (>.<)   [ka sebenaq mama memang malas nak layan kita? heh]

What’s the next step? 

Sedikit tips lah kan untuk mereka yang teringin nak buat benda-benda pelik ni, pilih satu color from the cool colors side (eg : hijau), then mix dengan warm colors side which is perpendicular to it (eg : merah).
Bole faham tak? buat ayat matematik bole, perpendicular bagai..ceeeeiiihhh!  Ok lah, even mix-not-match pon tak apa, asal korang bahagia. heh. raya setahun sekali, ramadhan jangan pulak dilupai ya kawan-kawan 
^__^
[ kan aku dah cakap, memang tak matching langsung. Hijau + merah? bole pengsan lembu kat kampung! ] 

My effort

Disebabkan aku tersangatlah eksaited untuk try benda-benda baru macam ni, aku pon cakap lah dekat mak aku yang tahun ni aku nak tempah baju raya sendiri. Jadinya mak aku tak payah nak susah-susah pilih kain yang  ala-ala matching untuk 4 orang kami (mama, kakak, aku, aisyah). Tolak sorang ja pon, lagi dua tu lagi cerewet. haha :)

Aku pergi beli kain dekat Hussein minggu lepas (material lycra, tapi yang tebal sikit, serius kain dia best!).  Lepas tu aku terus pergi cari tailor dekat area-area sayyeda ni. Alhamdulillah jumpa sorang. Kalau perasan tailor dekat Mesir ni mostly lelaki so then kalau nak cari tu, kena cari kedai yang pak cik buat blazer ka, atau memang well-known kerja dia kemas. Sebab kalau tak (pak cik yang kurang experience), nanti jahitan dia kurang kemas. kang sedih pulak kau pagi raya nanti (",)

Kain tu aku beli dalam 2 ¾ meter, harga dapat dalam 40 genih (rm20). Upah pak cik tailor dalam 50 genih (rm25). Thus, untuk sepasang jubah moden (maxi-dress) only for rm45!!! Nice what... mana nak dapat?!
here i am. getting so excited with my new baju raya.
Made of Egypt kot!
(satu ja yang slack, kale hijau tu sejibik macam kale tudung budak ni)
habis lah nanti orang ingat aku nak protes
BN menang itu hari
serius masa beli tak perasan langsung hijau bendera
PAS
tak tau lah nak kena bangga atau ...?
Lastly selamat ber'color-blocking' for those yang nak try nanti.

P/s : Isnin minggu depan nisfu syaaban. Disunatkan puasa kan? Jommm!  

2 comments:

  1. go hani go!
    mesti dpt duit raya byk nnti kalau pakai cun2. agagaga

    ReplyDelete
    Replies
    1. haha...tua-tua ni orang yg minta duit raya kat kita XD

      Delete