Thursday, December 5

What makes you beautiful, ladies?

Cantik itu subjektif.  -kata orang-

Dari aspek mana orang tengok kita ni cantik? Especially for ladies. Hmmm. Still wondering. Saya sebenar sangat kagum bila tengok seorang perempuan tu pandai untuk appreciate kecantikan dia. Kemas berpakaian, tudung selalu di'iron' dan ditukar hari-hari, bahagian atas tudung tidak terkemek-kemek etc.

Kalau kita perasan, terlalu banyak aspek yang dinilai bagi seseorang perempuan itu untuk dilabel sebagai seorang yang cantik. Bergantung kepada seseorang untuk menilainya. Tapi yang mainstream sekali sudah tentulah fizikal atau penampilan seseorang itu.

Secara peribadi, saya sendiri suka tengok seseorang tu bila dia sentiasa berpakaian kemas, manis senyuman, humble, dan sentiasa up to date dengan fesyen semasa. Bagi saya mereka yang macam ni lah yang cantik. Mungkin lah saya ni agak duniawi, tapi saya amat percaya dengan pepatah "dari mata turun ke hati".

Tapi ini tak bermakna seseorang tu perlu 'terlalu berat' untuk dipandang. Aksesori yang berlebihan, perfumes sebatu boleh bau, make up yang tebal etc. Semua ini tidak perlu. Cukup sekadar bersederhana.

Kadang-kadang perempuan ni terlalu menjaga aspek fizikal. Mungkin. Siapa yang tak nak dilihat cantik, kemas, bergaya? Iya dak? Tetapi hakikatnya cantik itu adalah satu yang sangat susah untuk dibuat-buat.

Faham maksud saya?
Mesti tak faham.
Ok, tak apa.

Islam itu adalah agama yang cantik. Garis panduan yang ditetapkan sudah cukup untuk membuatkan seseorang itu cantik. Tapi kadang-kadang saya sendiri terlupa akan hakikatnya ini. Susah nak cakap bila diri sendiri tiba-tiba terasa macam dah cukup dengan Islam ni.

Sebagai seorang yang dilahirkan dalam keluarga yang menganut agama Islam, saya sendiri sudah dilatih untuk solat
5 kali sehari, pakai tudung bila hendak keluar rumah, puasa ramadhan harus cukup 30 hari dan sebagainya. Benda-benda ni saya rasa kurang dilihat kolot, sebab hampir kebanyakan orang (inshaAllah) telah mengalami 'proses' yang sama.

Dahulu, saya akui, tahap ke'izzah'an saya terhadap Islam sebenarnya kurang. Saya hanya mengikut apa yang disuruh, buat apa yang orang lain buat, dan mungkin sekadar faham tentang Islam secara superficial sahaja. Kalau ditanya pernah tak rebel tahap yang menggila pasal tak nak buat satu-satu benda? Mesti lah pernah kan. Berjuta-juta kali buat mak menangis sebab terlalu mengikut nafsu. Anak jenis apa lah saya ini. 


Tapi kini, saya cuba untuk nak faham Islam itu. Sedikit demi sedikit. Masih mencuba, walaupun sebenarnya sudak banyak kali saya tercicir. Kadang-kadang saya terfikir, adakah saya ini antara hamba yang mengkufuri nikmat hidayah yang telah diberi? Konfius dengan diri sendiri. Rasa sedih tu memang ada bila tengok kawan-kawan makin hari makin bersih budi pekerti, jiwa dan hati mereka sentiasa mengingati Ilahi, kuat untuk berjihad melawan nafsu sendiri. Saya pula?  *sigh*


Tuhan tu tak akan pernah meninggalkan hamba-hambaNya selagi mereka sendiri mahu berubah ke arahNya. Itu saya percaya. Sehingga ke hari ini.

Sungguhpun tudung tak mampu saya labuhkan lagi, baju kurung jarang melekat di badan, tapi saya teringin untuk merasai 'izzahnya Islam itu. Boleh tak macam tu?

Dan saya tak mahu rukun Islam dan Iman yang hanya saya tahu dan hafal selama ni akan diwarisi oleh anak saya macam itu sahaja.

Konklusi untuk tajuk ini : "Gunalah Islam untuk mencantikkan diri kita lagi." InshaAllah...

p/s :
- lepas ni kenalah selalu tukar tudung, ok?
- jangan comot-comot.
- keinginan untuk menjadi lebih perempuan harus direalisasikan.
(kena buat hukum sunat ni...buat dapat pahala, tak buat rugi!)
- s
aya pernah terfikir, adakah perempuan yang cantik-cantik ni akan sentiasa mahu dilihat cantik depan orang sampaikan dia cuma nak berkawan dengan yang cantik-cantik ja, tanpa mempedulikan orang yang kurang cantik? Haaa, ini melampau. Banyak cantiiikkk!!!

Faham maksud saya?
Mesti tak faham.
Ok, tak apa.


Monday, December 2

nak baby, bole?

TOLONGLAH JANGAN BACA... ENTRI INI UNTUK MELEPASKAN GIAN SEMATA !!! AWAS...

Bahana round paediatrics 

                                                       kelas dah start seminggu
                                                         dari 24 november lepas
                                assignment individu pon dah keluar
                                                                        kena hantar lusa
                                                                                    huh...? (",)

buat saya mahu cari seorang anak angkat
dari mana-mana mak cik arab
yang kurang berkemampuan
(even saya pon 'kurang' berkemampuan jugak)

ohhhh nom nom nom
comel sangat budak-budak arab ni
macam nak gigit jer
macam nak gigit jer

does anyone know mana-mana
badan kebajikan kat sini?  
T__T

satu benda yang sangat menarik
pasal budak-budak ni,
bila tengok muka diorang,
hati berbunga-bunga,
rasa bahagia saja,
tak tahu kenapa,
bagai estrogen dirembes-rembes keluar ke ladang gandum....!
kekekeke~                                                                                                                                              


Impian 
Cita-cita zaman budak hingusan dulu macam sedang terjadi ja sekarang ni, pakar kanak-kanak.
(pakar lah sangat kannn?!)
But the thing is, budak-budak ni tak sama macam orang besar. Lain sikit kata dukturah.
so macam mana? nak dilepaskan sajakah impian dulu?

Belajar kena lillahi ta'ala ok!

Bila nak dapat anak angkat niii??? baby baby, come to auntie pleaseee....