katanya pada saya summer hari
tu
itu cita-cita dia
mahu jadi doktor macam kakak
dia ni, tapi nak ambil medik di korea
saya cakap lah dekat korea
JPA tak hantar student untuk ambil medik
dia tanya JPA taja buat
bidang apa di sana
Engineering
dia tanya engineering tu apa
saya pon cuba terangkan pada
dia
sebenarnya dia nak ke korea
hanya untuk jumpa GD dia
katanya satu hari nanti
jangan terkejut kalau GD kenal dia
hahaha
angan-angan budak tak matang
saya layan saja
( nasib badan lah ada banyak
adik yang suka berangan...lol lol lol )
siang tadi lepas balik dari
exam
saya telefon mama untuk tanya
kabar
(walaupun baru saja telefon
jumaat lepas)
cerita punya cerita
terkeluarlah topik result adik-adik
mama kata result mereka semua
jatuh
mama kata mama nak marah
tapi kesian
tak jadi marah
mungkin mereka semua terlalu
penat untuk berulang alik dari Jitra-Alor Setar
lepas arwah mak tok pergi
mama terlalu rindu sampai
hanya mahu berada di rumah mak tok
katanya lebih dekat, terasa
seperti arwah masih ada
adik-adik semua kena ikut
mama
kasihankan mama yang terlalu
rindu terhadap ibunya yang telah pergi itu.
jadi sekarang ni bukan salah
sapa-sapa lah mama kata
Muaz yang dulu selalu top 3
jatuh jadi nombor sepuluh
Ammar yang selalunya senang
untuk menghafal subjek agama hanya average saja markahnya
budak yang nak ke korea tu
pula hanya dapat 2A untuk subjek PMR nya
pening saya memikirkan
adik-adik saya
saya mahu mereka berjaya
at least dapat capai apa yang
diimpikan mereka
even angan-angan tak masuk
akal nak ambil medik di korea
macam mana ni kak hani nak buat dengan kamu semua?Semoga Allah sentiasa pelihara adik-adik saya, makbulkan segala permintaan dan impian kecil mereka.
:')
No comments:
Post a Comment