Tuesday, May 7

MyLifeAsMedStudent(1) : Urgent tracheostomy and feeding gastrotomy

ASSALAMUALAIKUM w.b.t

Hari sabtu lepas aku masuk operation room (OR). Ini kali ke-2. First time dulu aku masuk kurang bersemangat sikit, sebab orang-orang arab yang tinggi melindung di depan. Malas nak jinjat kaki. Aku balik dengan azam takmau masuk dah. Boring rasanya.

Tapi masa hari sabtu itu hari, aku saja ikut kawan aku. Kebetulan break kejap. Cepat-cepat tukar pakai scrub (baju khusus untuk masuk OR di sini) dan terus jalan masuk bilik bedah nombor dua. Pembedahan sudah 70 % siap. Doktor tengah buat tracheostomy (tebuk saluran pernafasan dari luar). Muka pesakit ditutup semasa pembedahan dilakukan.

Aku tengok tangan dan kaki pesakit di bawah selimut yang sedikit terselak. “Ni mesti orang tua, tangan kaki dia nampak tulang saja”, aku buat andaian sendiri. Aku nampak sorang doktor perempuan tengah duduk kat atas kerusi, sedang perhatikan pembedahan yang dilakukan rakannya. Aku pon pelan-pelan approach dia untuk tanya apa kena dengan pakcik ni. Dan seriusly aku terkejut dengar penjelasan doktor perempuan tu (this doctor is an anesthetist rupanya!).

“ Umur pesakit 36 tahun, ada tumor (kanser) di palate, membesar sampai terobstruct salur pernafasan dia”. Allahu Akbar... Aku tergamam. Istighfar dalam hati. Kesian pakcik ni. Muda lagi. Doktor buka kain yang menutup muka pakcik tu. Tumor tu sangat besar, saiznya lebih kurang
15x10cm (lebih lagi kot), extending from the palate down to his mandible. Doktor tambah lagi, sebelum buat operation kebiasaannya rata-rata kes pesakit akan ditidurkan (anesthetize) terlebih dahulu sebelum prosedur endotracheal intubation dilakukan. Tapi disebabkan keadaan pakcik ni yang ada tumor di bahagian mulut, doktor terpaksa spray local anesthesia saja dan terpaksa memasukkan tiub tersebut melalui rongga hidung (through the nostrils) semasa pesakit masih dalam keadaan sedar. Ya Allah, kesian pakcik ni. Terpaksa tanggung sakit yang amat sangat sebelum operation tu... Astaghfirullah al-'Azim...

Nama pakcik ni ammu Atif Hamid, ada mucoepidermoid carcinoma at alveolar margin (arose from the palate). Sebelum ni doktor dah pernah buang tumor tu (which was masa tu saiz tumor masih kecil), but then it recurred 7 months ago. Saiz tumor membesar sampaikan pakcik ni tak bole nak telan/makan (dysphagia) and cant even breathe normally. Itu sebab aku tengok pakcik ni kurus sangat (cachexia).

So this operation includes urgent tracheostomy and feeding gastrotomy (tebuk perut). Feeding gastrotomy ni doktor masukkan tiub (catheter) so that nanti senang nak bagi nutrisi (just to keep his body strong). Doktor pon tak dapat nak jamin apa-apa sebab doktor cakap ammu Atif ni diklasifikasi sebagai terminal-disease patient.

Hanya mendoakan yang terbaik untuk dia. Semoga Allah S.W.T memudahkan urusan ammu Atif.
Be strong ammu!

(1) Nikmat sihat akan lebih dihargai dengan melihat pesakit-pesakit kita.
(2) History pesakit diambil dari sumber yang dipercayai ; fail pesakit itu sendiri + explanation dari doktor.
(3) Aku consider ammu Atif ni first patient aku. Lepas ni inshaAllah kalau umur panjang aku nak abadikan semua cerita patient aku dekat sini.
(4) Aku nak sayang pesakit-pesakit aku macam aku sayang diri aku.
(5) Seronok rupanya pi
OR ni sebenaqnya. Korang pon rajin-rajinkan lah diri tu pergi sana. Rezeki lebih, dapat kes yang best.  
#lovemedic #ENTitubestrupanya #examsudahdekat #ohyeah

No comments:

Post a Comment