Friday, May 31

love-struck

ASSALAMUALAIKUM w.b.t
Stress aku stress.

Apasal lah korang nak buat semua tu depan aku? Yes, im talking to you!
Nasib baik Egyptian, nak melepas kat sini pon takdanya korang tahu. (ni considered mengumpat ka?) huhu

Sadis betul hari aku hari ni. Bangun pagi pukul 9, buka buka mata ja dunia dah terang benderang. Stress! Disebabkan terlalu kecewa dengan diri sendiri, aku terus capai baju yang entah berapa kali aku ulang pakai (hahaha kantoi), siap-siap pergi sekolah. Kalau duduk kat rumah jugak hari ni alamatnya buku Commed tu tak bertukar muka surat jugak lah! [pastu nanti malam kau mengamuk sorang-sorang, apa kes?!]

Sampai sekolah, aku masuk perpustakaan (engkau jangan ingat aku rajin sangat ke perpustakaan. Sebab terlalu malas lah aku kena paksa diri sendiri keluar dari rumah, itu saja). Ok, ada lah satu tempat kosong yang boleh duduk. Act aku suka satu tempat lain; mengadap rak buku, membelakangkan orang-orang lain. Haaa kalau dapat tempat tu mesti aku lagi bahagia lah, tak payah terdistract dengan benda-benda mitos atau fantasi yang sering akan menjelmakan diri. Tapi itu lah, orang tua-tua cakap kalau tidur lepas subuh selalunya tertutup pintu rezeki. Tak dapek eden tempat yang eden suka tu. Nak buat macam mana, ni kira ada tempat kosong, bersyukur ja lah.

Fasa pertama (sebelum zohor) aku berjalan lancar, Alhamdulillah. Walaupon tak dapat banyak tapi at least bergerak jugak lah muka surat-muka surat yang dibaca. Bila dah azan, berhenti kejap untuk solat. Balik dari masjid, ada laa sepasang couple ni. Adeiii. Aku dah rasa lain macam dah dari awal lagi. Senget semacam ja mamat tu duduk kat tepi budak perempuan tu. Kecondongan lelaki itu menggusarkan aku. Ni mesti nak jadi sumthing ni. Baru ja aku duduk dalam 5 minit, depa dah buat aksi-aksi comel. Takda lah teruk mana, setakat kacau-kacau pinjam pen, conteng-conteng sikit dekat buku perempuan tu, sembang-sembang sambil bisik-bisik. [Huh, what the??!] Tak perlu kot. Hah sudah, aku serius tak bole belajar. Si lelaki tu tak study pon, dok tenung-tenung si perempuan yang bajet tengah tekun study lah konon. Aaiii kalau ya pon nak mengexpess your devoted love tu, jangan lah buat kat dalam perpustakaan. Free-free ja orang lain kena palit dosa tahu! Aku nak ja tegur tapi kang nanti, apehal minah ni..sudah..malas aku nak kacau.

Dengan rela hati aku pon tukar tempat. Bengkak hati aku tahu. Bila dah tukar tempat aku dah tak bole nak focus. Mai lah pulak rasa ngantuk, boring baca buku etc. and sadly I ended up going back home. Huh

Nampak tak jahatnya aku salahkan mereka yang tak bersalah. Walaupon aku tahu semua yang aku rasa ni was definitely from the evil inside me, tapi still aku tak dapat nak lawan. Maafkan hambaMu ini ya Allah...

Ps :
i) Aku perlukan Vico untuk stay lebih fokus. haha. Ada tak sapa-sapa yang ada Vico lebih? Aku nak beli. Kempunan sangat ni. Kasihankanlah aku ni haa. Nak jual berapa pon tak kisah. Tapikan kalau nak bagi free/hadiah pon bole, besar tau pahala bagi budak yg belajar fi sabilillah ni kenyang, inshaAllah
:)

ii) Juga aku sedang mencari kerepek-kerepek tradisional seperti kerepek bawang, kerepek ubi pedas (yang tak pedas pon boleyy), dan seangkatan dengannya. Pleaseee, jualkanlah kat aku. Sepeket pon jadi lah... Kindly pm me! -urgent-

iii) Tambahan, aku sedang mencari calon suami untuk kakak aku  (haha suka hati aku jaa...), senang cakap bakal abang ipar aku. Kakak aku dah nak graduate next year, civil law UIA, nanti dia sambung syariah lagi setahun. So kalau sesiapa yang ada abang yang single n available, kacak, berperwatakan menarik, ada lesen kereta, bole bagitau ya  :D  (tobat kalau kakak aku baca ni nak kena singgung kepala balik nanti haha)

iv) Skype dengan usu plus cikyan pon ada sekali tadi. how i miss them demm much. Sabaq Hani, lagi sebulan setengah ja, inshaAllah...

v) So Commed, here i come. (Commed : Community Medicine) -DoAkan aku yang baru nak masuk gear 1-

4 comments:

  1. hani,kite ade kerepek pedas.kalau nak mai laa dtg rumah ambek.siyes ni nak bagi :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. yeaa yeaa..kema, jual ja lah..nanti kita bayar..
      segan lah kalau amek tangan kosong ja...
      terharunyaaaa T____T

      Delete
  2. Replies
    1. takmau..nak yang satu peket punya..hahaha xoxo

      Delete