Thursday, December 5

What makes you beautiful, ladies?

Cantik itu subjektif.  -kata orang-

Dari aspek mana orang tengok kita ni cantik? Especially for ladies. Hmmm. Still wondering. Saya sebenar sangat kagum bila tengok seorang perempuan tu pandai untuk appreciate kecantikan dia. Kemas berpakaian, tudung selalu di'iron' dan ditukar hari-hari, bahagian atas tudung tidak terkemek-kemek etc.

Kalau kita perasan, terlalu banyak aspek yang dinilai bagi seseorang perempuan itu untuk dilabel sebagai seorang yang cantik. Bergantung kepada seseorang untuk menilainya. Tapi yang mainstream sekali sudah tentulah fizikal atau penampilan seseorang itu.

Secara peribadi, saya sendiri suka tengok seseorang tu bila dia sentiasa berpakaian kemas, manis senyuman, humble, dan sentiasa up to date dengan fesyen semasa. Bagi saya mereka yang macam ni lah yang cantik. Mungkin lah saya ni agak duniawi, tapi saya amat percaya dengan pepatah "dari mata turun ke hati".

Tapi ini tak bermakna seseorang tu perlu 'terlalu berat' untuk dipandang. Aksesori yang berlebihan, perfumes sebatu boleh bau, make up yang tebal etc. Semua ini tidak perlu. Cukup sekadar bersederhana.

Kadang-kadang perempuan ni terlalu menjaga aspek fizikal. Mungkin. Siapa yang tak nak dilihat cantik, kemas, bergaya? Iya dak? Tetapi hakikatnya cantik itu adalah satu yang sangat susah untuk dibuat-buat.

Faham maksud saya?
Mesti tak faham.
Ok, tak apa.

Islam itu adalah agama yang cantik. Garis panduan yang ditetapkan sudah cukup untuk membuatkan seseorang itu cantik. Tapi kadang-kadang saya sendiri terlupa akan hakikatnya ini. Susah nak cakap bila diri sendiri tiba-tiba terasa macam dah cukup dengan Islam ni.

Sebagai seorang yang dilahirkan dalam keluarga yang menganut agama Islam, saya sendiri sudah dilatih untuk solat
5 kali sehari, pakai tudung bila hendak keluar rumah, puasa ramadhan harus cukup 30 hari dan sebagainya. Benda-benda ni saya rasa kurang dilihat kolot, sebab hampir kebanyakan orang (inshaAllah) telah mengalami 'proses' yang sama.

Dahulu, saya akui, tahap ke'izzah'an saya terhadap Islam sebenarnya kurang. Saya hanya mengikut apa yang disuruh, buat apa yang orang lain buat, dan mungkin sekadar faham tentang Islam secara superficial sahaja. Kalau ditanya pernah tak rebel tahap yang menggila pasal tak nak buat satu-satu benda? Mesti lah pernah kan. Berjuta-juta kali buat mak menangis sebab terlalu mengikut nafsu. Anak jenis apa lah saya ini. 


Tapi kini, saya cuba untuk nak faham Islam itu. Sedikit demi sedikit. Masih mencuba, walaupun sebenarnya sudak banyak kali saya tercicir. Kadang-kadang saya terfikir, adakah saya ini antara hamba yang mengkufuri nikmat hidayah yang telah diberi? Konfius dengan diri sendiri. Rasa sedih tu memang ada bila tengok kawan-kawan makin hari makin bersih budi pekerti, jiwa dan hati mereka sentiasa mengingati Ilahi, kuat untuk berjihad melawan nafsu sendiri. Saya pula?  *sigh*


Tuhan tu tak akan pernah meninggalkan hamba-hambaNya selagi mereka sendiri mahu berubah ke arahNya. Itu saya percaya. Sehingga ke hari ini.

Sungguhpun tudung tak mampu saya labuhkan lagi, baju kurung jarang melekat di badan, tapi saya teringin untuk merasai 'izzahnya Islam itu. Boleh tak macam tu?

Dan saya tak mahu rukun Islam dan Iman yang hanya saya tahu dan hafal selama ni akan diwarisi oleh anak saya macam itu sahaja.

Konklusi untuk tajuk ini : "Gunalah Islam untuk mencantikkan diri kita lagi." InshaAllah...

p/s :
- lepas ni kenalah selalu tukar tudung, ok?
- jangan comot-comot.
- keinginan untuk menjadi lebih perempuan harus direalisasikan.
(kena buat hukum sunat ni...buat dapat pahala, tak buat rugi!)
- s
aya pernah terfikir, adakah perempuan yang cantik-cantik ni akan sentiasa mahu dilihat cantik depan orang sampaikan dia cuma nak berkawan dengan yang cantik-cantik ja, tanpa mempedulikan orang yang kurang cantik? Haaa, ini melampau. Banyak cantiiikkk!!!

Faham maksud saya?
Mesti tak faham.
Ok, tak apa.


Monday, December 2

nak baby, bole?

TOLONGLAH JANGAN BACA... ENTRI INI UNTUK MELEPASKAN GIAN SEMATA !!! AWAS...

Bahana round paediatrics 

                                                       kelas dah start seminggu
                                                         dari 24 november lepas
                                assignment individu pon dah keluar
                                                                        kena hantar lusa
                                                                                    huh...? (",)

buat saya mahu cari seorang anak angkat
dari mana-mana mak cik arab
yang kurang berkemampuan
(even saya pon 'kurang' berkemampuan jugak)

ohhhh nom nom nom
comel sangat budak-budak arab ni
macam nak gigit jer
macam nak gigit jer

does anyone know mana-mana
badan kebajikan kat sini?  
T__T

satu benda yang sangat menarik
pasal budak-budak ni,
bila tengok muka diorang,
hati berbunga-bunga,
rasa bahagia saja,
tak tahu kenapa,
bagai estrogen dirembes-rembes keluar ke ladang gandum....!
kekekeke~                                                                                                                                              


Impian 
Cita-cita zaman budak hingusan dulu macam sedang terjadi ja sekarang ni, pakar kanak-kanak.
(pakar lah sangat kannn?!)
But the thing is, budak-budak ni tak sama macam orang besar. Lain sikit kata dukturah.
so macam mana? nak dilepaskan sajakah impian dulu?

Belajar kena lillahi ta'ala ok!

Bila nak dapat anak angkat niii??? baby baby, come to auntie pleaseee....


Monday, November 18

hampir sepurnama

Dah lama tak menulis. Banyak sebabnya. Laptop tertinggal di rumah.
Smartfon pon sampai sekarang buat2 tak mampu nak beli. Haih~

Rasanya sudah hampir sebulan saya pulang ke Mesir
banyak benda baru dan lama yang berlaku
lebih-lebih lagi masa nak start hidup dekat sinibalik

Kenangan sebulan yang lepas
pergi Terengganu gamble macam tu saja,
heret beg kabin, tumpang rumah kawan,
mencuba suasana belajar di Malaysia.

Excited? Of course I was.

Dah lama teringin nak belajar di Malaysia. Serius. Alasannya?

-Dekat dengan famili. Hari-hari abah boleh kol tanya kabar. Macam yang abah selalu buat untuk kakak.
-Malaysia rasanya macam banyak cuti umum. haha. boleh laa nak balik selalu.
-Mesej Celcom to Celcom 1 sen ja kot. Bole mesej hari2 dengan kawan-kawan.
-Skil klinikal yang tip-top amat menarik perhatian saya !
-Dan saya rasa sudah cukup untuk saya berjauhan dengan mereka2 ini selama 4 tahun.

Itu lah antara alasan yang saya ada. Sangat kebudakan. Saya tahu.

Mama abah sangat excited bila saya dapat offer UCSI University itu hari.
Saya rasa biasa2 saja, nama universiti tu pon baru pertama kali saya dengar. Agak musykil di situ.

Dipendekkan cerita, saya pulang ke Mesir dengan harapan untuk mengambil barang2 yang ada.
Sangat konfiden balik ke sini, tak bawa benda2 penting student medik patut bawa.
Stetoskop, kot putih, baju bekalan setahun, bekalan vico dan kerepek2 untuk setahun etc.
Banyak benda yang tertinggal di rumah taman jayakami itu.
Terlalu banyak benda yang saya kesali sebenar especially bila tak properly say goodbye to
abah, mama, muiz dan adik2 yang lain sebab fikir nanti nak balik lagi.

Kenapa, macam mana dan bila masa saya decide untuk stay di Mesir saja?
Banyak musabbabnya, yang saya sendiri susah nak describe di sini. Tapi, untuk ketenangan yang saya dapat sekarang ni eventhough I went against my istikharah, itu lah satu benda yang saya amat syukuri. Setakat ini.

Sangat susah sebenar untuk buat sesuatu keputusan, and the reasons behind a decision, it's undescribable.
_____________________________________________________________

Dari dulu,
kawan-kawan saya mesti tak akan stay lama dengan saya.
Dan sekarang pon, kawan yang saya memang sayang dia sebagai kawan,
sudah tidak lagi dengan saya.

Sayu?
Mesti lah kan.
Rindu?
Mesti lah kan.

Banyak benda yang saya terfikir nak buat sama-sama dengan dia bila dia dah tak ada dengan saya.
It's very complicated.
Susah nak cakap.
Berat nak rasa.


Maybe satu hari nanti kami bole stay lebih lama, sama-sama? InshaAllah, biiznillah
:)
Dan sungguh, I'm really happy for her.
Antara sebab yang utama, kami masih berada di jalan yang sama. That's it. 
Terima kasih untuk semua kenangan yang ada.
Minta maaf untuk semua salah silap yang dirasa.
I really miss her. 
_____________________________________________________________

To explore a new thing here (Egypt),
it's very interesting. but frustrating sometimes

What a new thing?
Bila exam, kena bayar 50 genih sorang! kah kah kah (nak gelak tak ikhlas, bole tak?)

so, let's lighten up our remaining days-months-years here.
dua-tahun-setengah-saja-lagi. Oooooyeeaaahhhh  ;)

Saturday, September 14

[ sudah 22 ]

Dulu
asal cuti sekolah ja
mesti datang KL
sebab adik-adik mama banyaknya dekat sini

Usu dengan Cikyan selalu bawa kami naik LRT
kesian gamaknya budak-budak kampung ni datang bandar
di Kedah mananya nak cari train ni semua
haha

Tapi semalam
kiranya first time lah saya naik LRT tanpa Usu dan Cikyan
now everyone can fly travel!
Nisa cakap senang ja nak naik LRT tu
macam dekat London dulu
sama saja
seronok jugak bila rasa macam orang besar ni kan?
nikmat kebebasan yang seharusnya disyukuri.
__________________
First time celebrate birthday dengan kawan-kawan
dayah, nisa, wah, bad, pipah
sangat terharu
tengs :)
__________________
Agak-agak kalau nak sambung sini JPA nak taja lagi tak?
sekarang ni takdak sapa pon nak dekat kita
Malaysia - tempat full
Mesir - keselamatan tak dijamin
lagi lah orang taknak dekat budak lepasan SPM ni haaa...

Monday, July 22

I'm a supervisor now !

Dr Bava : Define labor?
Amoi : Act saya tak belajar OnG lagi...
Dr Bava : so you datang sini kira paksa rela ka apa?
Amoi : ............  (senyum kambing)
Dr Bava : Ok yang lain, define labor. Hari-hari datang sini kalau tak tahu labor tu apa susah lah. Rugi ja lah jadi supervisor catit sana catit sini but then you don't know what we are talking about (sambil tengok budak yang tengah catit benda atas kertas!)
Amoi :   .________.  (supervisor pon supervisor lah Dr Bava. uhuuuu~)

P/s :


- Trying so hard to learn/get familiar with the terms. Sangat banyak abbreviation.
(eg : H/F in labor room
(LR). Ingatkan heart failure ka apa, bila tanya Dr Firdaus, he said that is 

'husband friendly' -suami ikut masuk LR-  eceeehhh)

- Dah masuk minggu kedua (5 hari dekat LR). Macam-macam kes dah tengok (placenta relai pon ada!
pening kepala cek ooiii).

- Jumpa 3 orang senior, tapi dari Alex Uni. Seronok tengok depa. Rupa-rupanya ada jugak budak Kedah ambil Medic. Ingatkan masa nak posting kat Bahiyah nanti dah tak bole jumpa student Cairo. keh keh >_<

- Memang agak selamat jugak lah bila kita buat elektif posting dekat mana-mana department yang kita tak belajar lagi (boleh buat modal untuk escape dari jawab soalan yang susah-sausah). But part yang tak best is ; 
i) people (the doctors especially MO) would ask you kenapa pilih situ? 
ii) risk untuk dipandang rendah sangat tinggi, melepasi had bahaya i tell you! T___T

- Lepas ni kena ikut students dari UKM tu. Final year. Very helpful. Apa-apa yang kami tak faham bila tanya depa akan jawab sehabis baik. Practically toksah cakap lah, super duper tip top!

- Jealousy yang halal.

Friday, July 12

Oh tidak !

stop dreaming
macam dah kena stop berdoa untuk exam tangguh lagi
Jumaat yang dikata akan menghuru-harakan keadaan, nampak cool saja ni
exam akan berlangsung kurang 24 jam
masih banyak benda dalam buku ni yang nak kena hadap
tak ada mood untuk kemas barang
dan kau masih boleh update blogggg?
Dasar...............

Tuesday, July 9

My bloody Tuesday

ASSALAMUALAIKUM w.b.t
" ‘Aizah tabarrued-dam?"
" Naam. "
" Khusyi gowwa, iktibi el-lism "

Saya agak nervous pada mulanya sebab saya sendiri jenis yang takut jarum, ditambah lagi dengan mindset sendiri yang takut dengan kebersihan di Mesir ni dan ke'kasar'an nurse di sini. Sebelum kena ambil darah, macam-macam benda yang saya fikir. Mengucap selawat siap-siap dah takut jadi apa-apa. Drama!
Kalau masa tengah ambil darah tu tiba-tiba terpengsan macam mana? 
Kalau terkena sawan (convulsion) macam mana?
Kalau mati on table chair macam mana?

Sori lah kalau terover sikit. Well, this was my first time donating my precious blood. haha. Kau memang..

Niat di hati cuma satu. Kalau bole saya nak darah saya ni digunakan kepada orang-orang Islam yang ada di dataran Rab'ah tu. Sungguhpun saya ini tidaklah sesuci mana, banyak dosa dan selalu sangat alpa pada Tuhan, tapi at least saya mahu 'sebahagian' dari diri saya ni dialirkan pada mereka-mereka yang sentiasa mengingati Tuhan, mereka yang walau dalam keadaan diri tercedera masih bole mengalunkan ayat suci Al-Quran, mereka yang punya hati yang sentiasa hidup dalam Islam.  :') aisemenn, tacing tacing bagai...
Tapi, andai darah saya itu diberi kepada yang bukan Islam, atau mungkin kepada mereka yang tidak sehaluan dengan pejuang-pejuang Islam, saya cuma harapkan mungkin satu hari nanti mereka diberi hidayah oleh Allah SWT untuk bersama-sama dengan Islam. InshaAllah. Allah lah sebaik-baik perancang untuk setiap sesuatu. ( ini saya cilok dari kakak senior as I'm very weak with this betulkan-niat-stuff )

Semoga Allah menerima niat murni saya ini, walaupon ramai lagi kawan-kawan saya yang lebih berani untuk ke Ainshams demi menderma darah-darah mereka kepada para pejuang di sana. Semoga Allah membalas setiap kebaikan niat mereka itu kepada yang lebih baik, inshaAllah mudah-mudahan....
************************
Actually takdak lah sakit mana masa dia cucuk tu (tapi serius jarum tu besar, ada la kot dalam 3 mm). Mungkin sebab nurse tu pandai buat kerja sama, so sekali cucuk terus darah keluar ikut tiub, bagai mencurah-curah ke ladang gandum gitu. ahhaa. Tapi kan, masa tengok darah sendiri keluar, rasa terharu sangat. Over lah kann. Tapinya sebab first time kot tengok darah sendiri, in a bulk to be precise. Dark red. 
Ohh, macam ni rupanya korang kat dalam badan ni... 

Ini baru derma darah. Dah start membayangkan macam mana lah nanti rasanya masa buat ultrasound waktu mengandung...? kah kah kah. Serius niii, bila kita tahu benda yang selama ni milik kita, then kita dermakan untuk orang lain, i think i found myself getting very excited with it. In my own way, seriously. So lepas ni kalau panjang umur, diizinkan tuhan inshaAllah nak try untuk regularly donate my blood. 
Jadinya from now on, you kena jaga makan ok, Hani. Lepas ni kena makan hati banyak-banyak sikit, restoring your iron bebeh!
X)
* Kan best kalau ada sematfon. Bole buat satu album!
** Balik tadi ingat nak rewardkan diri. Teringin nak makan Kribb dekat sekolah (memandangkan esok dah puasa), tapi sangat mengecewakan bila Justa, Hours dan Sondos semuanya tutup. 

Orang tengah get ready nak sambut puasa hang dok mengidam lebih-lebih buat apa...? uhuuu~
***
At last, kusyari jadi pilihan. Bantai sajalah labuu...

Jaga-jaga

mungkin orang yang anda minati dalam diam
akan balik berkahwin cuti summer nanti

supaya nanti tidak kecewa lagi
hati tidak berat melepaskan dia pergi
apa kah ini?
kah kah kah
*******************************
Ahlan ya Ramadhan!

Tahun ni first time start puasa dekat Mesir ni. Tak tahu lah nak describe perasaan sendiri macam mana. 
Eksaited sebab orang yang pernah stay cakap malam-malam Ramadhan kat sini tak macam Malaysia, di sini lebih 'hidup' kata mereka. 
(dari 1st year lagi dok dengaq cerita, so nak try lah sekali even dalam 4 hari ja)
Sedih bila tengok orang-orang Mesir ni masih berjuang dalam mempertahankan hak agama sendiri ; Islam. Orang Arab ni kalau nak masuk bulan puasa selalunya preparation diorang macam orang Melayu kita nak sambut raya. Meriah tak meriah nak katanya. Tapi tahun ni lain sikit dah jadinya. Allah Allah...
(mereka sedang berjihad di medan yang sebenar, aku ni ha? study pon berterabur lagi...)
Sayu sebab tak bole nak sahur/buka puasa sama-sama dengan family. Menu sahur terbaik abad ini : 
nasi putih plus ayam drummet, makan dengan sos cili. 
[ haih, sapa la yang nak gorengkan drummet tu untuk diorang sana... huhu :') ]

Harapnya amal tahun ni lebih 'kencang' daripada yang sebelum-sebelum ni ok, cik Hani! 
Jangan malas-malas.

Sunday, July 7

kalaulah

Buat masa sekarang, ini saja yang asyik berlegar-legar dalam minda

Kalaulah saya punya perasaan untuk tidak pulang ke Malaysia tahun ini
Kalaulah saya belum beli tiket balik Malaysia lagi
Kalaulah saya decide untuk cuba balik agak lewat sedikit tahun ini
Kalaulah universiti saya awalkan semua exam final kami

Kalaulah empat tahun dulu saya tak tergedik-gedik untuk ambil medik
Kalaulah empat tahun dulu saya tak adore kakak senior yang datang Egypt

Kalaulah saya terima saja apa-apa bidang di universiti dalam negara
Kalaulah saya tidak terlalu terkejar-kejarkan biasiswa 
Kalaulah saya punya rasa untuk terus berada di samping keluarga
Kalaulah bukan sebab dia yang telah buat saya mahu lari dari berada di Malaysia
Kalaulah ......
Kalaulah ......
Kalaulah ......

dan kalaulah saya terus berperasaan begini, maknanya saya tidak yakin dengan adanya Tuhan di hati, kan? 
tolong ya Allah, kami mahu terus jitu untuk teruskan pengharapan kepadaMu. jangan biar hati-hati  ini terus lari. tolong ya Allah, tolong.

p/s : 10 batang mandolin pon tak boleh nak lenyapkan resah dalam hati. this uncertainty thing suffers me!

Dengar cerita you kena tukar tiket?

kah kah kah
padan muka
masa hari tu orang tengah sedih kena tukar tiket flight balik Malaysia 
engkau cool saja
bajet selamat lah tak payah tukar tiket
tup tup 
bila doktor announce yang tarikh exam dianjak lagi sampai dah affect tarikh tiket kau sendiri
apa reaksi?
rasa macam nak tukar jadi benda ni saja malam ni
Saya kurang yakin lah
boleh jamin ka exam akan berjalan macam biasa 13 julai nanti?

i) 13 julai itu hari sabtu.  Selalunya mereka-mereka ini akan start 'menggila' lepas solat jumaat. Jadinya andai kata keadaan pada hari jumaat itu teruk, adakah exam kami akan tetap berjalan seperti biasa? atau akan ditangguhkan lagi kah examnya? ikut hati saya mahu saja cabut balik Malaysia, senang! nanti datang masa dur thani lah. tapi mereka kata itu tidak adil sebab selalunya exam dur ini adalah untuk memberi peluang kedua kepada sesiapa yang perlu? Begitu kah?

ii) Saya rasa dipinggirkan. Adakah mereka tidak tahu bahawasanya urusan penukaran tarikh penerbangan ini tersangatlah 'leceh'nya. Andai ada duit beribu, ada sugar-daddy yang supportkan, tak apa lah. saya ini anak tukang kebun saja. duit JPA pon sudah habis saya gunakan untuk keperluan di sini. bukanlah bermaksud saya ini pemboros, (malah ada di antara kawan-kawan saya berpendapat bahawa saya ini seorang yang kedekut!) akan tetapi saya terlalu banyak, terlalu banyak menggunakan harta sehinggakan saya sendiri tidak tahu ke mana habisnya duit saya  , __________ ,

iii) Kalau pon saya tukar tiket saya kepada tarikh yang lebih lewat, bole jamin ka exam akan tetap ada in between tu? Keadaan di sini pon masih tidak stabil. Dan saya juga faham yang doktor sendiri tidak dapat meramal apa yang akan jadi seterusnya. 

iv) Pokoknya, saya tetap mahu pulang awal ke Malaysia! (ok, dah dengar bunyi ambulans pula bawah rumah ni)
bila stress makan jadi lalu
perut jadi sebu
nak buat keputusan pon otak beku
hati masih buntu
jiwa bertambah pilu
...

Saturday, July 6

gantung tak bertali

diberi pilihan
balik Malaysia dulu, nanti September mai balik untuk exam final fortox 
atau 
lewatkan tiket, tunggu untuk final baru balik
?

#weirdo #onlyinEgypt #cantkeepcalm #wannacry?

Wednesday, July 3

Mesir ketika ini

Mesir pada ketika ini
ramai sedang menentang Presiden Mursi
tidak puas hati dengan pencapaian beliau selama setahun ini
mengharapkan perubahan yang drastik dalam tampuk pemerintahan kali ini
tapi itu semua hanya jadi mimpi, mana bisa ditukar menjadi realiti.

Rakyat bagai hilang pedoman
hanya menidakkan realiti yang Presiden itu sendiri perlukan sokongan
faktor yang diketengahkan sama saja dimainkan
"dia bukan seorang lelaki yang kuat, dia kurang berpengalaman"
kata rata-rata orang di jalanan.

Aku hanya bisa mengiakan kata-kata
apabila mereka mengimpikan negara seperti Malaysia
'Aman maju telus jitu'  (?)
seandainya mereka tahu
Malaysia juga punya masalah politik dari dulu.

Rakyat Malaysia hanya mampu berdiam diri
terima sahaja apa yang di'beri'
tidak kecoh jika ada yang ditindasi
atas faktor berlainan parti
selagi tidak kacau anak cucu sendiri
semuanya masih boleh bertoleransi.

Mesir dan Malaysia
sekarang mahu salahkan siapa?
orang atasan yang suka berfoya, yang lupa amanat tuhan kepada mereka
atau ibu-bapa, yang tidak bercerita tentang politik di rumah mereka
atau anak muda, yang terlalu lena dengan arus permodenan dunia  (?)
hah kena…

susah untuk cakap, jika kita bukan ahli yang cekap
susah untuk ubah, andai diri tidak berani berhujah

kesimpulannya,
rakyat Malaysia terlalu santun,
tidak kisah walau harta negara sendiri sedang dibalun
cuba sekali buat revolusi, boleh kita tahu resultnya nanti  (?)  


p/s : my Abah once said that politics is a dirty game. you wouldn't believe what could happen once you step in it. Dirty things may remain dirty even people try to clean it. and this is reality, that we have to face it.  Kathihan

Tuesday, July 2

boboboi

SELAMAT HARI JADI
Muhammad Muaz Mursyidi bin Mukhtar
nyih dan nyaih
wishing you happy days onwards
be a good boy
dont be naughty-naughty sangat
(kak hani tak larat nak kepong)

may all your dreams come true (goal keeper?)
someday, inshaAllah
:)
you go boy!!  XD
Sorry lah
sebab dapat kakak yang annoying macam kak hani

selalu marah kamu sebab nak keluar main futsal dengan irfan

selalu berleter bila tengok kamu asyik dok depan tv saja seharian
selalu marah kalau kamu asyik kata lapar ja memanjang
selalu cubit-cubit muka kamu yang hensem sangat tu (perasan!)

 dan kak hani tak tau pon kamu masuk newspaper hari tu..hahaha
model milo pon bole lah ;)
that’s how I show my love
for you. heh
nasib baik adik ;)

be a good son to mama and abah
be a good boy to us ; your kakaks and abangs
and to muiz too
(sebab nama nak dekat-dekat kot tu yang ampa selalu bergaduh, aigooo)

p/s : saya yang paksa mak saya letak nama adik bongsu 'muiz', so nanti senang nak panggil.

muaz : nyaih >_< muiz : nyih >
tapi sayangnya muiz selalu membuli abangnya muaz TT__TT

Sunday, June 30

dia mahu ke korea

katanya pada saya summer hari tu
itu cita-cita dia
mahu jadi doktor macam kakak dia ni, tapi nak ambil medik di korea
saya cakap lah dekat korea JPA tak hantar student untuk ambil medik
dia tanya JPA taja buat bidang apa di sana
Engineering
dia tanya engineering tu apa
saya pon cuba terangkan pada dia

sebenarnya dia nak ke korea
hanya untuk jumpa GD dia
katanya satu hari nanti jangan terkejut kalau GD kenal dia
hahaha
angan-angan budak tak matang
saya layan saja
nasib badan lah ada banyak adik yang suka berangan...lol lol lol )

siang tadi lepas balik dari exam
saya telefon mama untuk tanya kabar
(walaupun baru saja telefon jumaat lepas)
cerita punya cerita terkeluarlah topik result adik-adik
mama kata result mereka semua jatuh

mama kata mama nak marah
tapi kesian 
tak jadi marah
mungkin mereka semua terlalu penat untuk berulang alik dari Jitra-Alor Setar
lepas arwah mak tok pergi
mama terlalu rindu sampai hanya mahu berada di rumah mak tok
katanya lebih dekat, terasa seperti arwah masih ada
adik-adik semua kena ikut mama
kasihankan mama yang terlalu rindu terhadap ibunya yang telah pergi itu.

jadi sekarang ni bukan salah sapa-sapa lah mama kata
Muaz yang dulu selalu top 3 jatuh jadi nombor sepuluh
Ammar yang selalunya senang untuk menghafal subjek agama hanya average saja markahnya
budak yang nak ke korea tu pula hanya dapat 2A untuk subjek PMR nya
muaz, ammar, muiz, aisyah (budak nak ke korea tu)
pening saya memikirkan adik-adik saya
saya mahu mereka berjaya
at least dapat capai apa yang diimpikan mereka
even angan-angan tak masuk akal nak ambil medik di korea
macam mana ni kak hani nak buat dengan kamu semua?

Semoga Allah sentiasa pelihara adik-adik saya, makbulkan segala permintaan dan impian kecil mereka.
:
')


Saturday, June 29

'gila' ?

Gila
itu bahasa saya
untuk menerangkan kesyadidan sesuatu benda
atau dalam bahasa lain ; saya sedang exaggerate dalam berkata.

Saya cuba untuk berhenti menuturkan perkataan ini
sebab orang cakap anak dara tak manis cakap kasar sebegini
sungguh
tapi kalau saya tak masukkan perkataan ini
saya rasa tidak puas
tak sampai maksud senang cakap.

Satu insiden tahun lepas  (masa mak nisa datang sini)
mak cik Mursyidah masak mihun goreng kalau tak silap
sedapnya susah untuk digambarkan, jadi saya pon cakap :
“Mak cik!!!! Sedap gilaaa mihun niiii…” (eksaited ; mata bersinar-sinar)
mak cik balas : “Sedap tu mak cik suka. tang gila tu mak cik tak mau. he he he...”
(nasib baik mak cik Mursyidah orang utara. Jadi dia faham lah cara saya ni).

Sejak dari hari itu, saya cuba untuk kurangkan penggunaan perkataan ni
dan antara alternatif lain
saya cakap ;  fuyyyoohhh, sedap gil* nak mamp**
(tak sebut huruf yang belakang tu)

Tapi saya sedar
yang susah sebenar untuk meninggalkan benda yang sudah terbiasa buat
sampai kadang-kadang bole buat orang lain teasa hati  :)

lain kali kau diam sajalah Hani...           *-_____-* (frog face : angiofibroma)

Friday, June 28

terima hakikat - kagum

kawan dia tanya : Amalti eih fil imtihan?
dan dia jawab tanpa teragak-agak : Alhamdulillah...
 
antara perkara yang betul-betul buat aku suka duduk dekat Mesir ni (selain dari harga barang yang murah-murah) adalah kelebihan orang-orang Arab yang meletakkan Allah sebagai tempat bergantung d
alam semua perkara. (pasca ENT exanggg tadi!!!)

kalaulah ampa-ampa semua tengok cara kakak tu jawab tadi... 
memang nak tabik spring habis... no doubt! nampak lah yang dia sangat bertawakkal.
kalau nak suruh kau buat macam tu, ada bole ka Hani?  
itu memang titik lemah aku. tak tahu lah kenapa.

Every exam ok, kalau tak boleh jawab, aku akan moody the whole day, habis semua orang aku nak serang. Menangis mengenangkan nasib.
Kenapa benda macam tu pon ang tak ingat Hani? Benda kacang macam ni pon ang tak tau ka?
Koman laa~

Nak katanya aku sedang menerima hakikat akan kekurangan diri. 
Itu saja [-_______-‘’]                                                                      
                                                                      *********************************
Lately ni aku selalu teringatkan dia. Sumaiyah Romli tu.
aku selalu tertanya-tanya, apa amalan special yang dia selalu buat sampaikan pada saat nyawanya diambil tuhan pon dia sempat lagi mengucap syahadah? Apa yang dia selalu buat? Apa yang special sangat? Apa? Apa? Apa?

Eager sangat nak tahu. Dan sekarang aku nak jadikan dia (sumaiyah) sebagai idola aku. Tak salah kan kalau nak buat ahli syurga ni (inshaAllah) sebagai idola? Dalam aku dok teringatkan dia, aku terjumpa ayat ni ; 

orang-orang yang beriman dan tidak mencampuradukkan iman mereka dengan syirik,
mereka itulah orang-orang yang mendapat rasa aman dan mereka mendapat petunjuk. Dan itulah keterangan Kami yang Kami berikan kepada Ibrahim utk menghadapi kaumnya. Kami tinggikan darjat siapa yang kami kehendaki. Sesungguhnya Tuhanmu Mahabijaksana, Maha Mengetahui.”

(Al-An'am : 82 & 83)

Perginya dia telah menghidupkan banyak jiwa-jiwa yang hampir mati. (See, dapat lagi pahala dekat dia!)
mesti dia tengah tersenyum kat atas sana, di sisi Sang Pencipta. Tak payah dah nak risau-risau pasal dunia ni semua.
 TT___TT

Aaaahhhh, aku cemburu. Sangat!

Tiba-tiba aku rasa kagum. Dan aku nak jadi baik. InshaAllah.
Doakan lah yang aku ni tak hangat-hangat tahi ayam saja...  
:)

Saturday, June 22

masanya akan tiba juga nanti

Mati
satu perkara yang pasti
semua orang tahu yang dia akan pergi
satu hari nanti 
untuk berjumpa dengan Ilahi.

Andai bersedia diri
pasti bisa gembira di sana nanti
jika sentiasa alpa dalam dunia sendiri
kelak jiwa akan merasa rugi.

Sudah lama tidak diketuk begini
exam membuatkan jiwa aku jauh
jauh untuk lebih mendekati sang Pencipta.
Aku hidup dalam 'dunia yang direka'
hanya untuk mencapai apa yang dicita.

Andai jiwa dijemput waktu ini
apa yang akan aku persembahkan pada Dia nanti?
malu dengan diri sendiri
sebab buat macam orang yang tak ada pedoman diri

Astaghfirullah al-aziiim

andai nanti aku dijemput pergi
harap dapat titipkan doa buat aku 
at least dalam sehari
sedekahkanlah Al-fatihah buat aku
walaupon aku tahu siapa lah sangat aku untuk kamu
tapi kalau atas dasar saudara seislam 
alasan ini harapnya laku
*********************************
Dia pergi dijemput Ilahi.
usianya lebih muda dari kami,
tapi Allah lebih sayangkan kamu, Sumi.
:: Sumaiyah Romli ::
(mohon sedekahkan Al-fatihah buat arwah).

Berkenalan masa pergi London itu hari.
Tak sempat kenal lama.
Cuma sempat tahu nama, ambil kos apa.
Bila dapat berita tentang kemalangan yang menimpanya
kotak memori aku ligat 'mencari' muka dia
walau samar-samar saja yang datang
tapi saya rasa saya tahu kamu yang mana
moga kita boleh sambung berukhuwah di sana?
mungkin?
:'(
Allahummaghfirlahawarhamha