Buat masa sekarang, ini saja yang asyik berlegar-legar dalam minda
Kalaulah saya punya perasaan
untuk tidak pulang ke Malaysia tahun ini
Kalaulah saya belum beli tiket
balik Malaysia lagi
Kalaulah saya decide untuk
cuba balik agak lewat sedikit tahun ini
Kalaulah universiti saya awalkan
semua exam final kami
Kalaulah empat tahun dulu saya tak tergedik-gedik untuk ambil medik
Kalaulah empat tahun dulu saya
tak adore kakak senior yang datang Egypt
Kalaulah saya terima saja apa-apa bidang di universiti dalam negara
Kalaulah saya tidak terlalu terkejar-kejarkan biasiswa
Kalaulah saya punya rasa
untuk terus berada di samping keluarga
Kalaulah bukan sebab dia yang
telah buat saya mahu lari dari berada di Malaysia
Kalaulah ......
Kalaulah ......
Kalaulah ......
dan kalaulah saya terus berperasaan begini, maknanya saya tidak yakin dengan adanya Tuhan di hati, kan?
dan kalaulah saya terus berperasaan begini, maknanya saya tidak yakin dengan adanya Tuhan di hati, kan?
tolong ya Allah, kami mahu terus jitu untuk teruskan pengharapan kepadaMu. jangan biar hati-hati ini terus lari. tolong ya Allah, tolong.
p/s : 10 batang mandolin pon tak boleh nak lenyapkan resah dalam hati. this uncertainty thing suffers me!
No comments:
Post a Comment