Tuesday, July 9

My bloody Tuesday

ASSALAMUALAIKUM w.b.t
" ‘Aizah tabarrued-dam?"
" Naam. "
" Khusyi gowwa, iktibi el-lism "

Saya agak nervous pada mulanya sebab saya sendiri jenis yang takut jarum, ditambah lagi dengan mindset sendiri yang takut dengan kebersihan di Mesir ni dan ke'kasar'an nurse di sini. Sebelum kena ambil darah, macam-macam benda yang saya fikir. Mengucap selawat siap-siap dah takut jadi apa-apa. Drama!
Kalau masa tengah ambil darah tu tiba-tiba terpengsan macam mana? 
Kalau terkena sawan (convulsion) macam mana?
Kalau mati on table chair macam mana?

Sori lah kalau terover sikit. Well, this was my first time donating my precious blood. haha. Kau memang..

Niat di hati cuma satu. Kalau bole saya nak darah saya ni digunakan kepada orang-orang Islam yang ada di dataran Rab'ah tu. Sungguhpun saya ini tidaklah sesuci mana, banyak dosa dan selalu sangat alpa pada Tuhan, tapi at least saya mahu 'sebahagian' dari diri saya ni dialirkan pada mereka-mereka yang sentiasa mengingati Tuhan, mereka yang walau dalam keadaan diri tercedera masih bole mengalunkan ayat suci Al-Quran, mereka yang punya hati yang sentiasa hidup dalam Islam.  :') aisemenn, tacing tacing bagai...
Tapi, andai darah saya itu diberi kepada yang bukan Islam, atau mungkin kepada mereka yang tidak sehaluan dengan pejuang-pejuang Islam, saya cuma harapkan mungkin satu hari nanti mereka diberi hidayah oleh Allah SWT untuk bersama-sama dengan Islam. InshaAllah. Allah lah sebaik-baik perancang untuk setiap sesuatu. ( ini saya cilok dari kakak senior as I'm very weak with this betulkan-niat-stuff )

Semoga Allah menerima niat murni saya ini, walaupon ramai lagi kawan-kawan saya yang lebih berani untuk ke Ainshams demi menderma darah-darah mereka kepada para pejuang di sana. Semoga Allah membalas setiap kebaikan niat mereka itu kepada yang lebih baik, inshaAllah mudah-mudahan....
************************
Actually takdak lah sakit mana masa dia cucuk tu (tapi serius jarum tu besar, ada la kot dalam 3 mm). Mungkin sebab nurse tu pandai buat kerja sama, so sekali cucuk terus darah keluar ikut tiub, bagai mencurah-curah ke ladang gandum gitu. ahhaa. Tapi kan, masa tengok darah sendiri keluar, rasa terharu sangat. Over lah kann. Tapinya sebab first time kot tengok darah sendiri, in a bulk to be precise. Dark red. 
Ohh, macam ni rupanya korang kat dalam badan ni... 

Ini baru derma darah. Dah start membayangkan macam mana lah nanti rasanya masa buat ultrasound waktu mengandung...? kah kah kah. Serius niii, bila kita tahu benda yang selama ni milik kita, then kita dermakan untuk orang lain, i think i found myself getting very excited with it. In my own way, seriously. So lepas ni kalau panjang umur, diizinkan tuhan inshaAllah nak try untuk regularly donate my blood. 
Jadinya from now on, you kena jaga makan ok, Hani. Lepas ni kena makan hati banyak-banyak sikit, restoring your iron bebeh!
X)
* Kan best kalau ada sematfon. Bole buat satu album!
** Balik tadi ingat nak rewardkan diri. Teringin nak makan Kribb dekat sekolah (memandangkan esok dah puasa), tapi sangat mengecewakan bila Justa, Hours dan Sondos semuanya tutup. 

Orang tengah get ready nak sambut puasa hang dok mengidam lebih-lebih buat apa...? uhuuu~
***
At last, kusyari jadi pilihan. Bantai sajalah labuu...

No comments:

Post a Comment