Sunday, July 7

Dengar cerita you kena tukar tiket?

kah kah kah
padan muka
masa hari tu orang tengah sedih kena tukar tiket flight balik Malaysia 
engkau cool saja
bajet selamat lah tak payah tukar tiket
tup tup 
bila doktor announce yang tarikh exam dianjak lagi sampai dah affect tarikh tiket kau sendiri
apa reaksi?
rasa macam nak tukar jadi benda ni saja malam ni
Saya kurang yakin lah
boleh jamin ka exam akan berjalan macam biasa 13 julai nanti?

i) 13 julai itu hari sabtu.  Selalunya mereka-mereka ini akan start 'menggila' lepas solat jumaat. Jadinya andai kata keadaan pada hari jumaat itu teruk, adakah exam kami akan tetap berjalan seperti biasa? atau akan ditangguhkan lagi kah examnya? ikut hati saya mahu saja cabut balik Malaysia, senang! nanti datang masa dur thani lah. tapi mereka kata itu tidak adil sebab selalunya exam dur ini adalah untuk memberi peluang kedua kepada sesiapa yang perlu? Begitu kah?

ii) Saya rasa dipinggirkan. Adakah mereka tidak tahu bahawasanya urusan penukaran tarikh penerbangan ini tersangatlah 'leceh'nya. Andai ada duit beribu, ada sugar-daddy yang supportkan, tak apa lah. saya ini anak tukang kebun saja. duit JPA pon sudah habis saya gunakan untuk keperluan di sini. bukanlah bermaksud saya ini pemboros, (malah ada di antara kawan-kawan saya berpendapat bahawa saya ini seorang yang kedekut!) akan tetapi saya terlalu banyak, terlalu banyak menggunakan harta sehinggakan saya sendiri tidak tahu ke mana habisnya duit saya  , __________ ,

iii) Kalau pon saya tukar tiket saya kepada tarikh yang lebih lewat, bole jamin ka exam akan tetap ada in between tu? Keadaan di sini pon masih tidak stabil. Dan saya juga faham yang doktor sendiri tidak dapat meramal apa yang akan jadi seterusnya. 

iv) Pokoknya, saya tetap mahu pulang awal ke Malaysia! (ok, dah dengar bunyi ambulans pula bawah rumah ni)
bila stress makan jadi lalu
perut jadi sebu
nak buat keputusan pon otak beku
hati masih buntu
jiwa bertambah pilu
...

No comments:

Post a Comment