Mesir pada ketika ini
ramai sedang menentang
Presiden Mursi
tidak puas hati dengan
pencapaian beliau selama setahun ini
mengharapkan perubahan yang drastik dalam tampuk pemerintahan kali ini
tapi itu semua hanya jadi
mimpi, mana bisa ditukar menjadi realiti.
Rakyat bagai hilang pedoman
hanya menidakkan realiti yang Presiden itu sendiri perlukan sokongan
faktor yang diketengahkan
sama saja dimainkan
"dia bukan seorang lelaki
yang kuat, dia kurang berpengalaman"
kata rata-rata orang di
jalanan.
Aku hanya bisa mengiakan
kata-kata
apabila mereka mengimpikan negara
seperti Malaysia
'Aman maju telus jitu' (?)
seandainya mereka tahu
Malaysia juga punya masalah
politik dari dulu.
Rakyat Malaysia hanya mampu
berdiam diri
terima sahaja apa yang di'beri'
tidak kecoh jika ada yang
ditindasi
atas faktor berlainan parti
selagi tidak kacau anak cucu
sendiri
semuanya masih boleh
bertoleransi.
Mesir dan Malaysia
sekarang mahu salahkan siapa?
orang atasan yang suka berfoya,
yang lupa amanat tuhan kepada mereka
atau ibu-bapa, yang tidak
bercerita tentang politik di rumah mereka
atau anak muda, yang terlalu
lena dengan arus permodenan dunia (?)
hah kena…
susah untuk cakap, jika kita
bukan ahli yang cekap
susah untuk ubah, andai diri
tidak berani berhujah
kesimpulannya,
rakyat Malaysia terlalu
santun,
tidak kisah walau harta negara
sendiri sedang dibalun
cuba sekali buat revolusi, boleh
kita tahu resultnya nanti (?)
p/s : my Abah once said that politics is a dirty game. you wouldn't believe what could happen once you step in it. Dirty things may remain dirty even people try to clean it. and this is reality, that we have to face it. Kathihan
No comments:
Post a Comment