Monday, July 22

I'm a supervisor now !

Dr Bava : Define labor?
Amoi : Act saya tak belajar OnG lagi...
Dr Bava : so you datang sini kira paksa rela ka apa?
Amoi : ............  (senyum kambing)
Dr Bava : Ok yang lain, define labor. Hari-hari datang sini kalau tak tahu labor tu apa susah lah. Rugi ja lah jadi supervisor catit sana catit sini but then you don't know what we are talking about (sambil tengok budak yang tengah catit benda atas kertas!)
Amoi :   .________.  (supervisor pon supervisor lah Dr Bava. uhuuuu~)

P/s :


- Trying so hard to learn/get familiar with the terms. Sangat banyak abbreviation.
(eg : H/F in labor room
(LR). Ingatkan heart failure ka apa, bila tanya Dr Firdaus, he said that is 

'husband friendly' -suami ikut masuk LR-  eceeehhh)

- Dah masuk minggu kedua (5 hari dekat LR). Macam-macam kes dah tengok (placenta relai pon ada!
pening kepala cek ooiii).

- Jumpa 3 orang senior, tapi dari Alex Uni. Seronok tengok depa. Rupa-rupanya ada jugak budak Kedah ambil Medic. Ingatkan masa nak posting kat Bahiyah nanti dah tak bole jumpa student Cairo. keh keh >_<

- Memang agak selamat jugak lah bila kita buat elektif posting dekat mana-mana department yang kita tak belajar lagi (boleh buat modal untuk escape dari jawab soalan yang susah-sausah). But part yang tak best is ; 
i) people (the doctors especially MO) would ask you kenapa pilih situ? 
ii) risk untuk dipandang rendah sangat tinggi, melepasi had bahaya i tell you! T___T

- Lepas ni kena ikut students dari UKM tu. Final year. Very helpful. Apa-apa yang kami tak faham bila tanya depa akan jawab sehabis baik. Practically toksah cakap lah, super duper tip top!

- Jealousy yang halal.

Friday, July 12

Oh tidak !

stop dreaming
macam dah kena stop berdoa untuk exam tangguh lagi
Jumaat yang dikata akan menghuru-harakan keadaan, nampak cool saja ni
exam akan berlangsung kurang 24 jam
masih banyak benda dalam buku ni yang nak kena hadap
tak ada mood untuk kemas barang
dan kau masih boleh update blogggg?
Dasar...............

Tuesday, July 9

My bloody Tuesday

ASSALAMUALAIKUM w.b.t
" ‘Aizah tabarrued-dam?"
" Naam. "
" Khusyi gowwa, iktibi el-lism "

Saya agak nervous pada mulanya sebab saya sendiri jenis yang takut jarum, ditambah lagi dengan mindset sendiri yang takut dengan kebersihan di Mesir ni dan ke'kasar'an nurse di sini. Sebelum kena ambil darah, macam-macam benda yang saya fikir. Mengucap selawat siap-siap dah takut jadi apa-apa. Drama!
Kalau masa tengah ambil darah tu tiba-tiba terpengsan macam mana? 
Kalau terkena sawan (convulsion) macam mana?
Kalau mati on table chair macam mana?

Sori lah kalau terover sikit. Well, this was my first time donating my precious blood. haha. Kau memang..

Niat di hati cuma satu. Kalau bole saya nak darah saya ni digunakan kepada orang-orang Islam yang ada di dataran Rab'ah tu. Sungguhpun saya ini tidaklah sesuci mana, banyak dosa dan selalu sangat alpa pada Tuhan, tapi at least saya mahu 'sebahagian' dari diri saya ni dialirkan pada mereka-mereka yang sentiasa mengingati Tuhan, mereka yang walau dalam keadaan diri tercedera masih bole mengalunkan ayat suci Al-Quran, mereka yang punya hati yang sentiasa hidup dalam Islam.  :') aisemenn, tacing tacing bagai...
Tapi, andai darah saya itu diberi kepada yang bukan Islam, atau mungkin kepada mereka yang tidak sehaluan dengan pejuang-pejuang Islam, saya cuma harapkan mungkin satu hari nanti mereka diberi hidayah oleh Allah SWT untuk bersama-sama dengan Islam. InshaAllah. Allah lah sebaik-baik perancang untuk setiap sesuatu. ( ini saya cilok dari kakak senior as I'm very weak with this betulkan-niat-stuff )

Semoga Allah menerima niat murni saya ini, walaupon ramai lagi kawan-kawan saya yang lebih berani untuk ke Ainshams demi menderma darah-darah mereka kepada para pejuang di sana. Semoga Allah membalas setiap kebaikan niat mereka itu kepada yang lebih baik, inshaAllah mudah-mudahan....
************************
Actually takdak lah sakit mana masa dia cucuk tu (tapi serius jarum tu besar, ada la kot dalam 3 mm). Mungkin sebab nurse tu pandai buat kerja sama, so sekali cucuk terus darah keluar ikut tiub, bagai mencurah-curah ke ladang gandum gitu. ahhaa. Tapi kan, masa tengok darah sendiri keluar, rasa terharu sangat. Over lah kann. Tapinya sebab first time kot tengok darah sendiri, in a bulk to be precise. Dark red. 
Ohh, macam ni rupanya korang kat dalam badan ni... 

Ini baru derma darah. Dah start membayangkan macam mana lah nanti rasanya masa buat ultrasound waktu mengandung...? kah kah kah. Serius niii, bila kita tahu benda yang selama ni milik kita, then kita dermakan untuk orang lain, i think i found myself getting very excited with it. In my own way, seriously. So lepas ni kalau panjang umur, diizinkan tuhan inshaAllah nak try untuk regularly donate my blood. 
Jadinya from now on, you kena jaga makan ok, Hani. Lepas ni kena makan hati banyak-banyak sikit, restoring your iron bebeh!
X)
* Kan best kalau ada sematfon. Bole buat satu album!
** Balik tadi ingat nak rewardkan diri. Teringin nak makan Kribb dekat sekolah (memandangkan esok dah puasa), tapi sangat mengecewakan bila Justa, Hours dan Sondos semuanya tutup. 

Orang tengah get ready nak sambut puasa hang dok mengidam lebih-lebih buat apa...? uhuuu~
***
At last, kusyari jadi pilihan. Bantai sajalah labuu...

Jaga-jaga

mungkin orang yang anda minati dalam diam
akan balik berkahwin cuti summer nanti

supaya nanti tidak kecewa lagi
hati tidak berat melepaskan dia pergi
apa kah ini?
kah kah kah
*******************************
Ahlan ya Ramadhan!

Tahun ni first time start puasa dekat Mesir ni. Tak tahu lah nak describe perasaan sendiri macam mana. 
Eksaited sebab orang yang pernah stay cakap malam-malam Ramadhan kat sini tak macam Malaysia, di sini lebih 'hidup' kata mereka. 
(dari 1st year lagi dok dengaq cerita, so nak try lah sekali even dalam 4 hari ja)
Sedih bila tengok orang-orang Mesir ni masih berjuang dalam mempertahankan hak agama sendiri ; Islam. Orang Arab ni kalau nak masuk bulan puasa selalunya preparation diorang macam orang Melayu kita nak sambut raya. Meriah tak meriah nak katanya. Tapi tahun ni lain sikit dah jadinya. Allah Allah...
(mereka sedang berjihad di medan yang sebenar, aku ni ha? study pon berterabur lagi...)
Sayu sebab tak bole nak sahur/buka puasa sama-sama dengan family. Menu sahur terbaik abad ini : 
nasi putih plus ayam drummet, makan dengan sos cili. 
[ haih, sapa la yang nak gorengkan drummet tu untuk diorang sana... huhu :') ]

Harapnya amal tahun ni lebih 'kencang' daripada yang sebelum-sebelum ni ok, cik Hani! 
Jangan malas-malas.

Sunday, July 7

kalaulah

Buat masa sekarang, ini saja yang asyik berlegar-legar dalam minda

Kalaulah saya punya perasaan untuk tidak pulang ke Malaysia tahun ini
Kalaulah saya belum beli tiket balik Malaysia lagi
Kalaulah saya decide untuk cuba balik agak lewat sedikit tahun ini
Kalaulah universiti saya awalkan semua exam final kami

Kalaulah empat tahun dulu saya tak tergedik-gedik untuk ambil medik
Kalaulah empat tahun dulu saya tak adore kakak senior yang datang Egypt

Kalaulah saya terima saja apa-apa bidang di universiti dalam negara
Kalaulah saya tidak terlalu terkejar-kejarkan biasiswa 
Kalaulah saya punya rasa untuk terus berada di samping keluarga
Kalaulah bukan sebab dia yang telah buat saya mahu lari dari berada di Malaysia
Kalaulah ......
Kalaulah ......
Kalaulah ......

dan kalaulah saya terus berperasaan begini, maknanya saya tidak yakin dengan adanya Tuhan di hati, kan? 
tolong ya Allah, kami mahu terus jitu untuk teruskan pengharapan kepadaMu. jangan biar hati-hati  ini terus lari. tolong ya Allah, tolong.

p/s : 10 batang mandolin pon tak boleh nak lenyapkan resah dalam hati. this uncertainty thing suffers me!

Dengar cerita you kena tukar tiket?

kah kah kah
padan muka
masa hari tu orang tengah sedih kena tukar tiket flight balik Malaysia 
engkau cool saja
bajet selamat lah tak payah tukar tiket
tup tup 
bila doktor announce yang tarikh exam dianjak lagi sampai dah affect tarikh tiket kau sendiri
apa reaksi?
rasa macam nak tukar jadi benda ni saja malam ni
Saya kurang yakin lah
boleh jamin ka exam akan berjalan macam biasa 13 julai nanti?

i) 13 julai itu hari sabtu.  Selalunya mereka-mereka ini akan start 'menggila' lepas solat jumaat. Jadinya andai kata keadaan pada hari jumaat itu teruk, adakah exam kami akan tetap berjalan seperti biasa? atau akan ditangguhkan lagi kah examnya? ikut hati saya mahu saja cabut balik Malaysia, senang! nanti datang masa dur thani lah. tapi mereka kata itu tidak adil sebab selalunya exam dur ini adalah untuk memberi peluang kedua kepada sesiapa yang perlu? Begitu kah?

ii) Saya rasa dipinggirkan. Adakah mereka tidak tahu bahawasanya urusan penukaran tarikh penerbangan ini tersangatlah 'leceh'nya. Andai ada duit beribu, ada sugar-daddy yang supportkan, tak apa lah. saya ini anak tukang kebun saja. duit JPA pon sudah habis saya gunakan untuk keperluan di sini. bukanlah bermaksud saya ini pemboros, (malah ada di antara kawan-kawan saya berpendapat bahawa saya ini seorang yang kedekut!) akan tetapi saya terlalu banyak, terlalu banyak menggunakan harta sehinggakan saya sendiri tidak tahu ke mana habisnya duit saya  , __________ ,

iii) Kalau pon saya tukar tiket saya kepada tarikh yang lebih lewat, bole jamin ka exam akan tetap ada in between tu? Keadaan di sini pon masih tidak stabil. Dan saya juga faham yang doktor sendiri tidak dapat meramal apa yang akan jadi seterusnya. 

iv) Pokoknya, saya tetap mahu pulang awal ke Malaysia! (ok, dah dengar bunyi ambulans pula bawah rumah ni)
bila stress makan jadi lalu
perut jadi sebu
nak buat keputusan pon otak beku
hati masih buntu
jiwa bertambah pilu
...

Saturday, July 6

gantung tak bertali

diberi pilihan
balik Malaysia dulu, nanti September mai balik untuk exam final fortox 
atau 
lewatkan tiket, tunggu untuk final baru balik
?

#weirdo #onlyinEgypt #cantkeepcalm #wannacry?

Wednesday, July 3

Mesir ketika ini

Mesir pada ketika ini
ramai sedang menentang Presiden Mursi
tidak puas hati dengan pencapaian beliau selama setahun ini
mengharapkan perubahan yang drastik dalam tampuk pemerintahan kali ini
tapi itu semua hanya jadi mimpi, mana bisa ditukar menjadi realiti.

Rakyat bagai hilang pedoman
hanya menidakkan realiti yang Presiden itu sendiri perlukan sokongan
faktor yang diketengahkan sama saja dimainkan
"dia bukan seorang lelaki yang kuat, dia kurang berpengalaman"
kata rata-rata orang di jalanan.

Aku hanya bisa mengiakan kata-kata
apabila mereka mengimpikan negara seperti Malaysia
'Aman maju telus jitu'  (?)
seandainya mereka tahu
Malaysia juga punya masalah politik dari dulu.

Rakyat Malaysia hanya mampu berdiam diri
terima sahaja apa yang di'beri'
tidak kecoh jika ada yang ditindasi
atas faktor berlainan parti
selagi tidak kacau anak cucu sendiri
semuanya masih boleh bertoleransi.

Mesir dan Malaysia
sekarang mahu salahkan siapa?
orang atasan yang suka berfoya, yang lupa amanat tuhan kepada mereka
atau ibu-bapa, yang tidak bercerita tentang politik di rumah mereka
atau anak muda, yang terlalu lena dengan arus permodenan dunia  (?)
hah kena…

susah untuk cakap, jika kita bukan ahli yang cekap
susah untuk ubah, andai diri tidak berani berhujah

kesimpulannya,
rakyat Malaysia terlalu santun,
tidak kisah walau harta negara sendiri sedang dibalun
cuba sekali buat revolusi, boleh kita tahu resultnya nanti  (?)  


p/s : my Abah once said that politics is a dirty game. you wouldn't believe what could happen once you step in it. Dirty things may remain dirty even people try to clean it. and this is reality, that we have to face it.  Kathihan

Tuesday, July 2

boboboi

SELAMAT HARI JADI
Muhammad Muaz Mursyidi bin Mukhtar
nyih dan nyaih
wishing you happy days onwards
be a good boy
dont be naughty-naughty sangat
(kak hani tak larat nak kepong)

may all your dreams come true (goal keeper?)
someday, inshaAllah
:)
you go boy!!  XD
Sorry lah
sebab dapat kakak yang annoying macam kak hani

selalu marah kamu sebab nak keluar main futsal dengan irfan

selalu berleter bila tengok kamu asyik dok depan tv saja seharian
selalu marah kalau kamu asyik kata lapar ja memanjang
selalu cubit-cubit muka kamu yang hensem sangat tu (perasan!)

 dan kak hani tak tau pon kamu masuk newspaper hari tu..hahaha
model milo pon bole lah ;)
that’s how I show my love
for you. heh
nasib baik adik ;)

be a good son to mama and abah
be a good boy to us ; your kakaks and abangs
and to muiz too
(sebab nama nak dekat-dekat kot tu yang ampa selalu bergaduh, aigooo)

p/s : saya yang paksa mak saya letak nama adik bongsu 'muiz', so nanti senang nak panggil.

muaz : nyaih >_< muiz : nyih >
tapi sayangnya muiz selalu membuli abangnya muaz TT__TT