Wednesday, April 3

Ma fisy fulus

ASSALAMUALAIKUM w.b.t

Sakitlah hidup macam ni.
Hidup tanpa duit.
Susah. Hanya Allah sahaja yang tahu.

Nak buat semua benda sekarang ni wajib berduit.
Tapi bila duit takdak

Bila lambat pi sekolah terpaksa jalan kaki laju-laju (sampai tak pijak tanah) sebab takdak duit nak naik bas,
Bila lapaq kat sekolah kena tahan perut sebab takdak duit nak beli makanan,
Bila orang minta bayar hutang kena tebalkan muka minta extend sebab takdak duit nak bayar,
Bila orang ajak pi makan luar kena kata ada kerja lain sebab takdak duit nak berfoya-foya,
Bila semua orang pakat beli tiket balik Malaysia (sekarang Egyptair tengah murah), poyo ja buat-buat cool tak beli tiket lagi padahal hati macam nak pecah nak beli tiket balik!
Bila…
Bila…


Tapi tengah bulan nanti bila tuan rumah nak mai kutip duit sewa, apa aku nak jawab??!!
Sakit… Sakit…  T__T
#Duitgenihmemanglaku#

Kasihan kau Hani!
Dah jadi macam ni baru pandai cari Tuhan.

3 comments:

  1. Sabaq hani.. Kami pun sama :(
    Nak save duit.. Kena buat bisnes nampak gayanya...

    ReplyDelete
  2. haha
    tau ramai yg senasib
    bahana keluar winter sopping sakan kann..
    ok jah, hidup ja lagi ni..hohi :D

    ReplyDelete