Tuesday, April 30

of library

ASSALAMUALAIKUM w.b.t
Hari ini dalam sejarah
dah lama dah tak buat keja ni
balik dari kelas aku singgah library
hahaha
 bajet rajin lah kau
(tapi kalau aku balik rumah, mesti katil ja tempat aku).

Lepas kelas tadi masa tengah turun turun tangga dari bangunan department 36 tu, aku siap berhujah berperang dalam hati, nak pi library ka tak mau, nak pi ka tak mau. 

Sampai ja kat library tu, penuh. Aku senyum.
hahah. Nak patah balik. (nampak sangat tak ikhlas langsung)
nasib baik masa aku nak toleh nak balik, ternampak satu tempat kosong.
Rezeki dari tuhan. Ada kosong.
yang aku nak cerita kat sini, aku tidur jugak kat library tu. hahaha.
cant help lah Hani kau punya kuasa tidur tu… buat malu jaa kat budak arab sebelah tu!

SPM 2008
Mak ayah mana yang nak biar anak dia tak berjaya kan?
Dulu sebelum SPM, ayah aku teramatlah risaukan aku. Risau sebab suka tidur sangat.
Balik sekolah, tidur. Malam malam kalau tak ada tusyen, pukul 9 tu dah syahid dah. Jadi sebagai seorang ayah yang sangat concern dengan anak dia yang akan ambil SPM, dia mulalah berleter.

Setiap hari ok, setiap hari lepas balik dari sekolah ayah aku akan halau aku.
Halau tak bagi dok kat rumah. Dia akan suruh pi study di library.
Mula-mula agak annoying kot, setiap kali habis lunch ayah aku akan tanya, “Pi library tak arini…?”
Dan ini ayat abah kalau aku malas nak keluar pergi library :
“Tolong lah Hani, tolonglah. Kalau kat rumah kamu tidoq ja. Abah malas nak bising-bising. SPM dah dekat. Tolong lah, kali ni ja. Nanti habis SPM kamu nak terperuk dalam rumah ni 24 jam pon tak pa…”
Dan aku kalau bab ayah aku merayu buat ayat-ayat sedih ni, aku lemah laa. Ayah kann, sapa tak sayang.

So aku pon patuh ja lah kayuh basikal tengah-tengah panas. heh. (overnyaaa!!!)
Tak lah, naik motor. Sampai motor aku bunyi krek krek sebab dok ganyah sakan sangat pi library tu.
ha ha ha  (padahal library 5 minit ja kot dari rumah! Ganyah mendanya…)

*That was my story Of Library.  Act, I do enjoy spending my time there. Cuma library kat sini tak sama macam kat Malaysia yang jauh lebih aman dan tenang. Masa 2nd year dulu selalu jugak aku lepak library. Tapi lama-lama (bila dah meningkat usia ni) rasa boring ah. Mungkin sebab tak ada orang yang nak push aku macam yang my dad buat 5 years back.
Ok Abah, I miss you!
  :D


Ps : Sedar Hani! Bangun! Final dah dekat kot. Kurang 2 bulan. Kau dah study apa...? Habuk tadak!

Vocab baru ---->
ganyah : guna semahu-mahunya tanpa menghiraukan keadaan kesihatan alatan tersebut.
sakan : terlalu/teramat/seronok etc (yang bermaksud kita enjoy dengan benda tu...kot?!   Y-___-Y


Monday, April 29

dengki

ASSALAMUALAIKUM w.b.t

                  Tak perlulah engkau dengki
                  dengan kelebihan orang di sisi
                  sedang engkau sendiri mengerti
                  hakikat Dia yang maha Memberi
                  pada setiap hambaNya yang dikasihi.

                  Tak perlulah engkau dengki
                  jika kelebihan yang dikurnai
                  melebihi apa yang engkau miliki
                  karena setiap rezeki yang tertulis di azali
                  itulah yang hakiki, tertulis di langit Ilahi.

                  Jangan engkau banding
                  hakikat rezeki masing-masing
                  tak perlu ambil pusing
             Bersyukur itulah yang paling penting!

Dengki dengan orang lain, tak bawak ke mana Hani!
Bila dengki hati jadi kotor.
Kau akan sentiasa melihat kelebihan dia, langsung kau tak nampak kelebihan diri sendiri.
Common lah, jangan jadi budak-budak bole tak Hani…?  (-____-)
Lepas ni aku nak buat dek  ja dengan dia. Jangan tengok kelebihan dia. Tak mau dah. Promise. Titik.

ps : kalau kita tak suka orang tu, sebenarnya ada orang lain yang tak suka kita jugak kan? Pernah dengar pasal ni? so does that mean bila aku dengki kat orang lain, maknanya ada orang lain lah yang tengah dengki kat aku...? Dan orang lain tu ada orang lain yang dengki dengan dia. Dan orang lain yang lain pulak tengah dengki jugak dekat dia... and the cycle continues,  so kalau macam ni bila nak habes...?  ha ha ha ha ha ha

pening lah gini! [*__@] 


Friday, April 19

teori

ASSALAMUALAIKUM w.b.t

Hidup aku kalau tak berasaskan teori memang tak nama hidup
so bagi aku teori itu penting untuk semua benda
kalau orang tak nampak kepentingan teori tu sendiri
they cant learn
contohnya belajar teori tentang bulan
saiz dia, bentuk dia, permukaan dia etc
baru lah orang dapat rough idea tentang keadaan di bulan
dan akhirnya sampailah mereka ke bulan.
Does my example make sense…?
hoho.ketandusan idea.  
 -____-
Kesimpulannya dari teori maka terkeluarlah praktikal-praktikal tentang sesuatu perkara.

Aku punya teori

teori1: Sorang housemate aku selalu kena ulcer di lidah atau di dinding-dinding rongga mulutnya.
Kesian sangat dekat dia masa jadi ulcer tu. Cakap susah, nak makan susah, nak tidur susah, nak nak…
Jadi aku yang suka buat teori sendiri cakap kat dia itu hari,
“N kena minum air banyak-banyak. Baru ulcer tu bole hilang. Nak pakai Bonjela tak? Tapi kami takdak la pulak Bonjela tu. Tak pon, N kena selalu nganga mulut so that panas dari dalam mulut dapat keluar…”
bagai mak nenek aku nasihat tapi yang part last tu yang tak tahan. Aku sendiri ter'nganga' dengan apa yang aku cakap.
(nganga mulut = panas keluar = ulcer bole baik…?)
dan reaksi N macam ni, ' erk (-__-'') '

teori2: Satu jam setengah atau dua jam lepas makan elok kalau kita urut-urut perut dan pinggang kita, sebab ini dapat membantu proses penghadaman sekaligus membantu dalam proses penyahtinjaan kita.
Baru test semalam dan ianya berkesan! Serius tak tipu.
Tapi aku tengok orang lain tak buat pon macam tu tapi still senang ja pi bilik air…?
(Again, an unapplicable theory).  
@___@

teori3
: Musim panas depa kata kena minum ayaq banyak-banyak. Ini adalah untuk mengelakkan diri kita dari dehydrated (terkurang air dalam badan). Teringat masa summer lepas, aku dengan housemate beli tembikai sebiji (saiz dua kali ganda bola futsal) untuk menghydratekan balik badan lepas balik dari kuliah. Dua-dua balun tembikai tu sampai ke isi putihnya. Waaaallllaaahhh! Kerja gila. Ni kalau terlebih potassium, apa akan jadi pada jantung…? Aku terfikir masa tu.

teori4: Masa kita mengurut orang, si tukang urut akan mengeluarkan angin yang sangatlah terexcessive! Serius tak tipu. 'Berghh...berghh...' bunyinya. Aku membuat teori sendiri yang mungkin angin dari si diurut itu ditransmit terus ke si pengurut? Tapi apa mode of transmission dia? Aci lawan hang aku sapa nak pi mana ka angin-angin tu? haha. Still wondering.

Aku tau semuanya ni tak make sense langsung. Tapi itu lah aku cakap, kalau takda teori yang sahih, takkan ada lah penerangan untuk pengteori merapu macam aku ni.
Jadi, kenalah banyak membaca so that all your theories come with true facts. 
ps: Aku baru ja lepas like page Matluthfi90 di FB. Sarkastik betul dia tu. Aku tak larat nak gelak baca status-status dia yang entah-apa-apa-tapi-lawak tu.
My older sister is one of his die-heart fans. Kesian kakak aku masa aku kata si Matluthfi ni dah berpunya. hahaha                                                                  
****************************************
Senyum :D

gi ngoji

ASSALAMUALAIKUM w.b.t

sapa mahu comel…? gi ngoji
mo disayang Allah…? gi ngoji
mo dicinta nabi…? gi ngoji gi ngoji
gi gi gi ngoji
mo jadi kiut…? gi ngoji
mo masuk syurga…? gi ngoji
***************************************************
Tahu gwiyomi...?
yang lately ni meletop sangaaat tu!
haha
apa yang aku nak cakap ni?

Tak..sebenar masa I-fest itu hari, ada satu soalan kuiz.
Q : Apa hukum kita beramal dengan ilmu tajwid? (lebih kurang macam tu lah soalan dia.tak ingat daa).
Matan jawapan dia aku tak ingat sangat tapi mafhumnya : Untuk yang belajar tajwid, WAJIB (fardhu ain) untuk dia apply apa yang dia belajar (tajwid) tu masa baca Al-Quran.

so lagu ni memang comeyy sangat lah kan!
[Tak tahu tajwid tok leh nikoh]
hahaha
gurau-gurau saja

Anyhow, kita kenalah perbaiki mana yang bole. Kalau tak sempurna pon, at least bacalah Al-Quran baik-baik dan elok-elok. Mana tau nanti di akhirat sana masa kita dah hampir-hampir nak kena humban (na'uzubillahiminzalik) tiba-tiba Al-Quran datang cakap yang kita dulu pernah cuba belajar untuk elokkan bacaan kita…syafaat tu! 
Cewaaah, bajet ah hani.
hoho..Tak pa lah, kita sama-sama belajar..
dan kalau rasa sebutan huruf tu tak betul,
habaq mai kat cek, nanti kita pi berguru dengan Ustazah Maha.. Hoooyeeaahh!

Selamat beramal..
Ingat : Setiap satu perubahan kita ke arah yang lebih baik insha Allah dihargaiNya!
Senyum :D 

Thursday, April 11

A-laun

ASSALAMUALAIKUM w.b.t
Depa kata duit baru dah masuk!
tapi ni baru awal April…?
patutnya hujung bulan ni kan baru masuk elaun?
Adakah JPA sedar bahawa ramai antara kami yang telah kekeringan fulus?
Atau ini satu sogokan untuk PRU13 nanti?

Aaaah, kau banyak songeh pulak Hani,
bila tak ada duit, jaja satu Mesir duit dah habis,
ni orang dah masukkan, banyak pulak yang ditanya.

Apa-apa pon, harus tunggu sampai ahad nanti lah
nak pi cek baki yang tinggal. 
Tapi
Jangan pula ada yang kata
“What happen Nozha? Your account is empty!”
Hahahaha. Malu baq mai!

Ps : Besar harapan aku bila dapat tau duit dah masuk. Harapnya betul lah kot  
:D (mahu senyum sampai telinga!!!)
...Alhamdulillah...

Pergi

ASSALAMUALAIKUM w.b.t
Dia pergi.
Raya lepas
Dan takkan kembali lagi.
-Al-Fatihah buat maktok, 
Che Gayah Md Ali-

7.4.13
Habis kuliah. Hati aku kosong. Balik ke rumah pon lambat-lambat.
Rasa macam nak give up untuk hidup.
Tak tahu sebab.
Hanya memikirkan keindahan bersama keluarga di Malaysia pada saat ini.
Ok, aku rindu Malaysia.
Petang tu juga, terlintas di hati aku memikirkan usaha-usaha aku untuk ke Jannah. Tiba-tiba saja. 
Apa yang aku dah buat sangat sampai Dia akan bagi syurga yang mahal tu untuk aku?
Mengeluh panjang petang tu. Loser.
Waktu ni aku rasa macam baik mati saja daripada hidup tanpa tujuan. Teruk kan?
Aku fikir begitu.
Tapi, kalau kau mati sekarang, bole jamin ka kau dapat masuk syurga?
Amalan pon habuk-habuk saja.
Ni berangan nak berehat-berehat di situ (syurga) pula.
Mengeluh lagi. Sampai rumah, terus tuju katil. Tidur. Loser lagi! 

9.4.13
Aku tengok jam. Pukul 12 setengah pagi. Ni kalau kol Malaysia mesti depa semua tengah siap-siap ke sekolah. Nak kol tapi takut kacau. Pagi-pagi macam ni selalunya depa dok kalut nak siap ke sekolah.
Lupakan niat kol. Tidur.
7 pagi (di Mesir) henpon aku vibrate. Laah, terlupa nak tukar silent mode semalam.
Mama kol (dari Malaysia)? Kenapa ni? Dan baru terperasan peti masuk berkelip-kelip menandakan ada mesej baru menunggu. Hati dah rasa lain macam. Gundah tiba-tiba. Dan berita yang memeritkan tu sampai juga ke telinga.

Maktok dah tak ada.
Speechless.
Pagi tu hati mendung. Air mata aku gagal untuk bendung. Hanya Dia yang tahu kesedihan yang tak mampu untuk ditanggung.
Mula mengingatkan kenangan-kenangan dengan maktok. Dah lama tak kol tanya kabar.
Dan dia telah pergi, meninggalkan seribu satu kesan di hati.

Rasanya baru semalam aku peluk dia,
Cium tangan dia,
Sayang pipi dia.
Pak Lang, Pak Teh
Usu, Mama, Maktok, Mak Ngah & Cik Yan
 
Maktok…Semoga rohnya tenang di sana.
Hani harap kita dapat jumpa di syurga nanti.
Stay strong Hani!

Maktok selalu pesan suruh belajar elok-elok.
Dia akan sama-sama susah hati 
kalau aku balik summer sebelum result keluar.
Dari first year lagi, aku balik
tanpa tahu result final.
Tapi bila pass, maktok akan panggil aku,
peluk , dan ucap tahniah...
"Bertuah cucu maktok..."
"Bertuah cucu maktok...". 
Sejak kecik lagi, aku selalu dengar maktok cakap benda ni.Dan bila aku tanya kenapa dia suka cakap macam ni, dia kata itu doa dia untuk semua cucu-cucu dia...
Tak sangka yang aku akan tulis cerita ni. Sungguh!

Wednesday, April 3

Ma fisy fulus

ASSALAMUALAIKUM w.b.t

Sakitlah hidup macam ni.
Hidup tanpa duit.
Susah. Hanya Allah sahaja yang tahu.

Nak buat semua benda sekarang ni wajib berduit.
Tapi bila duit takdak

Bila lambat pi sekolah terpaksa jalan kaki laju-laju (sampai tak pijak tanah) sebab takdak duit nak naik bas,
Bila lapaq kat sekolah kena tahan perut sebab takdak duit nak beli makanan,
Bila orang minta bayar hutang kena tebalkan muka minta extend sebab takdak duit nak bayar,
Bila orang ajak pi makan luar kena kata ada kerja lain sebab takdak duit nak berfoya-foya,
Bila semua orang pakat beli tiket balik Malaysia (sekarang Egyptair tengah murah), poyo ja buat-buat cool tak beli tiket lagi padahal hati macam nak pecah nak beli tiket balik!
Bila…
Bila…


Tapi tengah bulan nanti bila tuan rumah nak mai kutip duit sewa, apa aku nak jawab??!!
Sakit… Sakit…  T__T
#Duitgenihmemanglaku#

Kasihan kau Hani!
Dah jadi macam ni baru pandai cari Tuhan.