Friday, March 30

tewas

Aku tak tahu apa masalah aku skarang ni!
Rasa macam selalu ja mengkufuri nikmatNYA..

Aku tension!
Stress dengan dosa2 yang aku buat.

Semua orang ingat aku baik. People don’t know, really don’t know, what kind of person I am..
Even me, myself, tak faham dengan diri aku ni.

Aku nak bertaubat. Aku nak jadi baik. Aku nak buang jahiliyah teruk aku itu.
Tapi aku tak mampu.
Semalam aku tewas lagi!
TEWAS!

Pada awalnya, aku cuba kawal diri.
Tidak mahu mengulanginya lagi.
But then, at last, aku buat jugak.
Arrrrrrgggggggggghhhhh….

Aku menyesal hari ni. Engkau buat dosa pd malam jumaat.
Yang esoknya adalah hari: penghulu segala hari.

Pagi ni aku rasa kosong. Fakir. Miskin. Rugi.
Astaghfirullahala’zim  *sigh*

Aku pegang Alquran, yang dah lama tak berbuka. Mula2 terdetik jugak, adakah aku akan jumpa ayat untuk mengubat hati ini, setelah perbuatan dosa yg telah aku buat terhadapNYA?!
Sedih hati ni. Nak pujuk, aku tak tahu. Aku rasa diri ni sangat hina. Nak menghadapNYA, nak mendongak minta ampun, aku takut. Serius, aku rasa diri aku ni kotor. Tak tahu nak gambarkan macam mana.
TAPI tadi…aku jumpa ayat ni :

{4:79}
‘ Kebajikan apa pun yang kamu peroleh, adalah dari sisi ALLAH, dan keburukan apa pun yang menimpamu, itu dari (kesalahan) dirimu sendiri. Kami mengutusmu (Muhammad) menjadi Rasul kepada (seluruh) manusia. Dan cukuplah Allah yang menjadi saksi.’

ALLAH… aku terharu. Aku malu.
Malu padaNYA. Malu pada Rasulullah. Malu dengan diri sendiri.
maka, 
berTAUBATlah, selagi Dia masih mengingatimu, memberi peluang padamu! 
ASTAGHFIRULLAHALA’ZIM

Thursday, March 29

n_n

from: knmz2210.tumblr.com


Tuesday, March 27

APA CER BRO..?

Assalamualaikum


adakah dia tak tahu?
adakah mereka tak tahu?
adakah korang betul2 tak tahu?

Before baca entry ni, mohon buka hati, lapangkan dada…
mungkin ada yg akan terasa dgn ayat2 aku lepas ni… as aku mmg tak pandai nak put in words…
tp percaya laa, aku buat semua ni untuk sama2 kita perbaiki diri…tak lebih dari tu…bukan niat untuk perli, jauh sekali cakap belakang…
just be positive…kita sama2 belajar untuk menjadi lebih baik  insyaALLAH  =)
sungguh, aku sendiri tak layak untuk cakap pasal ni..seriously…


“dia jumpa aku..”
“dia jeling kat aku..”
“dia kenyit mata kat aku kot..”
Mcm OVER ja ayat2 atas ni..
Ok, let me correct them..kalau mcm ni:
“dia mesej aku suruh tahajjud laa..”
“dia tanya aku dah solat belom…”
Blablabla…..

Semua ni ayat cliché. Dah banyak teguran atau nasihat kita pernah dapat or dengar. Lagi-lagi kalau kita ni datang dari background sekolah agama [Alhamdulillah]. So, tipu la kan kalau korang cakap tak pernah kena tegur pasal ikhtilat semua2 ni..

Walaupun aku bukanlah seorang yang bole dikategorikan sebagai alim, tapi aku kurang bersetuju dgn pergaulan lelaki+perempuan yang tak terbatas ni.. correction here, bukan kurang bersetuju, tapi ‘tak setuju’..

Mungkin post kali ini akan membuatkan anda2 di luar sana rasa kita ni syadid/over/kolot or whatever (myb nak label aku ‘KUNO’ pon aku tak kesah.hahah)

Sebetulnya, aku bukanlah org yg ahli/pakar dalam bab hukum-hakam ni (actually, dah pikir banyak kali pon, nak tulis ke tak pasal ni), tapi mengikut kefahaman ilmu agama yg aku timba selama mana aku belajar dolu2 waktu muda2 dulu, pergaulan L+P tanpa urusan, mmg tak bole…

Aku tahu..semua org akan rasa indah bila sebut pasal cinta…sapa tak nak bercinta weh?!  -hahaha, ayat terdesak ka.?-

sapa tak nak bercinta, tambah lagi dy dah admire someone ni sejak sekolah lagi, right?
Semua ni fitrah manusia..ALLAH sendiri ada mention dalam Alquran yg manusia ni dijadikan berpasang2an..so, mmg tak hairanlah kalau semua org mmg SEDANG MENCARI mr. & mrs. rightnya…

Tapi, kita dah lupa ka yg sebenarnya, ada batasan bagi semua ni? Mmg tak aci la kan kalau kita main sedap ja langgar peraturan yg dah ditetapkan oleh TUAN kita, kan?

Kalau kita sedar yg kita dah buat salah, banyak2 istighfar… ALLAH dah kasi ‘can’ untuk kita fikir balik, muhasabah balik. Are we doing the right thing now?
Fikir la elok2..masing2 dah besar panjang…dah bole jadi mak bapak orang daa.. ^_^ V

Kita tau yg isu2 couple/ikhtilat semua ni agak sensitif, tapi sebagai sahabat semuslim, kita rasa kita patut ingatkan. Kalau korang rasa menda ni bole diterima, cuba lah untuk berubah..slow slow la k..

Penutup:
The best solution, kalau korang mmg dah tak bole nak tinggalkan menda ni [myb dah sayang sgt kat dy tahap cipan (“,)], what if kalau juz make it HALAL? Semua orang impikan that halal relationship. Sapa yang nak dosa? Even kalau tanya orang yang tak solat pon, dy mmg tak nak buat banyak dosa. The halal one, kan lagi manis…dosa tak dapat, pahala bole berlipat-lipat…
gambar sekadar hiasan ;)

p/s: mama, if u read this post, hani tak maksudkan apa2 k...hehe. i'm still neutral  ;D 

Sunday, March 25

FB - positive

never forget to say :  ALHAMDULILLAH

Sunday, March 18

contengconteng

 ..Assalamualaikum..

Just wanna say "hi" to all my readers, as this week, no up-date-post kt blog ni...sja membizikan diri cket sejak akhir2 ni...walaupon sebenar-benarnya tak bizi pon.. :D
kita dah nak berceloteh cket ;)

ALHAMDULILLAH...
ALLAH maha kaya...anything can/will happen, atas kehendakNYA..

alhamdulillah, minggu ni aku rasa bahagia. sebabnya? sebab aku rasa perjalanan minggu ini, cukup membuatkan aku puas..

banyak yg dah berlaku. 
first, pasal penyakit 'down+inferior' aku yg susah sgt nak surut-surut ni. tp alhamdulillah, DIA dah hantarkan byk org utk sentuh hati aku. minggu ni, banyak yang aku dapat. kata2 semangat, kata2 motivasi, kata2 pujian, kata2 teguran, etc. hehe. even kena tegur buat salah pon, still aku bersyukur. [ewah, lagak positif laa sangat kan!]
ampa (means 'korang' ya dlm bahase k-el; KL) pernah tak dengar kata2 ni: "pujian orang terhadap kita adalah satu RAHMAT dariNYA, sebab DIA telah menghijab kelemahan/keburukan kita di mata orang lain".
jadi, syukur tu penting..!

Be positive
sejak ada FB 2 3 menjak ni, sakan jugak laa masa2ku dihabiskan di situ..amek tau pasal org lain, GOSSIPs, jadi stalker (hehe, jarangjarang k), tp yg penting; aku nak cari semangat org lain..kadang2 tu, kita x tau mcm mna ALLAH nak bagi teguran kt kita, right? so aritu masa tgh scroll down my 'home', terjumpa laa satu pic ni..


aiman azlan's pic

So, keep on worrying bukanlah the BEST solution untuk kita terus maju ke hadapan. Sapa yg x risau nak exam, nak berjaya.Tapi apa yg kita patut buat adalah berusaha, berusaha dan terus berusaha.. No matter what the result will be, DIA nampak usaha kita, insyaALLAH. 
Jadi kawan-kawan, jom kita stadi sama-sama! Bukan kejar MUMTAZ ja, tp juga MUMTAZ di sisi-NYA.insyaALLAH amiiiin ;D


p/s: aritu kak paan dah selamat pulang..best laa tgk kakak2 abang2 yg dah balik for good..dah bole jadi doktor dah diorang..moga kita juga satu hari nnt bole jd mcm tu jugak! amiiiiin, insyaALLAH :)

last farewell-with kak paan! ;)

Thursday, March 8

The Bitter Truth

Assalamualaikum w.b.t

Terkejut utk benda yg sudah dijangka!
Terkedu dgn benda yg dilihat dgn 4 mata!

"result dah kluar"
Oh ya? Malasnya nak tahu..
Tp still kena gagahkan hati buka website U..

Oh my …….!!!

Seriously x tau nak kata apa.teruk sgt2 result midyear aku ni.disaster.ribut.taufan.
semua2lah  yg sama erti dgnnya..

NO KOMEN!

Tp mmg tak yah komen kot.dah tertulis di tangan takdir..
Itu lah, main2 lagi! org suruh belajaq, engkau tidoq. Org panggil stadi, engkau menguap..
Apa nak jadi ni..

Sesal dulu pendapatan.sesal kemudian xda guna.
“Nangeh laa air mata darah sekali pon, dah x leh nak wat apa dah cik hani oi!” my big sis said.

Dah x tau nak gambarkan apa yg aku rasa skrang ni.give up? NEVER..
Down? macam ada..
Panjang keluhan aku semalam.
Last2, tidoq dlm air mata T___T

Mungkin, ALLAH nak ajar kau kot hani.
Jgn main2.jgn pandang rendah utk bidang ni.
Tp myb aku tak pandang rendah, Cuma amek ringan mungkin.

What to do next?
-Kena rajin. Rajin. RAJIN.
-Tulun laa katilku, jgn memanggil hamba sgt!  {hmm,ok, salahkan katil yg x bersalah pon}
-Kena konsentret dlm kelas ok! Jgn tidoooooq ja memanjang.
-Jgn pikir menda2 yg x perlu utk dipikirkan lg setakat ni. Pagi masih panjang.
-POSITIF dgn ALLAH, insyaALLAH…



Sedikit kata2 yg mungkin dpt merelievekan aku buat masa skarang:

“ Sebanyak mana kita usaha, sebanyak itulah yg ALLAH akan beri pd kita. Jika terlebih itu rezekimu tp jika terkurang ALLAH sedang mengujimu ”

Sunday, March 4

demi sesuap nasi

*post kali ni agak panjang..klu tokse baca, sila tekan sign pangkah kat tab browser anda.terimakaseh*

020312

"assalamualaikum..mama chat? tgh buat apa tu?"
"mama kt dlm keta ni, nak p amek kuih utk jamuan sekolah esok.abah ada ni.nak ckp dgn dy x?"
"naaaak...hello. abah chat?"
"alhamdulillah.hani ok x kat sana?"
"okey2.hani chat.bertambah2 chat..hehe..abah, esok hani ada projek besaq..nak jual nasi lemak.org tempah smpy 60 bgkus.."
"apa? jual nasi lemak? betui ka? bole ka masak?"...kat belakang tu dah dengar suara mak aku dok gelak..hahaha..nmpak sgt depa x berapa nak percaya..
"betui laa abah.x kan nk tipu pulak..mama abah doakan tau bg sambal nnt sedap!!"
"hehehe.sambal tu jgn bg sedap2 sgt.nnt bahaya..jual2 jugak stadi mcm mna? mp4 aritu, guna x?"
"guna2..tapi kan abah, hani nak ngaku, hani dgq gak lagu2 guna bnda tu"
"hmmm, xpa laa..guna ja laah..sekali-sekala nak hiburkan hati..tapi jgn laa dok dgq sgt lagu2 korea tu, rock sgt, dgq laa lagu2 mcm ya thoibah. YA THOIBAH, YA THOIBAH, YA DAWAL.........." ayah aku pon nyanyi lagu tu..bole laa takat 2 3 suku kata..hahahah.ayah aku minat sgguh dgn lagu tu. penah sekali masa cuti summer aritu, nak balik kmpong kt jitra, serius dgq lagu tuh dr as-jitra..bila dah abes 1 kali, "hani, ulang lagu ni"..naseb baik hp 'canggih' aku masa tu byk bateri..setengah jam jugak laa dgq lagu tu..huhu..layan ja laah~~
*toink.toink.toink* tersentap dgn perkataan lagu rock tu..hehe..sekali sekala..~
"ni abah tgh bawak keta.x bole lama2 sgt. nak ckp x dgn adik2?depa baru balik tusyen ust saad ni....."
blablabla..dah x larat nak tulis..itulah alkesahnya tepon mak ptg jumaat aritu..
rindu sgt2 kt depa semua..nak balik summer ni. tp bila pikiaq final, ini ja yg mampu T____T

030312

tdoq pukul 1.30 pg..agak gila laa wat keja ni.. tp x pa, sekali sekala..hahahaaha..
lepas bincang2, decide bgn pukul 3.30, utk packing..
sekali......
-ALLAHUAKBAR ALLAHUAKBAR- dah iqamat?
semua bangun serentak. 
nisa: "hani, ottoke?!"
ottokajo!!!!!!! dah lambat.x solat lg.x packing lg..huahuahua..
dah mcm org x berapa nak betoi..naseb baek dayah ada..huh, lega byk kot!

tepat 7.15pg, siap packing 65 bungkus.
terus masing2 gi siap.nak g tusyen doc.Ehab [act, stat pukul 7]
kuangkuangkuang
lewat sudah..siap 10 minit.naik teksi, smpy tusyen dlm pkul 7.40 kot..hehe

hari ini dalam sejarah. 
first tyme kami pegang title 'penjual' kat mesir nie.heh
seronok.seronok.seronok.
bila hasil jualan abes..[berdasarkan tempahan], terasa sgt lega [plus segan pon ada jugak!]
bole bayang laa kan mcm mna perasaan penjual2 di pasar mlm, mesti risau klu jualan x laku aritu..klu x abes nnt rugi..hmmm
itulah nak dkatakan: demi sesuap nasi..

sambutan sgt mberangsangkan. ada yg minta nak lagi..
bukan x mau buat, kami ok jaa, sbb takat potong2 timun..kupas2 telur, tutup mata pon, jalan~
[astaghfirullah, ayat riak ja aku nih.haish]
tapi kena tnya dulu laa kan, chefnya sanggup ka x nak bersengkang mata lg..hehhehehe..satu jihad kot utk lawan nafsu ngantok!

'ala kulli haal, syukran utk semua pembeli2 yg berdedikasi utk membeli... ('',)
nak minta maaf jugak kpd yg x dpt nasi seperti yg ditempah..
muhasabah utk nex, lebih berhati2 nnt, insyaALLAH...

p/s: -title post mcm xberapa nak masok
      -nak letak gambaq, tp tu lah, hp canggih sgt, S2 pon kalah. huh~
      -maaf klu byk amek masa korang baca post ni..hehe
[perasan jaah aku ni, ntah xda org pon yg singgah]
      -kepada customer2 nasi lemak, klu ada sebarang comment, yg membina atau kurang pembinaannya,bole jaa nak luah ya~x puas hati ka, sila lah ya~

THANKSALOT ;)

Thursday, March 1

^_^ v

1   2   3...
testing   testing


p/s: intro utk 2012..ingat nak wat countdown penutup 29 feb..(sigh)..
x dan pulak T__T

-HARI INI BUKAN DALAM SEJARAH-