Wednesday, November 21

Keputusan

ASSALAMUALAIKUM w.b.t

Alhamdulillah, internet dah dapat balik..huihui~
ni lah naseb kalau tumpang internet orang. Kalau ada tu, syukur. Tapi time takdak tu, sabar ja lah.
Haha. Aku takmau merapu banyak sangat kali ni. Cuma nak cerita ringan2 saja.

KEPUTUSAN

[1]
Aku. Orang yg sangat tak suka nak decide sesatu benda. Jiwa jadi kacau lah kalau nak buat keputusan. Aku takut kalau keputusan aku tu salah. Jadi apa2 pon selalunya aku refer mak ayah aku.

Tapi minggu lepas, aku kena jugak buat 'benda alah' ni. Kena pilih, nak focus exam atau main Champs. Susah gil* kot nak decide. Memangla kalau aku tanya orang, orang akan cakap: buat istikharah. Patutnya aku ikut, tapi dah dengan sejuk2 ni, plus aku ni lahir tahun kambing, so tersangat lah susah nak bermujahadah berhadapan dengan air sejuk!  (teruk gil* kann..!)

pikir punya pikir, lastly I’d made my decision. Aku decide untuk balun dua-dua. Haha
Mula2 rasa bahagia ja sebab berjaya buat keputusan tu (tanpa tanya mak ayah aku. Sebab kalau tanya, mesti jawapannya tak payah main. So ni kira berani mati punya decision lah..)

Tapi sepanjang minggu tu aku resah. Takut nak hadapi 3 hari tu. Tertanya2 jugak, sebab tak dapat restu mak ayah aku ka sampai aku resah sangat2 ni?

so solutionnya, aku tawakkal ja kat ALLAH. Memang niat aku satu, nak jaga ukhuwah aku dengan budak2 Gen’s team ni. Tiga taun kot main sama2, lepas main cakap nak pencen next year, tapi tak pencen2 jugak! Kalau nampak bola netball, terjuling2 mata ni ha..hahahahaha! (oke, aku over ja nih.heh  (‘’,)

dipendekkan cerita, ALLAH itu maha adil. Alhamdulillah, aku seronok sebab aku berjaya lalui hari2 tu dengan baik. Bayangkan, exam written hari rabu, jumaat main, then sabtu exam praktikal. Nak pengsan rasa kalau pikirkan balik..huih..
(walaupon aku agak kecewa dengan exam, tapi aku cuba positif dengan ALLAH. Dia dah rancang pon suma2 tu..inshaALLAH, ada lah hikmahnya tu)

nak cerita pasal Champs pulak..
oke, kami kalah! Bukan masalah tak hebat tau (bajet gittew~!), tapi sebab rezeki. Rezeki takat semi ja kan. Nak buat macam mana..

Every year ok every year! Ponat lah nak beat team Born To Win tu. Tinggi2 belako! huish -.-''
Abes game ja, kami suma bersorak. Kalah kot tapi happynya macam tak ingat dunia. Memang pon, dah kalau dok teringat fortox tu, kalah pon seronok! (sebab nak balik awal.hehe)
Konklusi, aku sayang team Gen’s  :)

[2]
Hari ahad aritu result UPSR keluaq. Famili aku taun ni ada 4 orang yg amek UPSR (mesti stress kan kalau jadi adik aku. Nak beat dengan sepupu2 ni satu hal jugak. haha..) Semua dah neves2 tunggu result. Supposedly keluaq awal November aritu. Tapi sebab ada ura-ura kata ada sekolah yg dapat soalan bocor dan semua student sekolah tu tulis jawapan sama dengan skema, so result pon ditangguhkan. Dan hari ahad aritu, semuanya terjawab. 
Mak aku rileks ja, sebab si Amat ni yg ke-5 yg amek UPSR dalam keluarga aku. So dah immuned lah konon dengan neves2 ni. Hehe. Cool-cool mak aku pon, risau jugak katanya. Tapi yg tak tahan, Cik Yan (mak sedara) aku. Siap senak-senak perut lagi pagi tu sebelum result keluaq. Haziq pon tak seneves mama dia..haha, how sweet!  

Haziq dengan Amat kira sepupu yg 'kamceng' lah. Kalau haziq balik Kedah, mesti Amat akan minta nak balik rumah mak tok aku, temankan si Haziq. Haziq dapat 5A, dan adik aku Amat dapat 4A. Sains B. Mak aku kata: Rezeki takat tu ja, Alhamdulillah lah kann. Tak pa, yang penting semua bahagia.. yeeeaaayyy!!!
Itulah keputusannya. Dan Amat nak masuk Maahad. Aritu dah pi exam, tak tau lah dapat ka tak. Tradisi famili aku, lepas ABIM pi Maktab Mahmud. hmmm, tak keluaq2 dari Kedah!  Hahaha  ;)



Hensem boys. Amat baju merah, dengan Muaz.
*Muhammad Ammar Taqiuddin Mukhtar*

Last but not least, aku sayang sangat dekat Amat. Budaknya tak banyak cakap, lebih banyak berdiam diri. Sangat patuh pada cakap mak ayah aku. Cuma kalau tak kena dengan angin dia tu, ada ja lah perangai2 yg 'kureng' tu.   Masa dia kecik2 dulu, aku paling benci dekat dia. Sebabnya, dia selalu ugut nak hantuk kepala kat lantai/dinding kalau dia tak puas hati..jangan terkejut! haha. adik2 aku semuanya extreme2..
How time flies.. dah besar rupanya adik2 aku ni  T_T 


dan aku harap Amat akan membesar dengan baik, inshaALLAH. Be a good boy, ok!

-Fin-

Tuesday, November 6

abused

ASSALAMUALAIKUM W.B.T

Exam dah dekat!
huhu 
(‘’,) ketaq lutut sih…mana tak nya, bz memanjang dgn benda lain
Tapi seriusly, rasanya macam baru ja stat kelas aritu..ni dah nak End round..rasa sat sangat!
(mananya tak SAT hani ooiiii, kau pon ponteng kelas the first 2 weeks! Haks..bajet balik on time lah sgt..)

Briefly tentang round ni;
aku dengan kawan2 baru stat 4th year ni dengan Forensic & Toxicology, atau nama glamer dia: FORTOX
bole tahan jugak laa subjek ni..
dengan forensic, kita bole laa nak berangan jd ahli2 yg terer dgn all sort of criminals, macam bunuh orang la, bunuh diri la, gantung diri dll.. (ala2 CSI gituhAcecece! haha)
tp kalau pasal toxic pulak, belajar pasal poisonous substances…tp malas lah nak ulas lebih2..buku pon tak buka lagi..bajet mcm tau banyak ja..heh @_@

-Fin-
*ini untuk tatapan family aku kat Malaysia. Macam boring giler kan bila baca.haha.tapi takpa lah, nanti kan kalau tak tulis, diorang tanya..(bajet gil*, padahal dah story-mory habes kot thru fon aritu. Hehe)
**********************************************************
Ok, ini tajuk lain pulak.

Hari ahad aritu lecture pasal ‘child abuse’. The lecturer was pretty, but aku macam a bit petty kat dalam kelas aritu.

Terimbau lah balik zaman kanak2 aku dulu.
I was in Terengganu at that time (Kemaman; to be specific). Mak aku kerja bank dulu (as now she is a teacher), dan ayah aku di Kerteh. (tak tau lah Kemaman dgn Kerteh tu jauh ka tak, kecik lagi kan waktu tu, aku pon dah lupa.)
Masa tu aku baru 4 tahun kot kalau tak silap. Dan kami baru bertiga; kakak aku, aku dan din. (dan skrg dah bertujuh. Bangga gil* kan! Hehe, mak ayah aku mmg kaya dgn anak..ngeh ngeh ;D)
So disebabkan mak ayah aku gheja, kami 3 org duduk kat rumah dengan bibik. Banyak kali jugak la kena tukaq bibik, sat mai yang muda sangat (so tak cekap sangat), sat mai tua sangat pulak (mak aku segan nak arah2 kann..), sat mai yang sakit (nanti kami pulak yg jaga dia.haha), etc..Memang problematic jugak laa bila nak cari bibik yang sesuai. Dan last sekali, dapat jugak yg bejenih sikit (sesuai)

Mula2 kami ok ja la duduk dengan kak Kamariah[KK] tu (aku dah lupa dia orang mana, tapi yg pasti dia bole cakap siam laa). Tapi bila dah lama2, dia makin naik tocang. Bila mak ayah aku ada, cakap dengan kami ni macam 'pijak gajah pon tak mati'. Tapiiiiiii, bila mak ayah aku takdakserius macam Hitler!
Serius tak tipu! Dia sangat anti dengan aku kakak aku. Kalau masa makan, dia suruh kitorang makan bawah sinki. Bila mandi, dia akan kunci pintu dari luaq.. Helllloooo, aku baru 4 tahun kot, kakak aku pulak baru 5 tahun..tak logik laa kurung kitorang dalam tandas..tapi masa tu kecik lagi, seronok ja la dapat main2 air..mananya nak faham yg sebenaqnya kami ditindas! Huh. Bila ingat2 balik, serius aku geram. 
Tapi kan, dia sayang sangat kat si din (din waktu tu dalam 2 tahun). Gendong ja memanjang, ke hulu ke hilir. Dalam rumah ja pon. Tak payah lah nak dukung2, budak tu bole jalan sendiri kot! (*takpuashati)
KK tu tersangatlah tak bole nak tengok aku dengan kakak aku bahagia. Elok2 tengah main lego dengan kakak aku, dia pekik2 jerit marah kami. Kata kami bising lah, kacau dia tengok tv lah..macam2 lah dia buat.. memang aku dengan kakak aku jadi mangsa ‘child abuse’ ni.huhu~

Dan yang paling aku tak bole lupa, masa tu aku dengan kakak aku tengah main Barbie, tetiba dia masuk bilik kami mengamuk2. Waktu tu kami dah tau lah yg angin kus-kus dia dah mai kan. Pastu dia heret aku masuk bilik lain, kunci pintu. Aku terpinga2 lah kan. Pastu dia bawa keluaq lilin, pasang api. Dia marah2 aku kata kami ni tak bole duduk diam, suka bising2. Kami punyalah takut dengan dia sampai main pon bisik2 ja okay!. Bole pulak dia kata kami bising? What the??!!
Pastu dia cucuh badan aku dengan air2 lilin yg tengah menitik tu. Aku pon jerit2 lah minta tolong. Sakit kot. Panas sangaaat. KK tu bole ja sambung lagi cucuh aku. Dasar betol! Sikit pon dia tak kesian kat aku yang tengah nanges bergelen-gelen air mata ni. Huhu~
Yang terharunya, aku dengar ja kakak aku ketuk2 pintu dari luar. Dia dok minta maaf, cakap tak buat dah lain kali. Aku terharu gila lah sebab kakak aku try nak selamatkan aku. (Sedih pulak rasa). Bila dia dah puas torture aku, dia siap pesan lagi “jangan bagitau mama dengan abah. Kalau depa dapat tau, esok aku buat lagi”. Bencinyaaaaaaaaa…diugut hidup2 kot…!!

Camtulah alkisahnya aku kena dera. Aku rasa tu kot salah satu sebab yang aku ni jenis tak bole ingat zaman kecik2 aku dulu. Kalau tanya aku Terengganu best ka tak, aku pon tak tau nak jawab apa. Maybe sebab psychologically/mentally depressed by KK kot. Zaman kanak2 aku kosong! Makcik2 aku pernah cakap: “ingat tak dulu kita pi tepi pantai makan telur penyu?” “Ingat tak dulu hani panggil ikan tu ikang?”  Dan aku macam “errkk, yaka..tak ingat lah” haha.

KK tu sempat duduk dengan kami dlm beberapa bulan ja. Aku tak sure lah mcm mana, tapi at last mak aku tau jugak lah yg selama ni dia dok dera kami, esp aku lah kan (menurut riwayat kakak aku, KK terkantoi dengan maktok aku masa dia dera kami, nak cerita pulak kang tak habes). Mak aku terus hantar dia balik. Beberapa bulan lepas tu, famili kami balik Kedah. Sampai sekarang. Aku pon dah lama tak pi Terengganu. Kenangan pahit kot. Very pathetic. Takmau ingat dah.. sedih sangat laa!~

-Fin-

note below: kepada ibu bapa di luar sana, kalau anak2 duduk dengan orang gaji, tolonglah buat spotcheck, contohnya macam balik mengejut masa lunch time, mana tau anak2 anda mungkin senasib dengan saya!..huhu
say NO to child abuse. Ini bukan bahan ketawa ok! Ini sangat serius sebabnya budak2 bole depressed, rasa inferior,etc. Zaman kanak2 mereka mungkin gelap, kosong, nightmares dll.. 
>>sayangilah kanak-kanak<<

Friday, November 2

1nov2012

ASSALAMUALAIKUM

uhuk uhuks, uhuk uhuks...{kan dah batuk}

lama sudah tak bukak sini..bila last eh kita buka? before balik malaysia summer aritu kot..huhu
[hailooo, dah namanya cuti-cuti malaysia kan, meme sini pon cuti gak le.. hihi  :D]

tak dak apa pon yg nak ditulis kali ni, saja buat post baru, konon2nya tanda nak mengactivekan balik lah blog ni.. 

btw, memandangkan aku 'baru ja' (dah dekat sebulan dah pon) masuk sem baru, aku pon ada jugaklah azam baru untuk sem nih..haaa
aku ingat aku nak mengimarahkan balik lah blog ni, nak cerita seeemua benda kat sini 
(bergantung pd keavailablelan intonet)...
so that kalau dah tua2 nanti, kalau dah lupa masa muda dulu2, boleh anak cucu aku baca kisah maktok depa ni..haaa
(amboi, berangan tak hengat dunia!)

takpa takpa, kita tengok ja la nanti k.... terimarah ka dak blog ni ;D

p/s: percayalah bahawa azam baru aku ini tercipta bilamana masa aku baca balik post yg dulu2 tu, makin aku rasa BM aku semakin merudum..tak kick langsung laa ayat2 aku...bunga2 pon takdak...
so boring!  [-_-"]

Thursday, July 19

aisyalam-2102 <--- stat sini please

Assalamualaikum

No purpose to tell the WORLD that i'm home...
[hehehe  *denganmukaevil*  to-ink-to-ink]
being a lone-ranger all the way back to Malaysia was not a bad thing to share
[perkataan 'bad' tu mungkin agak OVER, huhu...]

Cerita Pulang
(sila baca dengan mode: boring .....huh  ^^,) 
Tak dinafikan, aku memang sorang yang pelupa...even balik tiap-tiap tahun pon, kepala aku ni still tak bole nak cope dengan hal-hal yang berkaitan dengan airport-airport nih...
biasa lah, orang kampung kaaannn....airport ni kira bole dikatakan seluas puluhan hektar tanah bendang kat kampung aku tuh...seriusly

apa yang aku ingat (or maybe it should be: apa yang aku tahu); 
''habes CEK-IN, kena cari GATE, bila dah jumpa gate, duduk diam-diam sampai depa panggil''
that's it!

so alhamdulillah, dari Cairo ke Abu Dhabi, takda masalah...cuma hampir ditahan sebab BARAKAH 
(hmmm, borderline cases...)

aku pon 'macam agak confident' la bila dah sampai kat tempat transit tu...then, masa nak cek tiket untuk tahu nombor gate, aku dah gelabah sorang-sorang....

''aiiiiisshh, mana pulak nombor gate ni? awat dia tak tulih?'' uuiiissshh....ok, aku gabra di situ...
aku dok cari orang yang sama flight dengan aku tadi, tapi tak jumpa pulak!
aaahh sudah, macam mana der???!!!

aku pon menonong (jalantanpatujuan) jalan kat airport tu....boleh dikatakan 'from-end-to-end' lah aku sa'ie sorang-sorang..hahah...
memang tak terlintas langsung kat otak kucil aku ni untuk cari pegawai ATAU customer service kat situ...yang pasti, otak dan hati kecil aku suruh CARI ORANG MELAYU. titik

moral of the story: not specific..ikut korang lah nak tafsir apa~
*NEVER to gabra if such things happen to you..stay calm bebeh~
*BERDUA lebih baik (samegender;maybe)
*MALU bertanya sesat jalan.. kalau dah ter'LOST' tu, cepat2 laa cari orang k!

so, selamat pulang ke Malaysia bagi semua yang akan balik nanti...
[have a safe journey back home~]
dan untuk yang stay di Mesir, selamat berpuasa dan manfaatkanlah masa2 korang dengan baik  ^__^

Ramadhan kareem..semoga Ramadhan kali ini lagi baik dari yang sebelumnya!
InshaALLAH

Wednesday, June 13

jalan ini

Assalamualaikum w.b.t

Jalan dunia
Ia penuh berduri
Jatuh bangunku
Tersaksi
 ......
Aku bangun
Cuba menyusuri
Jalan ini
Yang ku pilih sendiri
Demi masa tuaku nanti
......
Tapi
Apa yang pasti
Tak semua senang untuk diharungi
Kerana jalan ini
Penuh berduri


ai-se-men ! Aku bermadah di pagi hari… 
untuk PHARMA yang tidak aku ketahui apa nasebku nanti

I just hope that I can smile after the exam ('',)

Ooo dearly DRUGs : aku cinta kamu, kenapa kamu tidak cinta sama aku ?!  T___T

>bahagianya tengok pakcik-pakcik nie<
" pakcik takda exam PHARMA? "
 ( ^_^ )

Monday, June 4

besar, kawen

Assalamualaikum w.b.t

[sila abaikan post ini jika anda ALLERGIC dengan tajuknya!]
Serius. Ini tak tipu.

Masa 1st year dulu, bila nak exam ja, mesti timbul bab kawen. Dulu aku heran jugak sebenaq. Kenapa kena/perlu pikiaq benda2 ni semua. Tak perlu kot. Borink owh..

Tapi bila naik tahun tiga ni, semua dah rasa macam agak ‘dewasa’ kot. Konon lah.
(Mana tak nya, semua sibuk cakap pasal tu)
Bila cakap pasal kawen, mata semua naik bersinar-sinar.   
Bila timbul gosip-gosip panas (sapa dah berpunya etc), memang laju ja nak tahu!
Dan aku perasan perubahan KETARA itu dalam diri aku ni. Hah! (serius gatai, am I?)

Dan kalau nak tahu, dalam masa 10 hari++ masa study leave aritu, ada 4 orang kawan aku kat Malaysia dah kawen.. fuuuuuuuhhh! (berpeluh owh.. ha ha)
Serius HOT

Dan couple yang paling latest adalah semalam.
Lepas abes ja aku kol mak aku, dayah tunjuk gambar kawen junior kami yang kat maahad dulu.
[sayang tak tengok before kol rumah, kalau tak bole bagitau mak aku. ha ha]
Tilik punya tilik, aku macam kenal  ja suami dia tu.
Sah ! si suami tu senior aku masa kat sekolah ABIM dulu, and that girl pulak junior MMAS aku!
What a small world, kan?

Tapi untuk situasi aku sekarang ni, kena tukaq jadi “what a big world” lah kan..
hahahaha  [=.= tak lawak pon]

Ok. Dah. Full stop. Enough pasal kawen k !
Sekarang kena FOCUS exam.
Kang tak pasalpasal nak terkulat aku sorang2 macam dalam exam tadi nak hadam otak ni untuk membuahkan jawapan2 hentam itu. PENAT!

All the best utk next paper.    

PINTAAN DOA YG SUNGGUH2 insyaALLAH DIDENGARINYA  =)

Wednesday, May 23

random

ASSALAMUALAIKUM

bangun pagi, gosok gigi, cuci mata, tengok cerita..

heh.. aku merapu ja ni..( tak tau nak buat intro apa)..hmmm~
bila bukan kat depan laptop, rasanya macam banyaak ja benda yang nak tulis, tapi bila dah menghadap depan ni, blank pulop segho..huh~

alhamdulillah, dah abes sudah exam praktikal.. and lagi 10 hari, kita akan sama2 berjuang untuk written pulak..fuh~ berdebau rasa hati ni..

banyak lagi tak cover. malasnyaaa....
(tapi macam banyak masa ja kau nih, siap bole post 1 entry!)
ha ha ha.

hari ni tiba-tiba aku ada mood GEN9 siket. hehe.
batch aku ni kan, bila pikir-pikir balik, macam menarik pulak..
-------------------------
mungkin sebab semalam dapat Al-Jauhar edisi last kot, tu yang macam terharu siket dgn set-set nih~
aku pon tak tahulah apa yang aku nak sampaikan sebenar, but just nak bagitau yg aku sayang sangat kat kawan-kawan aku nih
(erk, kenapa aku rasa macam agak ke'SKEMA'an di sini  :P) ...
ok hani, tak matang tak matang..

tapi kan,
aku suka gila part "cerita 4: cerita loghat kedah+pantai timur"
mau aku terguling2 baca cerita tuh. memang pandai lah sapa yang buat tu..
(aku lupa nak tengok sapa yg tulis, tapi rasa macam tak da)..
mohon izin laluan lah ya~ aku nak copy paste cerita tu, mana tau kot-kot ada kawan-kawan malaysia aku yang singgah sini...  ^_^  
bole la kalau nak tumpang gelak sama-sama~

LOGHAT KEDAH ka LOGHAT KELATE yang lagi munasabah ?

alkisah : (ni bahasa melayu baku tau)
ali pergi ke rumah pak leman untuk mencari emaknya tetapi setelah sampai di situ didapati emaknya tiada.

jom translate ayat kat atas ni jadi loghat kedah dan kelantan :

KEDAH: dia pi ghumah pak leman nak caghi mak dia, pi pi mak dia tak dak!
KELANTAN: dio gi ghumoh jire nok caghi mek dio, gi gi mek dio tak dok!

ok, mana satu yang lagi munasabah, kedah or kelantan...?

KONKLUSI: tak mungkin pipi mak ali tak da, tapi bole jadi ja yang gigi maknya dah tak da.
kan?!

lawak ka?
hmmmm, NO KOMEN !    -____- 

i say GEN9, you say HEBAT!
GEN9
HEBAT
GEN9 
HEBAT
GEN9 
HEBAT!!!

all the best semua! selamat stadi ya~

no one can go back and change
a bad beginning, BUT
everyone can make a new start to create a
SUCCESSFUL/BLESSED ENDING !

Tuesday, May 1

cerita maktok


Assalamualaikum 
{kenapa tulisan post kali ni macam tak betoi ah..
taktau pasai pa..dah beribu kali dah aku edit, 
dok macam tu jugak...}


* AMARAN KERAS: ini bukan post ilmiah atau yang sama waktu dengannya.. 
* post ni tersangatlah panjang and mostly loghat kedah..so sorry utk perkataan-perkataan yang tak difahami atau terkasar. TQ ! 
(tengs nisa kasi pinjam guna broadband kamu..jasamu kukenang..hanya ALLAH yang dapat membalasnya..)

one word for you lah kan : kind-hearted ! =)
kenapa tibatiba aku dok promote org ni.huh 
ok sori, tetiba nama nisa pulak yg jadi bahan.. maaf ye..
arini aku nak tulis pasal maktok aku. heee..beberapa jam before post ni tercipta, aku kol laa maktok aku. 

masing-masing sama-sama terkejut ! 
sebab nya: aku ingatkan maktok aku dah tidoq as selalunya pukul 9 tu mmg waktu tidur dia N maktok aku pon terkezot jugak sbb cucu kesayangan dia ni kol *bajet betol.. ;D
ayat maktok aku tadi: "maktok pendam nak dengaq suara cucu maktok ni"
(mula2 aku pon tersentak, pendam??! tiga saat lepas tu baru laa aku paham maksudnya. dalam tafsiran aku,PENDAM is RINDU,maybe kot..rasa2nya lah. ayat veteran kot aku pikir! )
seriusly, dah lama aku tak cakap dgn maktok. bila aku kol ja, maktok dah tidoq. bila aku kol ja, maktok pi KL..

tapi tadi ALHAMDULILLAH, dapat jugak aku cakap dgn maktok. rasa sebak pulak bila dengar suaranya tadi.
dan rasa sangat lega bila tahu maktok sihat walafiat skarang ni =) 
alhamdulillah, thank you ya ALLAH !
ok lah, ni baru nak masuk isi penting !
plot cerita : last year, masa balik malaysia time summer aritu.
masa aku mula2 smpai kat Alor Star aritu,mak ayah aku dengan adik2 aku yang lain suma mai jemput kat e-port. (rasa macam orang baru balik haji pulak..)

aduhai, time tu suma pakat jadi 'perak' tau..seronok sgt kot..hampir setahun kot tak jumpa..yang adik2 aku pon satu, jerit-jerit nama aku kat tengah-tengah tu. haaaiiihh laaa geng-geng tu..bukan heran orang kat tepi-tepi tu.
tapi serius, aku pon sama naik kot..
muka makcik pakcik yang dok tunggu turn depa pulak nak jumpa 'org yg tersayang' nampak agak kehairanan laa waktu tu.. ya lah kan, mesti depa ingat geng-geng ni (aku dan keluarga) agak kepoh..flight dari KL ja pon, tapi dah over-over segala apa kes, ya dak? kalau aku pon, aku mesti cakap ni geng OVER. tapi masa tu, suma pakat tak heran dah kat orang sekeliling. 
kira masa tu kami memang buat airport tu mcm famili kami punyalah.hehe.bila pikiaq balik,rasa malu pon ada!  -__-
ok, back to main topic, lepas abeh adegan salam+peluk mak ayah, terus kitorang balik jitra kejap, as aku dah tak sabau nak jumpa dengan maktok aku..
sampai ja kat rumah maktok, aku terkejut sekejut-kejutnya bila tengok maktok aku yg tengah tidoq time tu..lain sungguh maktok aku time tu! aku menangis peluk maktok. muka maktok dah bengkak, perut membusung, kaki pon bengkak-bengkak jugak.
ya ALLAH, waktu tu aku rebah kat tepi katil. macam mana bole jadi sampai macam ni sekali. 
maktok aku punya lah seronok jumpa aku. bangun pon semput-semput.

"alhamdulillah, cek dah selamat sampai. maktok dok doa bagi cek selamat semua." 
tu ayat maktok aku time tu.
apa lagi, merambu (menangis) laa aku waktu tu. sedih sungguh. terharu pon ada.
beberapa hari lepas tu, kitorang pon gi jumpa doktor kat Sultanah Bahiyah. tu pon lepas buat appointment dulu, blablabla..leceh betol..tapi biasa lah, hospital kerajaan. banyak procedurenya. 
(kau jgn merungut hani! kang nanti esok-esok kau kerja kat situ)
maktok aku kena admitted. sedih aku. dah alang-alang kat malaysia kan, aku pon kenalah jadi 'nurse tak rasmi+bertauliah'. ada ja la benda yang aku 'buat-buat pandai'. 
"maktok tak bole makan tu... maktok kena makan ni... blablablabla"tu lah. lebih kurang seminggu lebih jugak la kami anak beranak berkampung kat hospital tu. naseb baek makanan kat kantin tu sedap-sedap. tu yang tak tahan tu!
sebenarnya, ni baru betol2 aku punya main point. dari tadi dok main topic, main point suma. tapi ni baru yang betul-betul. huhu~
pagi tu, ada sorang indian houseman mai cek maktok aku. just nak ambil my maktok's history.. a very nice doctor i guess. cakap lembut, bahasanya pon sopan, loghat kedah dia pon bole tahan jugak.. then, waktu dia tengah cek-cek tu, ada la sorang senior doctor datang. depa pon cakap la sesama depa, Sguna term-term medic. aku yang bajet tahu ni pon try laa pasang telinga. ..blabla...blabla....ACITES..blabla...blabla..
tu lah satu perkataan yang aku dapat tangkap pon..benda first yg terlintas kat otak aku waktu tu ialah, ascites tu apa eh?macam pernah dengar tapi kat mana eh?

masa tu kan baru 2nd year, so hati ni tak da la rasa teruk sangat bila tak tau apekebendanya ascites tu. 
[tapi rasanya dah pernah dengar dah before diz, cuma aku ni ja kot yg jenis cepat lupa siket..huuu~]
tapi yang nak tergelaknya, aku mati2 ingat Ascites tu ada kena mengena dgn liver. aku dah risau gila waktu tu sebab aku ingat maktok aku ada liver problem. aku yang sememangnya cetek+kurang pengetahuan bab-bab ilmu medic ni pon buat la spekulasi sendiri. at last aku telepon dayah, tanya dia. hehehe. bila dah tau akar umbinya, lega.. 

alhamdulillah.. not a serious problem pon, just maybe kurang pantang makan etc kot...
sememangnya maktok aku ada diabetes..dah lama pon..tapi maybe aritu dah affect kidney dia. that's why ada fluid overload.
so masa aritu (tahun tiga) dah belajar pasal penyakit-penyakit ni bagai, baru la aku paham siket-siket... malu pon ada jugak siket (tak siket pon sebenar, serius aku malu dgn diri sendiri! benda simple pon tak tahu! nampak sgt kurang pembacaan di situ.)
kalau lah aku kat tempat doc houseman tu, tak ke jenuh nak jawab soalan doktor-doktor senior nanti..huhu T__T 
so dari situ, i've learnt a lesson!
                                KENA belajar betul-betul ! MESTI belajar betul-betul !
no matter what.
kita MESTI berjaya dalam bidang ni, bukan perlu ataupon mungkin berjaya...
ok lah, rasanya dah terlebih-lebih panjang post ni. sori sebab dah ambil masa korang nak study..akhir kalam:
"bersungguh2lah terhadap apa yang memberi manfaat kepadamu. 
Mohonlah bantuan ALLAH dan jangan merasa lemah"
*hadis muslim*


* to my fren, NAQIYAN a.k.a kak yan, saeng-il cukkaheyo!! moga ALLAH sentiasa merahmati kamu..(dah tua sudah maaaa....) 
* to my beloved roomie, jangan tension-tension k... biasa lah, ada orang TERbuat salah tapi dia tak sedar.. tak semua orang sedar akan kelemahan/kesilapan dia, right? Accept others will bring the harmony, kan kan?!
* untuk semua kawan-kawan ku, tadi maktok aku kirim salam kat semua. randomly. =)

ALL THE BEST untuk FINAL nanti...
aku harap semua orang bole buat yang terBAIK..
INSYAALLAH..
doakan untuk semua ya~

Thursday, April 19

STEP (part II)

Assalamualaikum

aritu dalam post yg lepas, aku ada bagitau yang aku akan update part II ni within 3 days kan? tapi ni dah lebih dari 3 hari.. janji tak ditepati di situ. MAAF !

ok lah, stret to the point lah ya~ 
part ni mainly tentang 'DIVERSITY'. (insyaALLAH, bermanfaat)

bismillahirrahmanirrahiim [nak share ilmu ni kena stat baikbaik. heee]
Based on buku 5 minds for the future, ada 5 jenis pemikiran yang kita patut ada sebelum kita melangkah dengan lebih jauh pada masa hadapan iaitu:
                      - disciplined mind
                      - synthesizing mind
                      - creating mind
                      - respectful mind
                      - ethical mind

Fyi, the first 3 tu lebih menggunakan otak kiri manakala baki lagi dua dari bawah tu lebih kepada penggunaan otak kanan.

Okey, back to our main topic, dalam part I aritu, dr.Har ada pecahkan tajuk diversity ni kepada 5 main points; personality, 5 love languages, 5 languanges of apology, attitudes towards diversity and also attitudes towards religious diversity. 
*setelah mempertimbangkan sikap rajin dan malas menaip yang wujud sejak azali lagi ni, eloklah jikalau saya menulis tentang personality sahaja, bukanlah kerana isi2 lain itu dianggap isi picisan akan tetapi, masalah yang wujud dalam jiwa remaja memberontak tak tentu pasal....ehh3, apa aku mengarut ni..ok!ok! the main point is,
 "AKU MALAS NAK MENAIP"  [dah tu kenapa tulis blog, huh?]
huuhuu..kan senang kalau bagitau awalawal.ni dok melalut sorangsorang apa kes ?!

ok la ok la. Tanpa merugikan space lagi, kita terus ke first point lah ya~

I               PERSONALITY

Apa itu personaliti? Mengikut pencarian makna personaliti yang dibuat menggunakan WordWeb dictionary –salah satu aplikasi kamus kat dalam komputer ACER aku ni yang aku percaya kesahihannya insyaALLAH (disebabkan masalah internet kat rumah ni, tak dapat la eden nak buat research lebih-lebih cari maksud perkataan ni, tambahan kamus dewan dan pustaka memang tak available here in my room in Egypt !).
[maaf lah untuk sesiapa yang lebih prefer makna dari kamus dewan. Terima dulu sekarang, nanti bila free-free, bole lah cari maknanya ya~]

oK, personality: The complex of all the attributes--behavioral, temperamental, emotional and mental--that characterize a unique individual.

Tapi, kalau ikut buku Personality Plus (seperti yang dirujuk dr.Har), kita bole bahagikan karakter/personaliti kita kepada 4 iaitu; SANGUINE, CHOLERIC, MELANCHOLIC dan PHLEGMATIC.

Walaupon namanya comel-comel semuanya, each one ada karakter-karakter tersendiri. And now, are u ready to know in which group do you guys belong to? heh. Jom kita tengok….
(yang kat bawah ni mana yang kami dan(sempat) salin lah. Kalau nak lebih info, bole look forward kat internet okes !)

SANGUINE >>promoters
-talkative
-good sense of humor
-enthusiastic and expressive
-cheerful
-optimistic
-has a lot of energy (no wonder budak ni jenis hepi-hepi ja)
-PELUPA

CHOLERIC >>producers
-born leader (maybe dari kecik dia suka pakai tshirt yang tulis: I WAS BORN to be a LEADER kot, mana tau, betoi dak!)

-confident
-dynamic and active
-strong-willed and decisive
-very independent
-not easily discouraged
-VERY DOMINANT/BOSSY

MELANCHOLIC >>planners
-deep and thoughtful
-serious and purposeful
-perfectionist, high standard
-poetic  (hmmm…..)
-self-sacrificing
-idealistic
-SENSITIVE TO OTHERS (senang terasa)
*dr.Har cakap karakter ni sesuai untuk secretary  =)

PHLEGMATIC >>peacekeepers/harmonize
-easy going and relaxed
-calm, cool, patient
-well-balanced
-quiet
-sympathetic and kind
-keep emotions hidden
-avoid conflicts
-TAK PANDAI BUAT DECISION

The last point pada setiap karakter merupakan kelemahan bagi orang yang berkarakter tersebut. Actually banyak ja lagi kelemahan2nya tapi maybe ni yang domain kot.aku rasa la…
So selamat membuat refleksi diri lah ya~
(tak semestinya kita punya karakter rigid dalam satu kategori ja.bole campurcampur jugak)

Ohhh, sebelum terlupa, point ni sangat penting okay; 
S can marry M while P can marry C  =P

The other 4 classifications of diversity ni aku rasa common point. Kalau nak tahu, bole search. Bukan apa, satu; aku malas nak tulis lebih-lebih bab hati dan perasaan ni, nanti orang cakap apa pulak kan. Dua; aku dah malas sebenar nak taip ni, hehe, as it is almost 1 a.m.

So, kesimpulannya buat lah sendiri ya, sebab apa yang korang faham itulah apa yang ALLAH datangkan dalam lintasan hati korang. Yang baik bole dijadikan teladan dan yang kurang baik bole dijadikan sempadan. Wallahu’alam. Syukran lakum.

“PEOPLE MAY NOT REMEMBER WHAT YOU DID FOR THEM
OR EVEN WHAT WE SAID TO THEM
BUT THEY WILL ALWAYS REMEMBER
HOW YOU MAKE THEM FEEL”