Wednesday, November 21

Keputusan

ASSALAMUALAIKUM w.b.t

Alhamdulillah, internet dah dapat balik..huihui~
ni lah naseb kalau tumpang internet orang. Kalau ada tu, syukur. Tapi time takdak tu, sabar ja lah.
Haha. Aku takmau merapu banyak sangat kali ni. Cuma nak cerita ringan2 saja.

KEPUTUSAN

[1]
Aku. Orang yg sangat tak suka nak decide sesatu benda. Jiwa jadi kacau lah kalau nak buat keputusan. Aku takut kalau keputusan aku tu salah. Jadi apa2 pon selalunya aku refer mak ayah aku.

Tapi minggu lepas, aku kena jugak buat 'benda alah' ni. Kena pilih, nak focus exam atau main Champs. Susah gil* kot nak decide. Memangla kalau aku tanya orang, orang akan cakap: buat istikharah. Patutnya aku ikut, tapi dah dengan sejuk2 ni, plus aku ni lahir tahun kambing, so tersangat lah susah nak bermujahadah berhadapan dengan air sejuk!  (teruk gil* kann..!)

pikir punya pikir, lastly I’d made my decision. Aku decide untuk balun dua-dua. Haha
Mula2 rasa bahagia ja sebab berjaya buat keputusan tu (tanpa tanya mak ayah aku. Sebab kalau tanya, mesti jawapannya tak payah main. So ni kira berani mati punya decision lah..)

Tapi sepanjang minggu tu aku resah. Takut nak hadapi 3 hari tu. Tertanya2 jugak, sebab tak dapat restu mak ayah aku ka sampai aku resah sangat2 ni?

so solutionnya, aku tawakkal ja kat ALLAH. Memang niat aku satu, nak jaga ukhuwah aku dengan budak2 Gen’s team ni. Tiga taun kot main sama2, lepas main cakap nak pencen next year, tapi tak pencen2 jugak! Kalau nampak bola netball, terjuling2 mata ni ha..hahahahaha! (oke, aku over ja nih.heh  (‘’,)

dipendekkan cerita, ALLAH itu maha adil. Alhamdulillah, aku seronok sebab aku berjaya lalui hari2 tu dengan baik. Bayangkan, exam written hari rabu, jumaat main, then sabtu exam praktikal. Nak pengsan rasa kalau pikirkan balik..huih..
(walaupon aku agak kecewa dengan exam, tapi aku cuba positif dengan ALLAH. Dia dah rancang pon suma2 tu..inshaALLAH, ada lah hikmahnya tu)

nak cerita pasal Champs pulak..
oke, kami kalah! Bukan masalah tak hebat tau (bajet gittew~!), tapi sebab rezeki. Rezeki takat semi ja kan. Nak buat macam mana..

Every year ok every year! Ponat lah nak beat team Born To Win tu. Tinggi2 belako! huish -.-''
Abes game ja, kami suma bersorak. Kalah kot tapi happynya macam tak ingat dunia. Memang pon, dah kalau dok teringat fortox tu, kalah pon seronok! (sebab nak balik awal.hehe)
Konklusi, aku sayang team Gen’s  :)

[2]
Hari ahad aritu result UPSR keluaq. Famili aku taun ni ada 4 orang yg amek UPSR (mesti stress kan kalau jadi adik aku. Nak beat dengan sepupu2 ni satu hal jugak. haha..) Semua dah neves2 tunggu result. Supposedly keluaq awal November aritu. Tapi sebab ada ura-ura kata ada sekolah yg dapat soalan bocor dan semua student sekolah tu tulis jawapan sama dengan skema, so result pon ditangguhkan. Dan hari ahad aritu, semuanya terjawab. 
Mak aku rileks ja, sebab si Amat ni yg ke-5 yg amek UPSR dalam keluarga aku. So dah immuned lah konon dengan neves2 ni. Hehe. Cool-cool mak aku pon, risau jugak katanya. Tapi yg tak tahan, Cik Yan (mak sedara) aku. Siap senak-senak perut lagi pagi tu sebelum result keluaq. Haziq pon tak seneves mama dia..haha, how sweet!  

Haziq dengan Amat kira sepupu yg 'kamceng' lah. Kalau haziq balik Kedah, mesti Amat akan minta nak balik rumah mak tok aku, temankan si Haziq. Haziq dapat 5A, dan adik aku Amat dapat 4A. Sains B. Mak aku kata: Rezeki takat tu ja, Alhamdulillah lah kann. Tak pa, yang penting semua bahagia.. yeeeaaayyy!!!
Itulah keputusannya. Dan Amat nak masuk Maahad. Aritu dah pi exam, tak tau lah dapat ka tak. Tradisi famili aku, lepas ABIM pi Maktab Mahmud. hmmm, tak keluaq2 dari Kedah!  Hahaha  ;)



Hensem boys. Amat baju merah, dengan Muaz.
*Muhammad Ammar Taqiuddin Mukhtar*

Last but not least, aku sayang sangat dekat Amat. Budaknya tak banyak cakap, lebih banyak berdiam diri. Sangat patuh pada cakap mak ayah aku. Cuma kalau tak kena dengan angin dia tu, ada ja lah perangai2 yg 'kureng' tu.   Masa dia kecik2 dulu, aku paling benci dekat dia. Sebabnya, dia selalu ugut nak hantuk kepala kat lantai/dinding kalau dia tak puas hati..jangan terkejut! haha. adik2 aku semuanya extreme2..
How time flies.. dah besar rupanya adik2 aku ni  T_T 


dan aku harap Amat akan membesar dengan baik, inshaALLAH. Be a good boy, ok!

-Fin-

No comments:

Post a Comment