Thursday, March 20

bukan aku tak cinta

dia semakin mendiam
atau saya yang makin menjauh

susah rupanya
bila cuba nak kenal hati budi orang
yang kita memang tak pernah kenal
atau tak pernah rasa nak kenal

ambil berat sepanjang masa
itu bukan cara saya
ambil tahu mana yang perlu
itu bukan jugak cara saya
konsep touch and go ni tak berkesan rupanya
baru sedar
*sigh*

Islam memang suruh kita bersaudara
ya
bersaudara
so ada sesiapa tak yang mahu setia jadi kawan saya?
hahaha
tobat ahh orang lari

oh, usrah semalam memang syahdu
apa benar kita yakin dengan tuhan
apa benar kita cinta sama tuhan
apa benar kita betul-betul nak jumpa tuhan
ikhlas kah kita dalam menyebut cinta pada Dia

sedangkan amal masih tunggang terbalik
hati sendiri masih selalu mahu berdalih
konon ada kudrat untuk sendiri bertatih
come on lah hani!
cari cara, cipta peluang, lakar sejarah, capai bintang

oh, mungkin saya saja yang faham

nanti saya cerita tentang kata kerja cinta ya

p/s : next week exam! End round surgery, after 3-weeks-course
p/ss : threshold sakit untuk tengok orang beranak makin berkurangan. Pity me, really...

2 comments: