Wednesday, May 28

H

Bahagia sangat hidup sebab dah tau nama doktor tu
heh
kalau macam ni hari-hari nak pi hospital ambil history lah 

H rupanya. Sama lah nama kita doktor, saya pon H jugak ;)

xiang ni de ye laa aku malam ni...

Tuesday, May 27

dah kenapa aku jahat sangat ni?

trobek kisah 4 tahun dulu

nasib lah budak-budak ni yang jadi adik aku
dengar kata sungguh ahhahaha
ammar la yang paling kesian
sebab aku dengan aisyah ugut takmau kawan dengan dia sampai bila-bila
kalau dia tak ikut apa yang kami suruh buat

before





























after

ni lah kerja kakak-kakak tak bertauliah
they must be regretting to have us as their sisters muahhahaha
tapi sekarang aku dah taubat, dah tak buat dah perangai-perangai tu
cuma aisyah ja lah yang masih meneruskan legasi pembuli kat dalam rumah tu
kesian budak tiga orang ni

im missing home :'')


15 februari 2014



takdir tuhan

Nak jadi ibu ni susah sebenar

bukan senang tau nak mengandung
kalau tuhan bagi rezeki , ada lah
kalau tak, mungkin bertahun-tahun kita kena tunggu.

nak bawak budak dalam perut lagi
bukan senang sayang oiii
7 - 8 kilo tau dalam perut tu
baby, uri, air ketuban, berat rahim lagi
hohoho

yang ni lagi scary
masa nak beranak
sama ada boleh beranak biasa atau terpaksa bedah perut
nak kena potong tempat bawah tu lagi
engkau sanggup?

haaa
tu tak masuk lagi masalah-masalah masa mengandung, lepas beranak bagai.

Mama!
tiap kali lepas belajar certain chapters dalam Obstetrics, mama ja yang dibayangkan
anak mama cuma 2 orang yang normal vaginal delivery (NVD), yang lain semuanya Caesarean Section (CS).

kakak sulung dah lah keluar besar ;
4.5 kg, so ini memang sah-sah kena bedah
aku dengan Din saja yang keluar biasa, itu pon mama cakap abah dah siap gaduh dengan doktor, nak suruh mama beranak biasa jugak. Abah memang nak anak ramai pon. hadoiii~
Aisyah (yang ke-4) kena CS sebab dah terberak dalam perut. hahaha. Patut lah sekarang budak tu asyik depress ja kat rumah tu, ada history fetal distress rupanya masa dalam perut. kuikuikui
so bila dah 2 kali CS, forever CS lah kan. Ammar, Muaz, Muiz. 

last mama beranakkan Muiz, masa tu aku baru tingkatan 4
petang-petang lepas mama mandi aku akan sapukan cecair kuning gelap dekat tempat luka.
kadang-kadang mama akan picit-picit sikit tempat luka bedah tu sebab nak keluarkan darah-darah yang ada kat bawah lapisan kulit yang dijahit tu. Kadang-kadang tu ada keluar nanah-nanah sikit.
muka mama mesti berkerut-kerut, tahan pedih mungkin.
nak berjalan pon susah masa lepas operation. dah lah asyik kena makan sup ikan haruan ja, boring betoi... 
masa tu cuma bole kesian ja lah. Tolong mana yang boleh. Tungkukan perut mama. 

sekarang ni bila dah belajar pasal sakit puan ni, simpati tu lebih lagi.
tapi aku bertambah bersyukur sebab tuhan lindung mama ; bole ja kalau tuhan nak buat jadi accreta etc sebab banyak kali CS kan, macam-macam posibiliti yang bole jadi
tapi itu lah, kuasa tuhan kan. takda sapa pon yang boleh jangka.

yang sedih sekarang ni bila belajar pasal sakit puan ni, aku sendiri dah macam takut nak beranak.
tapi nama anak aku dah ada dah. hikhik

Amna Imani, Yusuf, Ulin Nuha

Jangan tiru nah, ni nama anak-anak aku nanti, inshaAllah kalau tuhan izin jadi ibu lah. heee
- nama Ulin Nuha ni baru ja discover masa kelas mengaji tadi, sweet kan nama ni? -
Kalau nak, pi lah cari dalam quran, banyak sangat nama yang best-best i tell you!!!

Ok bai, nak sambung study. Melalut dah ni. hahaha

jangan takut nak beranak ok, banyak pahala tuhan bagi kat kita nanti plus kita sendiri pon nanti bila dah jadi ibu tuhan akan angkat darjat boleh doakan anak-anak kita tanpa hijab. Best lah anak kita nanti bole dapat doa mustajab dari mak-mak diorang... (dah kenapa kau semangat sangat ni Hani? ahhahaha)




Friday, May 23

siapa sangka

siapa sangka final akan tiba dalam masa kurang sebulan lagi!

malam tadi ada malam munajat perdana (akhawat)
sempena dah nak exam ni kan, banyak benda yang perlu diingatkan.

macam mana nak manage diri, study, masa etc
walaupun ni dah nak masuk tahun ke-5 ambil exam kat sini (end-year exam to be specific)
cuak tu tetap ada
cuma sekarang ni cuak dia manageable lagi kot.

Kot.
mungkin sebab asyik rasa dah besar, dah cukup matang?
wallaweyyy. Poyo gilos.

anyhow, last part masa malam tadi yang paling tersentuh masa Shaymak share pasal pengalaman dia dalam belajar, stress management etc. Siapa sangka kan, orang yang diam dalam kelas actually bila dia diberi peluang untuk bercakap di depan, she really knows how to talk, motivate and even inspire people who are listening to her. Pengalaman mematangkan seseorang i tell ya. Dah lama dah sebenar survey, screening Shaymak ni, malam ni baru bole tengok! hehe

dan lagi satu, masa tengah salam wida tu, teringat pulak last time (setahun dulu) masa budak-budak akhawat gen9 masih penuh dulu. Ni cerita sebelum transfer kredit itu hari. Siapa sangka kan itu lah last time kita gather sama-sama, nangis ucap good luck untuk semua orang.

semoga kita terus berjumpa di dalam doa-doa kita sebelum masanya nanti di syurga.
InshaAllah ladies, semoga semua yang terbaik buat kita dan yang penting persahabatan ni. Kan? 

p/s : jangan berlama-lama di dalam gua, jenguk-jenguk lah jugak mereka si penghuni dunia :)
[pesanan ringkas dari penaja]

semoga najah semua!

Saturday, May 10

anniversary

Semoga sentiasa dalam peliharaan Allah
Semoga kekal bahagia sampai syurga
Happy 25th anniversary
mama and abah

9 May 1989 - 9 May 2014 (still counting,, inshaAllah)