Thursday, April 19

STEP (part II)

Assalamualaikum

aritu dalam post yg lepas, aku ada bagitau yang aku akan update part II ni within 3 days kan? tapi ni dah lebih dari 3 hari.. janji tak ditepati di situ. MAAF !

ok lah, stret to the point lah ya~ 
part ni mainly tentang 'DIVERSITY'. (insyaALLAH, bermanfaat)

bismillahirrahmanirrahiim [nak share ilmu ni kena stat baikbaik. heee]
Based on buku 5 minds for the future, ada 5 jenis pemikiran yang kita patut ada sebelum kita melangkah dengan lebih jauh pada masa hadapan iaitu:
                      - disciplined mind
                      - synthesizing mind
                      - creating mind
                      - respectful mind
                      - ethical mind

Fyi, the first 3 tu lebih menggunakan otak kiri manakala baki lagi dua dari bawah tu lebih kepada penggunaan otak kanan.

Okey, back to our main topic, dalam part I aritu, dr.Har ada pecahkan tajuk diversity ni kepada 5 main points; personality, 5 love languages, 5 languanges of apology, attitudes towards diversity and also attitudes towards religious diversity. 
*setelah mempertimbangkan sikap rajin dan malas menaip yang wujud sejak azali lagi ni, eloklah jikalau saya menulis tentang personality sahaja, bukanlah kerana isi2 lain itu dianggap isi picisan akan tetapi, masalah yang wujud dalam jiwa remaja memberontak tak tentu pasal....ehh3, apa aku mengarut ni..ok!ok! the main point is,
 "AKU MALAS NAK MENAIP"  [dah tu kenapa tulis blog, huh?]
huuhuu..kan senang kalau bagitau awalawal.ni dok melalut sorangsorang apa kes ?!

ok la ok la. Tanpa merugikan space lagi, kita terus ke first point lah ya~

I               PERSONALITY

Apa itu personaliti? Mengikut pencarian makna personaliti yang dibuat menggunakan WordWeb dictionary –salah satu aplikasi kamus kat dalam komputer ACER aku ni yang aku percaya kesahihannya insyaALLAH (disebabkan masalah internet kat rumah ni, tak dapat la eden nak buat research lebih-lebih cari maksud perkataan ni, tambahan kamus dewan dan pustaka memang tak available here in my room in Egypt !).
[maaf lah untuk sesiapa yang lebih prefer makna dari kamus dewan. Terima dulu sekarang, nanti bila free-free, bole lah cari maknanya ya~]

oK, personality: The complex of all the attributes--behavioral, temperamental, emotional and mental--that characterize a unique individual.

Tapi, kalau ikut buku Personality Plus (seperti yang dirujuk dr.Har), kita bole bahagikan karakter/personaliti kita kepada 4 iaitu; SANGUINE, CHOLERIC, MELANCHOLIC dan PHLEGMATIC.

Walaupon namanya comel-comel semuanya, each one ada karakter-karakter tersendiri. And now, are u ready to know in which group do you guys belong to? heh. Jom kita tengok….
(yang kat bawah ni mana yang kami dan(sempat) salin lah. Kalau nak lebih info, bole look forward kat internet okes !)

SANGUINE >>promoters
-talkative
-good sense of humor
-enthusiastic and expressive
-cheerful
-optimistic
-has a lot of energy (no wonder budak ni jenis hepi-hepi ja)
-PELUPA

CHOLERIC >>producers
-born leader (maybe dari kecik dia suka pakai tshirt yang tulis: I WAS BORN to be a LEADER kot, mana tau, betoi dak!)

-confident
-dynamic and active
-strong-willed and decisive
-very independent
-not easily discouraged
-VERY DOMINANT/BOSSY

MELANCHOLIC >>planners
-deep and thoughtful
-serious and purposeful
-perfectionist, high standard
-poetic  (hmmm…..)
-self-sacrificing
-idealistic
-SENSITIVE TO OTHERS (senang terasa)
*dr.Har cakap karakter ni sesuai untuk secretary  =)

PHLEGMATIC >>peacekeepers/harmonize
-easy going and relaxed
-calm, cool, patient
-well-balanced
-quiet
-sympathetic and kind
-keep emotions hidden
-avoid conflicts
-TAK PANDAI BUAT DECISION

The last point pada setiap karakter merupakan kelemahan bagi orang yang berkarakter tersebut. Actually banyak ja lagi kelemahan2nya tapi maybe ni yang domain kot.aku rasa la…
So selamat membuat refleksi diri lah ya~
(tak semestinya kita punya karakter rigid dalam satu kategori ja.bole campurcampur jugak)

Ohhh, sebelum terlupa, point ni sangat penting okay; 
S can marry M while P can marry C  =P

The other 4 classifications of diversity ni aku rasa common point. Kalau nak tahu, bole search. Bukan apa, satu; aku malas nak tulis lebih-lebih bab hati dan perasaan ni, nanti orang cakap apa pulak kan. Dua; aku dah malas sebenar nak taip ni, hehe, as it is almost 1 a.m.

So, kesimpulannya buat lah sendiri ya, sebab apa yang korang faham itulah apa yang ALLAH datangkan dalam lintasan hati korang. Yang baik bole dijadikan teladan dan yang kurang baik bole dijadikan sempadan. Wallahu’alam. Syukran lakum.

“PEOPLE MAY NOT REMEMBER WHAT YOU DID FOR THEM
OR EVEN WHAT WE SAID TO THEM
BUT THEY WILL ALWAYS REMEMBER
HOW YOU MAKE THEM FEEL”

Sunday, April 15

STEP (part I)

Assalamualaikum

steps by STEP

(BICARA ILMIAH, insyaALLAH. Ayat mungkin terskema ;p )

Jumaat lepas, aku telah menghadiri satu seminar di Al-Azhar Conference Centre. Excited dengan penyampai-penyampainya yang dibawakan khas dari Malaysia; Dr. Harlina dan Dr. Hafidzah.
[my mom is one of dr.Har’s die-heart fans. Jangan terkejut u..]
Hanya ingin berkongsi apa yang aku dapat masa pergi aritu.

"SLIDING THROUGH EXPERIENCE AS PROFESSIONALS"


I           5-Star Medical Doctors: What Does It Means?

So, firstly, nak tanya korang la kan, doktor tu apa? Or maybe siapa? Pernah tak korang termusykil dengan tugas/peranan doktor tu sendiri. Seriously, pada awalnya, bagi aku doktor ni adalah satu profession yg mulia (I know this’s cliché). Bila jadi doktor ni, kita kena banyak interact dengan masyarakat sendiri, bole tolong orang sakit, juga bole tolong rawat orang susah yang sakit.

Masih segar lagi dalam ingatan aku (masa aku darjah 6 kot, kalau tak silap), ayah aku pernah tanya: “nanti bila adik (bukan panggilan sebenar ^_^) dah besar, adik nak jadi apa?”. Aku jawab: “nak jadi doktor”. Pastu, ayah aku pon cakap, “hmm, baguslah.nanti bole buka klinik kat kampung kita tu, bagi orang kampung ubat free. Tapi kalau takut rugi, charge seringgit dah la nah. Kesian orang susah”. So, sejak aritu, aku memang berazam (selalu minta dalam doa) nak jadi doktor; sebab nanti aku bole tolong orang lain -as recommended by my father (bajet baik pulak!).
Dan sekarang, Alhamdulillah, Allah bagi peluang itu.

Tapi sekarang ni, bila dah sampai mesir, aku dapat satu point tambahan kenapa aku nak/akan/bakal jadi doktor. Disebabkan nanti kita akan dekat dengan masyarakat, kita akan dapat satu peluang emas untuk melaksanakan misi/tugas sebenar kita kat atas bumi ini; berdakwah. (“,)   -agak berat di situ-

So, back to our main topic, DOCTORb is ‘a MEDICALLY qualified person’ and dia sepatutnya ‘DOCTOR the DISEASE + DOCTOR the PERSON’. Thus, a 5-star doctor is a healer; clinically and non-clinically.

Jadi, macam mana nak jadi 5-star doktor ni?
i-        Community leader
ii-      Decision maker
iii-     Communicator (sgt x10000 penting)
iv-    Manager (pandai kawal diri, emotions, personality)
v-      Role model

Bila tengok balik, NONE OF THE ABOVE ada kat dalam diri ni. Yang no.3 tu ja yang rasa2nya ada la dalam 25% dalam badan.huh.

(Tambahan point yang di atas; isi no.6 dan seterusnya) Kita kalau nak jadi doktor yang 5-star ni, sepatutnya perlu ada karakter-karakter ni:
    - sincere+caring                - celebrate diversity (open-minded)
    - good role model              - brave enough (no fear, no favour!)
    - humble+respectable      - holistic (be realistic)
    -updated + contemporary 

So, bole la kita check sama-sama, mana yang kita ada, mana yang kita takda. Or maybe terkurang siket.
Secara kesimpulannya, mengikut kefahaman aku la kan, kita ni memang bole nak list down benda2 ni literally. Tapi, bole ka kita nak aplikasi benda2 ni amali-ly? Huhu…
(fikir-fikirkan dan selamat beramal !)

II         Doctor = Professionalism

Professional is a public servitude (serve people) and he/she doesn’t need a supervisor (bole regulate diri sendiri).

Mula2 aku tak paham dengan statement regulate tu, tapi bila dr.Har buat analogi ‘cleaner’, baru la aku paham. Ok, macam ni, cleaner tak termasuk dalam golongan professional. Sebab apa? Sebab dia memerlukan supervisor untuk tengokkan kerja2 dia. Contoh la kan, kalau takda orang yang pantau kerja diorang, agak2 ada tak masalah2 seperti curi tulang, tak datang kerja, etc. mesti ada, betul tak? Even professionals pon ada yang mencuri tulang. Betul tak? (err, tulang sapa? hehe)
But YES, they (cleaners) still serve people. [Tanpa diorang,….. > sila rujuk vid matlutfi: nama pun sampah]

Tapi, apa pulak yang dimaksudkan dengan professionalism? Ok cepat! Sapa yang pergi seminar masa kita taun 1 dulu?? Refresh refresh…   :D (dah lupa la tuh)

Ok, takmau buang space: This type of …ism literally berkenaan dgn SELF REFLECTION+SELF REGULATION+SELF CORRECTION.
Dari 3 jenis SELF ni, apa yang korang dapat teka? Cepat2! Ni soalan TRIVIA yang serius menyakitkan tulang tibia korang. Dapat teka tak?

Those SELFs reflect  ::MUHASABAH DIRI::

Akhir kalam, professionalism is about doing the right thing when nobody is watching (sedap kan pantun BI nie…) which means IHSAN (dari sudut Islam).

III        Managing Diversity

The 3rd point (insyaALLAH last point), kalau korang perasan, kat atas tadi (sila scroll up balik) kita ada mention kan yang 1 of the criteria nak jadi doktor yang 5-star ni ialah celebrating diversity (meraikan kepelbagaian). Tak salah untuk kita meraikan pandangan orang lain, mungkin ada part yang diorang betul dan mungkin juga ada part yang kita salah, right? Be an open-minded person adalah satu cara yang baik untuk kita menjalani hidup seharian kita. Hati senang, jiwa lapang, orang pun sayang. Betul tak? Tak bole la kan kalau kita nak rigid dengan satu-satu benda ja kan, as ALLAH jadikan manusia ni dengan akalnya sekali. Akal ni pon dah variasi, so masing2 punya pendapat sendiri tentang satu- satu hal. Just teringat analogi dr. aritu: ‘the blind men and the elephant’.

individually: semua betul (ikut cara tersendiri nak mentafsir sesuatu benda tu...)
BUT secara keseluruhan: semua orang salah..sebab itu ialah GAJAH.  =)
Diversity ni kalau ikut dr.Har aritu, kita bole klasifikasikan kepada personality, 5 love languages, 5 languanges of apology, attitudes towards diversity and also attitudes towards religious diversity. Sebenarnya, banyak lagi yang kita bole bincang under this diversity, tapi as kita kan bakal berjumpa/treat orang2 yang sememangnya berlainan ragam, kita sepatutnya mashi la siket2 pasal perangai2 orang ni. Ala-ala ahli falasafah+psikology la kot, maybe.
Actually, aku memang nak tulis pasal diversity ni (lebih2 lagi point diversity in personality) tapi memandangkan post ni dah terlebihlebihlebih panjang, so aku ingat nak buat steps by STEP part II, amacam? Menarik tak? Nantikan ya~ 


give me 3 more days nak siapkan yang part II pulak, hehe..berkarat otak ni nak pikir dan susun ayat yang betul dari segi tatabahasanya, ejaannya, etc. 
huuuuh… ok, see u soon in part II !

p/s: maaf la ye kalau bahasa yang agak kasar, mungkin. Post ni agak panjang, so maaf beriburibu maaf sebab dah curi masa korang nak stadi kan.. tak pa la, sekali sekala baca buku yang kurang ke-medik-an ni apa salahnya. Kan kan kan?

Syukran ‘ala kulli haal. Ma’as salaamah. Back to meja stadi !