Saturday, February 23

Zzzz

ASSALAMUALAIKUM w.b.t

Aku teringin hidup dalam dunia glamer. Macam artis, pi sana orang kenai, pi situ orang tegur. Kat mana-mana pon orang rasa jaa kewujudan kita. Baru best.! Haha..
Ni semua symptom lepas jumpa Zizan aritu, terasa keglameran dia di situ.. Dan angan-angan mat jenin aku makin hari makin meninggi-ninggi ! Tak sesuaaaaiiiii sis…  

Mesti Zizan bangga kan, pi mana pon orang kenai dia..
Nanges!
Entri yang takdak tujuan.. :')
[Weolls dengan Zizan]

Sunday, February 17

Cuti aku

ASSALAMUALAIKUM w.b.t

Hai semua! Dah lama aku tak jengok sini. Haha. Dan baru terperasan ini post yang pertama untuk tahun 2013 ni.
waaaahhh, excited u.. hehe
Disebabkan ini yang first, jadi aku pon nak post yang best-best ja lah.

Cuti aritu aku ke Dublin dan London. Tahap ke’best’an dia tu tak bole nak gambarkan/ucapkan/tuliskan. Memori yang sangat berharga, dan inshaALLAH aku nak ingat sampai bila-bila.
(tolonglah otak dan hati, keep the memories inside! )

IERE – Orang cakap Ireland kaya dengan ‘nature’nya. I wondered, cantik sangat ka? Siap masa semua orang decide nak ke Ireland 4 hari, aku rasa macam lama sangat. Baik pergi UK, dapat shopping banyak-banyak. Haha. Niat aku memang dari mula lagi dah hancus!

So cadangnya MESTI bawak duit banyak untuk soping. Nak dijadikan cerita, sehari sebelum bertolak (which was on 28th jan), duit tak masuk lagi.. Jaws dropped! “Omaigad, this’s crazy!” Merangkak aku pinjam duit dari orang. Malunya toksah nak cakap lah. Budak JPA kekeringan duit. Luls.
(situasi ni diapply kat aku jah. Orang lain semua kaya-maya. Aku jah yang sengkek sorang-sorang. Taktau lah duit aku pi mana!)

Dan masa sampai IERE, sekali lagi jaws dropped. Comelnyaaaa rumah-rumah kat sana. Aku rasa macam aku dalam cerita-cerita matsaleh. Hehe. Meme pon kan. Aku tak habis-habis puji rumah akhawat kat sana. Memang budak-budak ni pon cakap, “Sudahlah hani, tak larat nak dengar dah!”
Mana tak nya, ruang tamu dia comel, bilik air dia comel, tangga rumah dia comel, dapur dia tak yah cakap lah ;  sampai aku terpikir kalau aku migrate dan tumpang kat rumah tu, bagi aku tidur kat dapur pon aku dah bersyukur. (Tahap gaban habis lah aku punya kejakunan dan keterujaan nih). Even langsir dia ponn, sangat comel. Very English style! Daebakk!
Ok. Enough. Aku over.

The neighbourhood



ni lah rumah yang aku cakap tu. Jangan main-main, owner Mercedez tu student Malaysia ok! Ddaebakk!


Best captured _@ Howth, Ireland_ by hazirah


   Rumah kat tepi tebing tu...Dan kat halaman depan tu ada ruang untuk helikopter turun! Ni mesti rumah orang kaya-kaya (rasanya lah kot)..





My soul-load-travelmates
-zi, safia, izzah, naz, nisa, me, husna, imah-   
Dan sekali pandang, biasa-biasa ja tebing ni. Tapi bila kita tengok dengan mata hati, rasa kebesaran dan kekuasaan Allah dalam menciptakan sesuatu.
Dan bila kita berjalan tengok tempat/negara orang, kita akan rasa betapa besar dan luasnya ciptaan Allah. Dan pastinya Dia tidak akan menciptakan sesuatu itu tanpa ada hikmah/sebab di sebaliknya.
Subhanaallah :)
Nota kaki: Alhamdulillah..

Jaulah ke IERE aritu banyak bagi pengajaran pada aku, di samping dapat kenal kawan-kawan aku yang lain dengan lebih rapat. Semoga tautan ukhuwah akan terus kekal sampai ke Syurga. 
It was a blessed time indeed.

Ni semua gambar di Howth saja, which was in Day 2 of Jaulah..
More pics. On the way. Gai inshaALLAH.  :D

Wednesday, November 21

Keputusan

ASSALAMUALAIKUM w.b.t

Alhamdulillah, internet dah dapat balik..huihui~
ni lah naseb kalau tumpang internet orang. Kalau ada tu, syukur. Tapi time takdak tu, sabar ja lah.
Haha. Aku takmau merapu banyak sangat kali ni. Cuma nak cerita ringan2 saja.

KEPUTUSAN

[1]
Aku. Orang yg sangat tak suka nak decide sesatu benda. Jiwa jadi kacau lah kalau nak buat keputusan. Aku takut kalau keputusan aku tu salah. Jadi apa2 pon selalunya aku refer mak ayah aku.

Tapi minggu lepas, aku kena jugak buat 'benda alah' ni. Kena pilih, nak focus exam atau main Champs. Susah gil* kot nak decide. Memangla kalau aku tanya orang, orang akan cakap: buat istikharah. Patutnya aku ikut, tapi dah dengan sejuk2 ni, plus aku ni lahir tahun kambing, so tersangat lah susah nak bermujahadah berhadapan dengan air sejuk!  (teruk gil* kann..!)

pikir punya pikir, lastly I’d made my decision. Aku decide untuk balun dua-dua. Haha
Mula2 rasa bahagia ja sebab berjaya buat keputusan tu (tanpa tanya mak ayah aku. Sebab kalau tanya, mesti jawapannya tak payah main. So ni kira berani mati punya decision lah..)

Tapi sepanjang minggu tu aku resah. Takut nak hadapi 3 hari tu. Tertanya2 jugak, sebab tak dapat restu mak ayah aku ka sampai aku resah sangat2 ni?

so solutionnya, aku tawakkal ja kat ALLAH. Memang niat aku satu, nak jaga ukhuwah aku dengan budak2 Gen’s team ni. Tiga taun kot main sama2, lepas main cakap nak pencen next year, tapi tak pencen2 jugak! Kalau nampak bola netball, terjuling2 mata ni ha..hahahahaha! (oke, aku over ja nih.heh  (‘’,)

dipendekkan cerita, ALLAH itu maha adil. Alhamdulillah, aku seronok sebab aku berjaya lalui hari2 tu dengan baik. Bayangkan, exam written hari rabu, jumaat main, then sabtu exam praktikal. Nak pengsan rasa kalau pikirkan balik..huih..
(walaupon aku agak kecewa dengan exam, tapi aku cuba positif dengan ALLAH. Dia dah rancang pon suma2 tu..inshaALLAH, ada lah hikmahnya tu)

nak cerita pasal Champs pulak..
oke, kami kalah! Bukan masalah tak hebat tau (bajet gittew~!), tapi sebab rezeki. Rezeki takat semi ja kan. Nak buat macam mana..

Every year ok every year! Ponat lah nak beat team Born To Win tu. Tinggi2 belako! huish -.-''
Abes game ja, kami suma bersorak. Kalah kot tapi happynya macam tak ingat dunia. Memang pon, dah kalau dok teringat fortox tu, kalah pon seronok! (sebab nak balik awal.hehe)
Konklusi, aku sayang team Gen’s  :)

[2]
Hari ahad aritu result UPSR keluaq. Famili aku taun ni ada 4 orang yg amek UPSR (mesti stress kan kalau jadi adik aku. Nak beat dengan sepupu2 ni satu hal jugak. haha..) Semua dah neves2 tunggu result. Supposedly keluaq awal November aritu. Tapi sebab ada ura-ura kata ada sekolah yg dapat soalan bocor dan semua student sekolah tu tulis jawapan sama dengan skema, so result pon ditangguhkan. Dan hari ahad aritu, semuanya terjawab. 
Mak aku rileks ja, sebab si Amat ni yg ke-5 yg amek UPSR dalam keluarga aku. So dah immuned lah konon dengan neves2 ni. Hehe. Cool-cool mak aku pon, risau jugak katanya. Tapi yg tak tahan, Cik Yan (mak sedara) aku. Siap senak-senak perut lagi pagi tu sebelum result keluaq. Haziq pon tak seneves mama dia..haha, how sweet!  

Haziq dengan Amat kira sepupu yg 'kamceng' lah. Kalau haziq balik Kedah, mesti Amat akan minta nak balik rumah mak tok aku, temankan si Haziq. Haziq dapat 5A, dan adik aku Amat dapat 4A. Sains B. Mak aku kata: Rezeki takat tu ja, Alhamdulillah lah kann. Tak pa, yang penting semua bahagia.. yeeeaaayyy!!!
Itulah keputusannya. Dan Amat nak masuk Maahad. Aritu dah pi exam, tak tau lah dapat ka tak. Tradisi famili aku, lepas ABIM pi Maktab Mahmud. hmmm, tak keluaq2 dari Kedah!  Hahaha  ;)



Hensem boys. Amat baju merah, dengan Muaz.
*Muhammad Ammar Taqiuddin Mukhtar*

Last but not least, aku sayang sangat dekat Amat. Budaknya tak banyak cakap, lebih banyak berdiam diri. Sangat patuh pada cakap mak ayah aku. Cuma kalau tak kena dengan angin dia tu, ada ja lah perangai2 yg 'kureng' tu.   Masa dia kecik2 dulu, aku paling benci dekat dia. Sebabnya, dia selalu ugut nak hantuk kepala kat lantai/dinding kalau dia tak puas hati..jangan terkejut! haha. adik2 aku semuanya extreme2..
How time flies.. dah besar rupanya adik2 aku ni  T_T 


dan aku harap Amat akan membesar dengan baik, inshaALLAH. Be a good boy, ok!

-Fin-