Wednesday, June 13

jalan ini

Assalamualaikum w.b.t

Jalan dunia
Ia penuh berduri
Jatuh bangunku
Tersaksi
 ......
Aku bangun
Cuba menyusuri
Jalan ini
Yang ku pilih sendiri
Demi masa tuaku nanti
......
Tapi
Apa yang pasti
Tak semua senang untuk diharungi
Kerana jalan ini
Penuh berduri


ai-se-men ! Aku bermadah di pagi hari… 
untuk PHARMA yang tidak aku ketahui apa nasebku nanti

I just hope that I can smile after the exam ('',)

Ooo dearly DRUGs : aku cinta kamu, kenapa kamu tidak cinta sama aku ?!  T___T

>bahagianya tengok pakcik-pakcik nie<
" pakcik takda exam PHARMA? "
 ( ^_^ )

Monday, June 4

besar, kawen

Assalamualaikum w.b.t

[sila abaikan post ini jika anda ALLERGIC dengan tajuknya!]
Serius. Ini tak tipu.

Masa 1st year dulu, bila nak exam ja, mesti timbul bab kawen. Dulu aku heran jugak sebenaq. Kenapa kena/perlu pikiaq benda2 ni semua. Tak perlu kot. Borink owh..

Tapi bila naik tahun tiga ni, semua dah rasa macam agak ‘dewasa’ kot. Konon lah.
(Mana tak nya, semua sibuk cakap pasal tu)
Bila cakap pasal kawen, mata semua naik bersinar-sinar.   
Bila timbul gosip-gosip panas (sapa dah berpunya etc), memang laju ja nak tahu!
Dan aku perasan perubahan KETARA itu dalam diri aku ni. Hah! (serius gatai, am I?)

Dan kalau nak tahu, dalam masa 10 hari++ masa study leave aritu, ada 4 orang kawan aku kat Malaysia dah kawen.. fuuuuuuuhhh! (berpeluh owh.. ha ha)
Serius HOT

Dan couple yang paling latest adalah semalam.
Lepas abes ja aku kol mak aku, dayah tunjuk gambar kawen junior kami yang kat maahad dulu.
[sayang tak tengok before kol rumah, kalau tak bole bagitau mak aku. ha ha]
Tilik punya tilik, aku macam kenal  ja suami dia tu.
Sah ! si suami tu senior aku masa kat sekolah ABIM dulu, and that girl pulak junior MMAS aku!
What a small world, kan?

Tapi untuk situasi aku sekarang ni, kena tukaq jadi “what a big world” lah kan..
hahahaha  [=.= tak lawak pon]

Ok. Dah. Full stop. Enough pasal kawen k !
Sekarang kena FOCUS exam.
Kang tak pasalpasal nak terkulat aku sorang2 macam dalam exam tadi nak hadam otak ni untuk membuahkan jawapan2 hentam itu. PENAT!

All the best utk next paper.    

PINTAAN DOA YG SUNGGUH2 insyaALLAH DIDENGARINYA  =)

Wednesday, May 23

random

ASSALAMUALAIKUM

bangun pagi, gosok gigi, cuci mata, tengok cerita..

heh.. aku merapu ja ni..( tak tau nak buat intro apa)..hmmm~
bila bukan kat depan laptop, rasanya macam banyaak ja benda yang nak tulis, tapi bila dah menghadap depan ni, blank pulop segho..huh~

alhamdulillah, dah abes sudah exam praktikal.. and lagi 10 hari, kita akan sama2 berjuang untuk written pulak..fuh~ berdebau rasa hati ni..

banyak lagi tak cover. malasnyaaa....
(tapi macam banyak masa ja kau nih, siap bole post 1 entry!)
ha ha ha.

hari ni tiba-tiba aku ada mood GEN9 siket. hehe.
batch aku ni kan, bila pikir-pikir balik, macam menarik pulak..
-------------------------
mungkin sebab semalam dapat Al-Jauhar edisi last kot, tu yang macam terharu siket dgn set-set nih~
aku pon tak tahulah apa yang aku nak sampaikan sebenar, but just nak bagitau yg aku sayang sangat kat kawan-kawan aku nih
(erk, kenapa aku rasa macam agak ke'SKEMA'an di sini  :P) ...
ok hani, tak matang tak matang..

tapi kan,
aku suka gila part "cerita 4: cerita loghat kedah+pantai timur"
mau aku terguling2 baca cerita tuh. memang pandai lah sapa yang buat tu..
(aku lupa nak tengok sapa yg tulis, tapi rasa macam tak da)..
mohon izin laluan lah ya~ aku nak copy paste cerita tu, mana tau kot-kot ada kawan-kawan malaysia aku yang singgah sini...  ^_^  
bole la kalau nak tumpang gelak sama-sama~

LOGHAT KEDAH ka LOGHAT KELATE yang lagi munasabah ?

alkisah : (ni bahasa melayu baku tau)
ali pergi ke rumah pak leman untuk mencari emaknya tetapi setelah sampai di situ didapati emaknya tiada.

jom translate ayat kat atas ni jadi loghat kedah dan kelantan :

KEDAH: dia pi ghumah pak leman nak caghi mak dia, pi pi mak dia tak dak!
KELANTAN: dio gi ghumoh jire nok caghi mek dio, gi gi mek dio tak dok!

ok, mana satu yang lagi munasabah, kedah or kelantan...?

KONKLUSI: tak mungkin pipi mak ali tak da, tapi bole jadi ja yang gigi maknya dah tak da.
kan?!

lawak ka?
hmmmm, NO KOMEN !    -____- 

i say GEN9, you say HEBAT!
GEN9
HEBAT
GEN9 
HEBAT
GEN9 
HEBAT!!!

all the best semua! selamat stadi ya~

no one can go back and change
a bad beginning, BUT
everyone can make a new start to create a
SUCCESSFUL/BLESSED ENDING !