Sunday, March 16

yang dulu bukan sekarang

Bismillah

Dulu masa budak-budak
kalau naik kereta
mesti mama abah pasang kaset sheikh masyari
bila mama dah maju sikit
dengar pulak Ikim.fm
haha
tapi takat tu ja lah majunya
mama tak bole nak tukar stesen radio lain katanya
pening berdumtam-dentum dalam kereta

kalau nak diikutkan masa tengah fasa sekolah rendah tu
senang ja nak masuk apa yang dapat kat sekolah
tapi sekarang rasa susah sangat
tak tau lah asbabnya
mungkin
sebab medik ni payah
atau fokus kurang dalam kelas
atau hati makin kotor sebab tu ilmu susah nak masuk
?

sekarang dah masuk sem dua untuk tahun lima
subjeknya makin susah bila dah meningkat tahun pengajian ni
nak-nak belajar pasal sakit puan ni
hadoiii
maka usahanya harus lebih

sebab kita memang nak kejar title doktor ni kan
tapi setakat tu ja ka?
lepas dah dapat jadi doktor kita nak buat apa?
jadi specialist pulak…? heh
haiii, makin bertambah umur makin banyak pulak yang nak kena pikir
kan? 

oh lupa
,, lepas ni kelas doktor Ahmad Badr akan start balik untuk revision
so hani pleaaassseee, control yourself nah!
Dun be a noti gurl..babab kang :p

Saturday, March 15

post-KK

Bismillah

It has been a long pause here I guess. Yeah, a very long one.

Laptop dah tersadai bawah iron board dari tiga bulan yang lepas
Ahha..habuk tebai bak hang….eh?
Nak tulis apa ya?
Since dah lama tak bermadah pujangga ni, stucked pulak otak ni haa

Oh, ada satu cerita pasal seorang budak
jantina perempuan
warganegara Mesir
tempang kaki dia
(waddling gait to be precise)
nampak dia sangat berusaha untuk berjalan
yes, she did her best efforts to walk
mukanya bertutup
jalannya gigih dari satu gerabak ke gerabak yang lain
menjual kepingan-kepingan kertas keras
yang ada tulisan bacaan mathurat di situ
gigihnya dia
sangat
bila diberi sehelai wang kertas
tak habes-habes dia ucap terima kasih
mungkin nilai duit tu terlalu tinggi buat dia

berbanding saya yang semakin hari semakin malas untuk berjalan ke sekolah
berbanding saya yang semakin hari semakin kurang bersedekah
berbanding saya yang semakin hari lebih memikirkan hal-hal kecil daripada hal-hal besar
saya tertanya, mungkin dia lagi hebat?

ketukan semalam, harapnya bukanlah sekadar ketukan-ketukan biasa
jangan stagnant terlalu lama, nanti busuk tak siapa sangka

katibah khansa'
semoga hiduplah ia
14/3/14 -- jumaat

Thursday, December 5

What makes you beautiful, ladies?

Cantik itu subjektif.  -kata orang-

Dari aspek mana orang tengok kita ni cantik? Especially for ladies. Hmmm. Still wondering. Saya sebenar sangat kagum bila tengok seorang perempuan tu pandai untuk appreciate kecantikan dia. Kemas berpakaian, tudung selalu di'iron' dan ditukar hari-hari, bahagian atas tudung tidak terkemek-kemek etc.

Kalau kita perasan, terlalu banyak aspek yang dinilai bagi seseorang perempuan itu untuk dilabel sebagai seorang yang cantik. Bergantung kepada seseorang untuk menilainya. Tapi yang mainstream sekali sudah tentulah fizikal atau penampilan seseorang itu.

Secara peribadi, saya sendiri suka tengok seseorang tu bila dia sentiasa berpakaian kemas, manis senyuman, humble, dan sentiasa up to date dengan fesyen semasa. Bagi saya mereka yang macam ni lah yang cantik. Mungkin lah saya ni agak duniawi, tapi saya amat percaya dengan pepatah "dari mata turun ke hati".

Tapi ini tak bermakna seseorang tu perlu 'terlalu berat' untuk dipandang. Aksesori yang berlebihan, perfumes sebatu boleh bau, make up yang tebal etc. Semua ini tidak perlu. Cukup sekadar bersederhana.

Kadang-kadang perempuan ni terlalu menjaga aspek fizikal. Mungkin. Siapa yang tak nak dilihat cantik, kemas, bergaya? Iya dak? Tetapi hakikatnya cantik itu adalah satu yang sangat susah untuk dibuat-buat.

Faham maksud saya?
Mesti tak faham.
Ok, tak apa.

Islam itu adalah agama yang cantik. Garis panduan yang ditetapkan sudah cukup untuk membuatkan seseorang itu cantik. Tapi kadang-kadang saya sendiri terlupa akan hakikatnya ini. Susah nak cakap bila diri sendiri tiba-tiba terasa macam dah cukup dengan Islam ni.

Sebagai seorang yang dilahirkan dalam keluarga yang menganut agama Islam, saya sendiri sudah dilatih untuk solat
5 kali sehari, pakai tudung bila hendak keluar rumah, puasa ramadhan harus cukup 30 hari dan sebagainya. Benda-benda ni saya rasa kurang dilihat kolot, sebab hampir kebanyakan orang (inshaAllah) telah mengalami 'proses' yang sama.

Dahulu, saya akui, tahap ke'izzah'an saya terhadap Islam sebenarnya kurang. Saya hanya mengikut apa yang disuruh, buat apa yang orang lain buat, dan mungkin sekadar faham tentang Islam secara superficial sahaja. Kalau ditanya pernah tak rebel tahap yang menggila pasal tak nak buat satu-satu benda? Mesti lah pernah kan. Berjuta-juta kali buat mak menangis sebab terlalu mengikut nafsu. Anak jenis apa lah saya ini. 


Tapi kini, saya cuba untuk nak faham Islam itu. Sedikit demi sedikit. Masih mencuba, walaupun sebenarnya sudak banyak kali saya tercicir. Kadang-kadang saya terfikir, adakah saya ini antara hamba yang mengkufuri nikmat hidayah yang telah diberi? Konfius dengan diri sendiri. Rasa sedih tu memang ada bila tengok kawan-kawan makin hari makin bersih budi pekerti, jiwa dan hati mereka sentiasa mengingati Ilahi, kuat untuk berjihad melawan nafsu sendiri. Saya pula?  *sigh*


Tuhan tu tak akan pernah meninggalkan hamba-hambaNya selagi mereka sendiri mahu berubah ke arahNya. Itu saya percaya. Sehingga ke hari ini.

Sungguhpun tudung tak mampu saya labuhkan lagi, baju kurung jarang melekat di badan, tapi saya teringin untuk merasai 'izzahnya Islam itu. Boleh tak macam tu?

Dan saya tak mahu rukun Islam dan Iman yang hanya saya tahu dan hafal selama ni akan diwarisi oleh anak saya macam itu sahaja.

Konklusi untuk tajuk ini : "Gunalah Islam untuk mencantikkan diri kita lagi." InshaAllah...

p/s :
- lepas ni kenalah selalu tukar tudung, ok?
- jangan comot-comot.
- keinginan untuk menjadi lebih perempuan harus direalisasikan.
(kena buat hukum sunat ni...buat dapat pahala, tak buat rugi!)
- s
aya pernah terfikir, adakah perempuan yang cantik-cantik ni akan sentiasa mahu dilihat cantik depan orang sampaikan dia cuma nak berkawan dengan yang cantik-cantik ja, tanpa mempedulikan orang yang kurang cantik? Haaa, ini melampau. Banyak cantiiikkk!!!

Faham maksud saya?
Mesti tak faham.
Ok, tak apa.