Monday, April 29

dengki

ASSALAMUALAIKUM w.b.t

                  Tak perlulah engkau dengki
                  dengan kelebihan orang di sisi
                  sedang engkau sendiri mengerti
                  hakikat Dia yang maha Memberi
                  pada setiap hambaNya yang dikasihi.

                  Tak perlulah engkau dengki
                  jika kelebihan yang dikurnai
                  melebihi apa yang engkau miliki
                  karena setiap rezeki yang tertulis di azali
                  itulah yang hakiki, tertulis di langit Ilahi.

                  Jangan engkau banding
                  hakikat rezeki masing-masing
                  tak perlu ambil pusing
             Bersyukur itulah yang paling penting!

Dengki dengan orang lain, tak bawak ke mana Hani!
Bila dengki hati jadi kotor.
Kau akan sentiasa melihat kelebihan dia, langsung kau tak nampak kelebihan diri sendiri.
Common lah, jangan jadi budak-budak bole tak Hani…?  (-____-)
Lepas ni aku nak buat dek  ja dengan dia. Jangan tengok kelebihan dia. Tak mau dah. Promise. Titik.

ps : kalau kita tak suka orang tu, sebenarnya ada orang lain yang tak suka kita jugak kan? Pernah dengar pasal ni? so does that mean bila aku dengki kat orang lain, maknanya ada orang lain lah yang tengah dengki kat aku...? Dan orang lain tu ada orang lain yang dengki dengan dia. Dan orang lain yang lain pulak tengah dengki jugak dekat dia... and the cycle continues,  so kalau macam ni bila nak habes...?  ha ha ha ha ha ha

pening lah gini! [*__@] 


Friday, April 19

teori

ASSALAMUALAIKUM w.b.t

Hidup aku kalau tak berasaskan teori memang tak nama hidup
so bagi aku teori itu penting untuk semua benda
kalau orang tak nampak kepentingan teori tu sendiri
they cant learn
contohnya belajar teori tentang bulan
saiz dia, bentuk dia, permukaan dia etc
baru lah orang dapat rough idea tentang keadaan di bulan
dan akhirnya sampailah mereka ke bulan.
Does my example make sense…?
hoho.ketandusan idea.  
 -____-
Kesimpulannya dari teori maka terkeluarlah praktikal-praktikal tentang sesuatu perkara.

Aku punya teori

teori1: Sorang housemate aku selalu kena ulcer di lidah atau di dinding-dinding rongga mulutnya.
Kesian sangat dekat dia masa jadi ulcer tu. Cakap susah, nak makan susah, nak tidur susah, nak nak…
Jadi aku yang suka buat teori sendiri cakap kat dia itu hari,
“N kena minum air banyak-banyak. Baru ulcer tu bole hilang. Nak pakai Bonjela tak? Tapi kami takdak la pulak Bonjela tu. Tak pon, N kena selalu nganga mulut so that panas dari dalam mulut dapat keluar…”
bagai mak nenek aku nasihat tapi yang part last tu yang tak tahan. Aku sendiri ter'nganga' dengan apa yang aku cakap.
(nganga mulut = panas keluar = ulcer bole baik…?)
dan reaksi N macam ni, ' erk (-__-'') '

teori2: Satu jam setengah atau dua jam lepas makan elok kalau kita urut-urut perut dan pinggang kita, sebab ini dapat membantu proses penghadaman sekaligus membantu dalam proses penyahtinjaan kita.
Baru test semalam dan ianya berkesan! Serius tak tipu.
Tapi aku tengok orang lain tak buat pon macam tu tapi still senang ja pi bilik air…?
(Again, an unapplicable theory).  
@___@

teori3
: Musim panas depa kata kena minum ayaq banyak-banyak. Ini adalah untuk mengelakkan diri kita dari dehydrated (terkurang air dalam badan). Teringat masa summer lepas, aku dengan housemate beli tembikai sebiji (saiz dua kali ganda bola futsal) untuk menghydratekan balik badan lepas balik dari kuliah. Dua-dua balun tembikai tu sampai ke isi putihnya. Waaaallllaaahhh! Kerja gila. Ni kalau terlebih potassium, apa akan jadi pada jantung…? Aku terfikir masa tu.

teori4: Masa kita mengurut orang, si tukang urut akan mengeluarkan angin yang sangatlah terexcessive! Serius tak tipu. 'Berghh...berghh...' bunyinya. Aku membuat teori sendiri yang mungkin angin dari si diurut itu ditransmit terus ke si pengurut? Tapi apa mode of transmission dia? Aci lawan hang aku sapa nak pi mana ka angin-angin tu? haha. Still wondering.

Aku tau semuanya ni tak make sense langsung. Tapi itu lah aku cakap, kalau takda teori yang sahih, takkan ada lah penerangan untuk pengteori merapu macam aku ni.
Jadi, kenalah banyak membaca so that all your theories come with true facts. 
ps: Aku baru ja lepas like page Matluthfi90 di FB. Sarkastik betul dia tu. Aku tak larat nak gelak baca status-status dia yang entah-apa-apa-tapi-lawak tu.
My older sister is one of his die-heart fans. Kesian kakak aku masa aku kata si Matluthfi ni dah berpunya. hahaha                                                                  
****************************************
Senyum :D

gi ngoji

ASSALAMUALAIKUM w.b.t

sapa mahu comel…? gi ngoji
mo disayang Allah…? gi ngoji
mo dicinta nabi…? gi ngoji gi ngoji
gi gi gi ngoji
mo jadi kiut…? gi ngoji
mo masuk syurga…? gi ngoji
***************************************************
Tahu gwiyomi...?
yang lately ni meletop sangaaat tu!
haha
apa yang aku nak cakap ni?

Tak..sebenar masa I-fest itu hari, ada satu soalan kuiz.
Q : Apa hukum kita beramal dengan ilmu tajwid? (lebih kurang macam tu lah soalan dia.tak ingat daa).
Matan jawapan dia aku tak ingat sangat tapi mafhumnya : Untuk yang belajar tajwid, WAJIB (fardhu ain) untuk dia apply apa yang dia belajar (tajwid) tu masa baca Al-Quran.

so lagu ni memang comeyy sangat lah kan!
[Tak tahu tajwid tok leh nikoh]
hahaha
gurau-gurau saja

Anyhow, kita kenalah perbaiki mana yang bole. Kalau tak sempurna pon, at least bacalah Al-Quran baik-baik dan elok-elok. Mana tau nanti di akhirat sana masa kita dah hampir-hampir nak kena humban (na'uzubillahiminzalik) tiba-tiba Al-Quran datang cakap yang kita dulu pernah cuba belajar untuk elokkan bacaan kita…syafaat tu! 
Cewaaah, bajet ah hani.
hoho..Tak pa lah, kita sama-sama belajar..
dan kalau rasa sebutan huruf tu tak betul,
habaq mai kat cek, nanti kita pi berguru dengan Ustazah Maha.. Hoooyeeaahh!

Selamat beramal..
Ingat : Setiap satu perubahan kita ke arah yang lebih baik insha Allah dihargaiNya!
Senyum :D