Thursday, April 11

A-laun

ASSALAMUALAIKUM w.b.t
Depa kata duit baru dah masuk!
tapi ni baru awal April…?
patutnya hujung bulan ni kan baru masuk elaun?
Adakah JPA sedar bahawa ramai antara kami yang telah kekeringan fulus?
Atau ini satu sogokan untuk PRU13 nanti?

Aaaah, kau banyak songeh pulak Hani,
bila tak ada duit, jaja satu Mesir duit dah habis,
ni orang dah masukkan, banyak pulak yang ditanya.

Apa-apa pon, harus tunggu sampai ahad nanti lah
nak pi cek baki yang tinggal. 
Tapi
Jangan pula ada yang kata
“What happen Nozha? Your account is empty!”
Hahahaha. Malu baq mai!

Ps : Besar harapan aku bila dapat tau duit dah masuk. Harapnya betul lah kot  
:D (mahu senyum sampai telinga!!!)
...Alhamdulillah...

Pergi

ASSALAMUALAIKUM w.b.t
Dia pergi.
Raya lepas
Dan takkan kembali lagi.
-Al-Fatihah buat maktok, 
Che Gayah Md Ali-

7.4.13
Habis kuliah. Hati aku kosong. Balik ke rumah pon lambat-lambat.
Rasa macam nak give up untuk hidup.
Tak tahu sebab.
Hanya memikirkan keindahan bersama keluarga di Malaysia pada saat ini.
Ok, aku rindu Malaysia.
Petang tu juga, terlintas di hati aku memikirkan usaha-usaha aku untuk ke Jannah. Tiba-tiba saja. 
Apa yang aku dah buat sangat sampai Dia akan bagi syurga yang mahal tu untuk aku?
Mengeluh panjang petang tu. Loser.
Waktu ni aku rasa macam baik mati saja daripada hidup tanpa tujuan. Teruk kan?
Aku fikir begitu.
Tapi, kalau kau mati sekarang, bole jamin ka kau dapat masuk syurga?
Amalan pon habuk-habuk saja.
Ni berangan nak berehat-berehat di situ (syurga) pula.
Mengeluh lagi. Sampai rumah, terus tuju katil. Tidur. Loser lagi! 

9.4.13
Aku tengok jam. Pukul 12 setengah pagi. Ni kalau kol Malaysia mesti depa semua tengah siap-siap ke sekolah. Nak kol tapi takut kacau. Pagi-pagi macam ni selalunya depa dok kalut nak siap ke sekolah.
Lupakan niat kol. Tidur.
7 pagi (di Mesir) henpon aku vibrate. Laah, terlupa nak tukar silent mode semalam.
Mama kol (dari Malaysia)? Kenapa ni? Dan baru terperasan peti masuk berkelip-kelip menandakan ada mesej baru menunggu. Hati dah rasa lain macam. Gundah tiba-tiba. Dan berita yang memeritkan tu sampai juga ke telinga.

Maktok dah tak ada.
Speechless.
Pagi tu hati mendung. Air mata aku gagal untuk bendung. Hanya Dia yang tahu kesedihan yang tak mampu untuk ditanggung.
Mula mengingatkan kenangan-kenangan dengan maktok. Dah lama tak kol tanya kabar.
Dan dia telah pergi, meninggalkan seribu satu kesan di hati.

Rasanya baru semalam aku peluk dia,
Cium tangan dia,
Sayang pipi dia.
Pak Lang, Pak Teh
Usu, Mama, Maktok, Mak Ngah & Cik Yan
 
Maktok…Semoga rohnya tenang di sana.
Hani harap kita dapat jumpa di syurga nanti.
Stay strong Hani!

Maktok selalu pesan suruh belajar elok-elok.
Dia akan sama-sama susah hati 
kalau aku balik summer sebelum result keluar.
Dari first year lagi, aku balik
tanpa tahu result final.
Tapi bila pass, maktok akan panggil aku,
peluk , dan ucap tahniah...
"Bertuah cucu maktok..."
"Bertuah cucu maktok...". 
Sejak kecik lagi, aku selalu dengar maktok cakap benda ni.Dan bila aku tanya kenapa dia suka cakap macam ni, dia kata itu doa dia untuk semua cucu-cucu dia...
Tak sangka yang aku akan tulis cerita ni. Sungguh!

Wednesday, April 3

Ma fisy fulus

ASSALAMUALAIKUM w.b.t

Sakitlah hidup macam ni.
Hidup tanpa duit.
Susah. Hanya Allah sahaja yang tahu.

Nak buat semua benda sekarang ni wajib berduit.
Tapi bila duit takdak…

Bila lambat pi sekolah terpaksa jalan kaki laju-laju (sampai tak pijak tanah) sebab takdak duit nak naik bas,
Bila lapaq kat sekolah kena tahan perut sebab takdak duit nak beli makanan,
Bila orang minta bayar hutang kena tebalkan muka minta extend sebab takdak duit nak bayar,
Bila orang ajak pi makan luar kena kata ada kerja lain sebab takdak duit nak berfoya-foya,
Bila semua orang pakat beli tiket balik Malaysia (sekarang Egyptair tengah murah), poyo ja buat-buat cool tak beli tiket lagi padahal hati macam nak pecah nak beli tiket balik!
Bila…
Bila…


Tapi tengah bulan nanti bila tuan rumah nak mai kutip duit sewa, apa aku nak jawab??!!
Sakit… Sakit…  T__T
#Duitgenihmemanglaku#

Kasihan kau Hani!
Dah jadi macam ni baru pandai cari Tuhan.